Raya Haji Nak Dekat. Ini Larangan Untuk Pelaku Ibadah Korban Yang Perlu Tahu

Raya haji bakal tiba tidak lama lagi. Bagi mereka yang bakal melakukan ibadah korban, anda patut tahu tentang larangan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari Raya Haji atau Hari Raya AidilAdha bakal tiba tidak lama lagi pada 10 Zulhijjah nanti. Kebiasaannya, perayaan ini akan diraikan dengan ibadah korban yang dilakukan di banyak tempat.

Namun, hendaklah kita tahu sebagai umat Islam, akan perkara-perkara terlarang tidak kira ketika melakukan ibadah korban atau pun tidak. Ramai yang terlepas pandang akan perkara ini tetapi hakikatnya ia adalah perkara yang sangat berat.

Perkara dilarang dilakukan oleh pelaku korban

Jadi, dalam memasuki bulan baru dalam kalendar Islam Zulhijjah, bagi penyembelih adalah diingatkan untuk tidak melakukan perkara-perkara dilarang ini:

1. Adalah disunatkan untuk tidak memotong, mencabut, dan mencukur rambut atau bulu dan kuku

Perkara ini adalah disunatkan bagi orang yang melakukan ibadah korban bermula dari 1 Zulhijjah sehingga haiwan korbannya disembelih. 

Menurut hadis Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada reda Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban). (Riwayat Tarmizi)

Ibadah sembelih ini tidak kira kambing, lembu atau unta, ia hanya boleh dilakukan selepas solat Hari Raya Aidiladha sehingga hujung hari Tasyrik. Ini bermakna, yang pada 10, 11, 12, 13 Zulhijjah sahaja yang umat Islam boleh melakukan ibadah ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Tidak dibenarkan bagi makan daging korban nazar dan juga daging sembelih tidak boleh diberikan kepada orang bukan Islam

Bagi mereka yang melakukan korban nazar, haram untuk mereka makan daging tersebut dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya. Malah, memberikan daging korban kepada orang bukan Islam juga haram.

3. Dilarang sama sekali untuk bagi upah daging korban kepada penyembelih

Adalah ingin ditegaskan bahawa menjual daging korban oleh si penyembelih adalah dilarang sama sekali. Malah, memberi upah kepada si penyembelih, pelapah daging juga adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual beli.

Larangan ini sudah termaktub di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daripada `Ali bin Abi Talib r.a, katanya, Rasulullah SAW telah memerintahkan aku menyembelih unta-untanya (sembelihan ketika haji). Baginda memerintahkan agar aku mensedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya). Baginda juga memerintahkan agar aku tidak memberikan kepada al-Jazzar (penyembelih dan pelapah) sedikit pun darinya.

4. Diharamkan untuk menjual kulit, lemak dan organ lain

Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala, dan bulu-bulu binatang yang disembelih ketika raya haji ini adalah haram untuk dijual, tak kira ia ibadah wajib atau sunat.

Jadi, semoga artikel ini bermanfaat buat mereka yang bakal melakukan ibadah korban tidak lama lagi.

mStar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Meriah & Bersederhana, Ini 15 OOTD Raya Selebriti Menyambut Aidiladha Dengan Yang Tersayang

Baca juga: Lafaz Niat Korban Raya Haji & 5 Perkara Sunat Ketika Proses Penyembelihan Haiwan

Baca juga: Bolehkah Niat Korban Dan Akikah Pada Seekor Haiwan Yang Sama? Ini Jawapan Ustaz

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad