Ruam lampin adalah perkara yang biasa terjadi kepada bayi dan ianya bukanlah perkara pelik. Namun sebagai ibu bapa, kita pastinya akan berasa bimbang jika si kecil kita sendiri mengalami masalah ini. Sebenarnya, masalah ini dapat diatasi sekiranya kita memberi lebih perhatian dan perlindungan pada kulit bayi, salah satu caranya dengan meletakkan krim ruam lampin bayi.
Bagi memudahkan ibu semua, satu garis panduan komprehensif diberikan sebagai rujukan bagaimana anda boleh mengelakkan dan merawat ruam di rumah. Begitu juga dengan jenama krim ruam lampin bayi yang direkomen untuk si kecil kesayangan anda.
Isi Kandungan
Punca Utama Berlakunya Ruam Lampin
Sebelum kita memilih krim ruam yang terbaik untuk si kecil, adalah penting untuk kita mengetahui punca utama berlakunya ruam lampin. Ini bagi membolehkan kita mengatasi masalah ini sebelum ianya berlaku.
Antara punca utama berlakunya ruam lampin boleh disebabkan memakai lampin basah terlalu lama, reaksi kepada lampin tukar buang yang baru pertama kali diguna dan pelbagai lagi.
1. Kerengsaan disebabkan lampin basah
Bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif. Asid yang ditemui pada air kencing bayi boleh menyebabkan kerengsaan jika ianya terlalu lama terdedah pada kulit bayi. Oleh itu, salah satu sebab berlakunya ruam lampin disebabkan tidak kerap menukarkan lampin bayi.
2. Penggunaan lampin yang mudah bergesel dan menyebabkan kulit bayi anda melecet
Jika lampin terlalu kecil dan ketat, ia boleh menyebabkan si kecil tidak selesa. Mereka akan mula menggaru dan kesannya jika terlalu kerap boleh menyebabkan kulit melecet. Disebabkan itu ibu bapa perlulah memilih saiz lampin yang sesuai dengan saiz dan berat badan bagi memberikan lebih keselesaan kepada si kecil.
3. Reaksi kepada produk baru
Adakah anda mula menukar jenama lampin? Ini juga boleh menyebabkan kepada puncanya kulit si manja anda semakin sensitif. Bayi terutamanya memberi reaksi yang berbeza kepada produk bayi yang digunakan.
Contohnya seperti tisu basah bayi (wet tissue), diaper, sabun dan pencuci pakaian. Jadi pastikan produk yang digunakan semuanya telah diuji secara klinikal dan terbukti selamat untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak.
4. Perubahan di dalam diet bayi
Apabila berlakunya perubahan diet bayi (mula memperkenalkan makanan pepejal ataupun makanan baru). Ianya boleh menyebabkan mereka lebih kerap membuang air besar ataupun najis menjadi lebih keras yang juga boleh menyebabkan punca ruam lampin.
Bayi yang menyusu juga boleh mengidap ruam lampin disebabkan oleh reaksi/alergi daripada makanan yang diambil oleh ibu menerusi susu badan.
5. Kulit sensitif
Jika si kecil anda mempunyai masalah kulit seperti eczema (atopic dermatitis) memang akan mudah mengalami masalah ruam lampin.
6. Cuaca panas dan lembap
Keadaan cuaca Malaysia yang panas boleh menyebabkan bayi anda berpeluh dan juga menyebabkan pertumbuhan bakteria. Sekiranya lampin dibiarkan begitu lama di dalam keadaan basah, pertumbuhan bakteria lagi cepat berlaku dan masalah ruam lampin tidak dapat dielakkan.
7. Infeksi daripada bakteria dan fungus
Si manja anda akan sentiasa memakai lampin buang. Untuk kawasan punggung yang sememangnya mempunyai kulit lembut dan panas. Apabila sentiasa tertutup ia menjadi kawasan yang mudah untuk bakteria dan fungus membiak.
8. Antibiotik
Antibiotik biasanya digunakan untuk membunuh bakteria. Namun begitu, antibiotik sebenarnya boleh memberi kebaikan serta keburukan. Jika bayi anda mengambil antibiotik (mungkin melalui susu badan) ianya akan memberi kesan kepada bakteria baik yang biasanya akan menghalang pertumbuhan yis. Sekaligus berlakunya ruam lampin disebabkan oleh infeksi dari yis.
Simptom Ruam Lampin
Kebanyakan ruam lampin akan kelihatan seperti kemerahan disebabkan gigitan nyamuk. Namun, simptom yang dapat dilihat berlakunya ruam lampin adalah seperti berikut:-
- Ruam lampin ringan. Menjengkelkan, kulit berwarna merah jambu dan kering.
- Ruam lampin yang teruk. Kawasan akan kelihatan kemerahan dan ada setengahnya berdarah.
- Kesan alergik kepada produk baru. Boleh lihat kepada reaksi bayi selepas menggunakan jenama lampin baru. Sekiranya terdapat tanda kemerahan selepas penggunaan, boleh jadi bayi anda tidak sesuai dengan lampin baru yang digunakan.
- Infeksi daripada yis dan bakteria. Berwarna merah jambu ataupun merah. Adakalanya ianya akan kelihatan sedikit berbenjol ataupun seperti rupa jerawat.
- Reaksi bayi tidak seperti biasa. Ambil berat tentang setiap tanda balas daripada bayi anda. Sekiranya mereka kerap menangis atau meragam tidak seperti biasa. Mungkin mereka mengalami rasa tidak selesa disebabkan oleh ruam lampin.
Sekarang anda sudah tahu tentang punca ruam lampin yang seringkali dihadapi oleh bayi anda. Jadi, apakah produk yang terbaik dapat membantu mengatasi masalah ini?
Rawatan Untuk Ruam Lampin
Terdapat banyak jenis produk ruam lampin di pasaran. Namun, kita perlulah bijak memilih yang terbaik dan selamat digunakan. Selain itu, faktor keselesaan dan kesihatan turut diambil perhatian. Apabila memilih produk krim ruam lampin bayi, beberapa faktor perlu diambil kira, antaranya seperti:-
- Keterukan ruam yang dihadapi. Dalam kebanyakan formulasi krim ruam lampin, ia selalunya mengandungi Zinc Oxide. Namun begitu, untuk ruam yang agak teruk Zinc Oxide mungkin tidak terlalu berkesan untuk digunakan.
- Jenis ruam yang dihadapi. Ruam lampin memang disebabkan infeksi oleh yis atau bakteria. Jadi, anda perlu memiilih rawatan ruam lampin khas bagi masalah jangkitan daripada yis.
- Kulit yang sensitif. Jika bayi anda mempunyai masalah eczema, pastikan krim yang digunakan tidak mendatangkan kemudaratan kepada kulit yang sensitif.
7 Jenama Krim Ruam Lampin Bayi yang Terbaik di Malaysia
Tidak kira bayi anda mengalami masalah ruam lampin yang biasa ataupun teruk, pastikan anda menggunakan krim ruam lampin yang tepat bagi membantu masalah yang dihadapi oleh si kecil. Berikut adalah beberapa pilihan utama kami untuk krim ruam lampin yang sesuai dengan keperluan bayi anda.
Mama’s Choice Baby Diaper Cream
Pilihan terbaik bagi parents yang sangat prihatin tentang kandungan bahan yang digunakan di dalam produk penjagaan si comel. Jenama Mama’s Choice sendiri memang menekankan kepentingan bahan di dalam setiap produknya yang semestinya halal, selamat dan semulajadi. Jadi, parents tidak perlu risau!
Ianya diformulasi daripada bahan semulajadi terpilih yang selamat seperti Centella Asiatica yang dapat melegakan kesakitan ruam dan kemerahan pada kulit sensitif bayi. Manakala, ekstrak Rosemary yang bertindak sebagai antibakteria semulajadi dan Sweet Almond yang membantu menyuburkan dan melembapkan kulit si manja. Kesemua bahan ini bagus untuk merawat ruam, kemerahan, dan kepedihan dengan cepat. Teksturnya ringan dan mudah meresap sehingga tidak meninggalkan rasa melekit pada kulit.
Ianya juga dapat melindungi kulit daripada kerengsaan kecil, menyuburkan dan melembapkan kulit kering bayi. Formulasinya juga khas untuk kulit sensitif bayi. Krim lampin ini juga boleh digunakan di bahagian yang mudah terkena ruam sebagai satu langkah pencegahan.
Apa yang kami suka?
- Formulasi bertindak pantas. Ia bertindak pantas dalam melegakan ruam dan kemerahan dengan beberapa kali penggunaan sahaja.
- Dihasilkan daripada bahan semulajadi. Kombinasi daripada bahan semulajadi yang dapat mengurangkan ruam, melindungi dan melembapkan kulit bayi.
- Tiada bahan kimia berbahaya. Krim ruam lampin ini tidak mempunyai paraben, alkohol, minyak mineral atau petroleum.
- Dihasilkan dan diuji di makmal Singapura. Diuji berkesan dan selamat untuk kegunaan kulit sensitif bayi.
- Diyakini Halal. Kesemua bahan yang digunakan adalah diiktiraf halal.
Sudocrem Nappy Cream
Sudocrem mempunyai fungsi utama melembutkan, melindungi dan melembapkan. Krim ini bersifat hypoallergenic dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan kelembutan kulit bayi. Cara penggunaannya juga mudah iaitu hanya dengan menyapu lapisan nipis pada kawasan kulit yang diingini. Sudocrem juga selamat digunakan sekerap mungkin mengikut keperluan kita.
Sudocream mempunyai aroma yang lembut dan tidak menyengat, ia juga tidak mempunyai bau kimia yang kuat, jadi ia masih mesra deria bau kita. Warna krim adalah putih dan tidak melekit apabila digunakan. Sudocream boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu 60 gram, 125 gram, 250 gram dan 400 gram.
Apa yang kami suka?
- Menyerap kelembapan. Mengandungi 15.5% zink oksida yang mampu mengurangkan kehilangan cecair daripada kulit
- Selamat untuk kulit sensitif. Mengandungi hypoallergenic lanolin yang mampu melegakan dan membaiki kulit. Selamat untuk bayi yang mengalami eczema.
Bepanthen Ointment
Ia berfungsi dengan membentuk lapisan lutsinar yang membantu melindungi daripada perengsa atau gosokan. Formulasi air dalam minyak membantu mengekalkan kulit yang sihat dan terhidrat untuk mengekalkan penghalang pelindung semulajadinya. Ia juga mengandungi pro-vitamin B5 yang membantu pemulihan semulajadi kulit sensitif bayi secara lembut dan ia membantu dengan mengekalkan kelembapan semulajadi kulit, membolehkan pemulihan lembut tanpa mengeringkan kulit.
Apa yang kami suka?
- Pro-Vitamin B5. Membantu memulihkan kulit sambil mengekalkannya lembut, licin dan lembap.
- Protective barrier. Membentuk penghalang telus (transparent barrier) yang melindungi daripada pendedahan kepada perengsa dan mengurangkan kulit dari melecet.
Cavilon Durable Barrier Cream
Cavilon Durable Barrier Cream memberikan kelembapan berpanjangan untuk kulit yang rapuh serta membantu membentuk penghalang untuk melindungi kulit daripada cecair badan yang menyebabkan Inkontinens Associated Dermatitis. Krim ini dapat melindungi kulit terutama yang berisiko atau cedera. Ianya juga berfungsi sebagai pelembap dan sangat berkesan untuk kulit yang sangat kering.
Ianya juga terdapat dalam bentuk spray-on menjadikannya lebih mudah untuk digunakan. Krim Cavilon ini disyorkan oleh banyak hospital di Singapura buat pesakit warga emas yang mengalami masalah incontinensia.
Apa yang kami suka?
- Tahan lama. Dihasilkan oleh 3M untuk menjadi lebih pekat daripada krim lain menjadikan penggunaannya kurang kerap dengan jumlah produk yang lebih rendah.
Drapolene Nappy Cream
Drapolene Nappy Cream ini dapat menghalang dan merawat ruam lampin. Ianya adalah krim emolien yang tidak berminyak dan antiseptik. Ianya juga sangat mudah digunakan, tidak mempunyai paraben dan bebas pewangi. Ia dapat memberi kelegaan dan mengurangkan kemerahan pada ruam si comel. Selain itu, ianya dapat membentuk penghalang pelindung bagi membantu mencegah daripada sebarang kemungkinan jangkitan.
Paling best sekali, Drapolene Nappy Cream ini adalah berpatutan dan mudah didapati di kebanyakan pasar raya utama dan gedung membeli-belah kanak-kanak di seluruh Malaysia.
Apa yang kami suka?
- Bersifat antiseptik. Mengandungi Benzalkonium Chloride yang mempunyai sifat antiseptik untuk mencegah jangkitan akibat ruam lampin.
- Bebas paraben dan wangian. Tidak mempunyai bahan kimia berbahaya yang menyebabkan alahan yang terdapat dalam pewangi tiruan.
Mustela Vitamin Barrier Cream
Mustela Vitamin Barrier Cream ini mampu merawat ruam lampin dengan mencipta penghalang antara kulit dan kebasahan. Formula di dalam krim ini cukup lembut digunakan untuk bayi. Jika anda ingin mengelakkan ruam pada bahagian punggung si kecil, sapukan sahaja krim bebas pewangi ini setiap kali menukar lampin. Krim Mustela ini juga mudah disapu dan dicuci serta dirumus khas untuk meminimumkan sebarang tindak balas alahan.
Apa yang kami suka?
- Diuji secara klinikal. Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan 80% ruam lampin daripada berulang.
- Cepat bertindak. Formulasi cepat bertindak, mudah digunakan, lembut, berkesan dan tidak comot.
Earth Mama Baby Organic Diaper Balm
Parents yang lebih suka menggunakan ubat bebas kimia dan vegan untuk kulit halus anak kecil mereka akan menyukai balsem bawah yang berkesan ini. Bahan-bahan organik termasuk minyak zaitun, mentega shea, lilin candelilla, minyak jojoba, pokok teh, minyak bunga lavender dan ekstrak bunga calendula. Produk ini telah secara klinikal dan ternyata bagus untuk merawat masalah kerengsaan. Ianya juga tidak mengandungi petroleum, paraben atau pewangi tiruan.
Apa yang kami suka?
- Diuji secara klinikal. Diuji secara dermatologi dan diuji secara klinikal untuk iritasi.
- Disahkan EWG. Pengesahan EWG diberikan kepada produk yang telah diuji untuk bahan kimia berbahaya. Ia telah menerima penarafan bahaya yang terendah.
Remedi Semulajadi untuk Atasi Ruam Lampin
Biarpun menggunakan krim ruam lampin bayi, namun ibu bapa masih boleh juga menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk merawat masalah ruam lampin. Satu bonus untuk kita mencuba alternatif lain demi kebaikan si kecil. Antara yang disyorkan adalah :-
1. Minyak kelapa
Minyak kelapa mempunyai khasiat sebagai anti-fungus dan juga anti-microb. Jadi, ianya boleh diletakkan terus ke permukaan kulit punggung bayi. Ianya boleh meredakan dan menyembuhkan kawasan ruam. Sebelum disapukan dengan minyak kelapa, pastikan kawasan punggung adalah kering dan bersih.
2. Soda bikarbonat
Hanya letakkan beberapa sudu soda bikarbonat di dalam air mandian bayi, ianya dapat membantu memberi kelegaan pada si kecil. Selain itu, ianya dapat mengimbangi tahap pH terutama di kawasan yang mengalami ruam lampin (yang disebabkan oleh air kencing yang bersifat asid).
3. Tepung jagung
Daripada menggunakan talkum bayi, adalah lebih baik digantikan dengan tepung jagung. Ini kerana tepung jagung dapat meresap kelembapan dan memastikan kulit punggung bayi akan sentiasa kering. Ini juga boleh mengurangkan masalah geeseran lampin yang boleh menyebabkan ruam.
4. Susu Ibu
Siapa sangka susu ibu juga sangat banyak kegunaannya. Ini kerana susu ibu mempunyai bahan semulajadi yang boleh membantu menyempuhkan.Hanya lap sedikit dengan air susu ibu di bahagian punggung yang dijangkiti ruam. Seterusnya lap kering-kering.
5. Gel Aloe Vera
Aloe vera sememangnya sangat terkenal sebagai agen yang dapat memberi kesembuhan terutama di kawasan badan yang terbakar, luka dan ianya juga dapat mengurangkan rasa kesakitan. Hanya letakkan sedikit gel aloe vera di kawasan yang terkesan dan kita akan dapat lihat masalah ruam yang dihadapi akan berkurangan.
Sekiranya anda sudah mencuba solusi seperti yang dicadangkan tetapi masih tidak dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Adalah yang terbaik untuk anda membawa segera bayi ke pusat perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan dari pakar perubatan.
Ini terutama jika anda perhatikan si kecil :-
- Masih mengalami masalah ruam pada keadaan yang sama. Tiada perubahan dari 4 hingga 7 hari setelah mencuba pelbagai rawatan di rumah.
- Mengalami ruam lampin yang semakin teruk ataupun berjangkit ke bahagian lain.
- Mempunyai masalah alergi yang menyebabkan ruam.
- Kita sebagai ibu bapa suspek ada jangkitan bakteria apabila kelihatan kerak kekuningan yang mungkin adalah impetigo.
- Mula kelihatan seperti kesakitan.
- Mengalami masalah cirit-birit yang mana melebihi tempoh 24 jam.
- Mengalami demam dan didapati ruam lampin semakin merebak.
Cara Untuk Atasi Masalah Ruam Lampin
Sebenarnya, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Tidak ada ibu bapa yang mahukan keadaan anak mereka tidak selesa. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti bagi memastikan bayi anda bebas ruam lampin.
- Sentiasa memastikan lampin sentiasa bersih dan kering.
- Biarkan bayi anda bebas lampin untuk seketika bagi memberi peluang kulit mereka bernafas/terkena angin.
- Jangan gunakan seluar atau pelapik diaper plastik kerana ianya boleh memerangkap kelembapan.
- Guna sabun lembut dan tiada wangian bersama air suam ketika waktu mandian bayi.
- Sentiasa tukar lampin jika basah atau kotor.
- Sapukan ruam lampin setiap hari untuk elakkan ruam berlaku.
- Lap secara lembut punggung bayi dan jangan gosok terlalu kuat.
- Pastikan seluar atau lampin tidak terlalu ketat yang boleh menyebabkan melecet.
- Jangan gunakan tisu basah (wet tissue) yang mempunyai wangian. Ini ditakuti memberi kesan kepada kulit bayi.
Dengan semua informasi yang dikongsikan, kami harap ia dapat membantu ibu menguruskan si kecil dan sama-sama merawat masalah ruam lampin yang dihadapi.
Baca juga: Ibu, Jangan Gunakan Syampu Yang Sama Untuk Si Manja – Ini 8 Syampu Bayi Terbaik Di Pasaran!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia