Memilih Produk Stretch Marks Yang Selamat di Pasaran

Stretch marks dengan kehamilan tidak pernah berpisah. Ia adalah perkara normal namun seringkali menyebabkan rasa ketidakselesaan dan gatal. Penggunaan krim stretch marks yang sesuai pastinya banyak membantu. Namun bagaimana untuk memilih krim yang terbaik?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wanita dan masalah stretch marks bukanlah perkara baru terutama mereka yang sedang hamil. Jadi tidak hairanlah ramai bakal-bakal ibu ini membeli krim stretch marks bagi mengurangkan kesannya.

Sebenarnya, stretch marks atau terjemahannya parut regangan terjadi kerana peningkatan penambahan berat badan drastik yang menyebabkan kulit meregang.

Ini juga dikaitkan dengan paras hormon dalam badan meningkat seperti estrogen dan progesterone sepanjang proses kehamilan. Sekaligus menyebabkan kandungan kolagen pada kulit rendah.

Kredit: medicalnewstoday.com

Semakin besar usia kandungan menjadikan regangan bertambah besar terutama di bahagian perut, dada, bahagian lengan dan peha. Jalur-jalur panjang dan bergerigi akan kelihatan jelas pada bahagian kulit.

Ada setengah stretch marks bukan sahaja menjadikan bahagian badan tersebut kelihatan buruk bahkan boleh menyebabkan rasa pedih dan kegatalan juga. Keadaan ini menjadikan wanita yang mengalaminya rasa tidak selesa dan kurang keyakinan diri apatah lagi berhadapan dengan suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mengatasi masalah stretch marks adalah disarankan sentiasa mengambil sajian sihat dalam diet harian selain mengamalkan sapuan krim yang sesuai ketika hamil dan selepas bersalin.

Bahan Merbahaya Dalam Krim Stretch Marks Yang Perlu Dielakkan

Formulasi di dalam krim stretch marks perlu diteliti sebelum penggunaannya. Ini terutama bahan yang merbahaya dan boleh menjadi alahan pada kulit serta memberi kesan jangka masa panjang terhadap kesihatan badan.

Antara bahan yang dikenalpati merbahaya seperti parabens, merkuri, SLS, pewarna pewangi tiruan dan propylene glycol. Selain itu status halal terhadap sesuatu bahan juga perlu diambil kira. Ini mengelakkan kita sebagai pengguna berasa was-was.

1# Parabens

Parabens  sememangnya digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet yang dapat menghalang pertumbuhan bakteria. Namun perlu diingatkan parabens juga memiliki sifat-sifat menghampiri hormon estrogen yang sering dikaitkan dengan risiko mendapat penyakit kanser payudara.

2# Merkuri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu juga dengan merkuri yang biasanya terdapat didalam krim pemutih yang berfungsi untuk menghilangkan hiperpigmentasi pada kulit.

Kesan penggunaan produk yang mempunyai merkuri juga boleh menyebabkan kerosokan pada otak, saluran pencernaan, sistem saraf dan ginjal. Penggunaan produk ini ternyata sangat merbahaya dan boleh mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan badan.

3# SLS

SLS (Sodium Lauryl Sulfate) pula mempunyai zat sintetik yang biasanya digunakan pada produk penjagaan dan kecantikan seperti syampu bagi tujuan untuk membersihkan dan menghasilkan banyak buih.

Terdapat juga produk krim yang mengandungi bahan terlarang ini bagi tujuan mendapatkan kesan penggunaan efektif yang pantas. Kesannya boleh menyebabkan masalah ruam, kegatalan dan alahan pada kulit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4# Wangian dan warna tiruan

Elakkan krim yang mempunyai wangian atau warna tiruan. Formulasi tiruan ini boleh menyebabkan berlakunya alahan, dermatitis, masalah pernafasan dan boleh menganggu kesuburan.

5# Propylene glycol

Begitu juga dengan propylene glycol yang merupakan sejenis alkohol organik yang biasanya digunakan sebagai agen penyejukkan. Bahan ini juga boleh menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif (merengsa) dan telah dikaitkan penyebab kepada masalah dermatitis serta kegatalan kulit.

Ternyata kesan daripada penggunaan bahan yang salah dan tidak selamat boleh menjejaskan kualiti kesihatan dan ini memang sangat menakutkan.

Seharusnya sebagai pengguna yang bijak, anda haruslah meneliti setiap kandungan didalam formulasi krim stretch mark bagi memastikan ianya benar-benar selamat sebelum digunakan.

Memperkenalkan Mama’s Choice Stretch Mark Cream

Krim Mama’s Choice Stretch Mark Cream jenama produk yang diyakini halal dan ramuannya adalah bebas daripada sebarang unsur alkohol. Produk yang telah diuji di makmal Singapura ini merupakan antara jenama yang mendapat permintaan yang tinggi di Indonesia.

Diformulasi daripada inovasi biokimia lipobelle soyaglycone sebagai bahan utama dan ekstrak tumbuhan semulajadi aloe vera dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan rasa kegatalan.

Di samping itu formulasi daripada kedua bahan ini juga dapat menjadikan kulit lebih lembut dan elastik sekaligus memberi keselesaan semasa regangan stretch marks sedang berlaku.

Kaya dengan shea butter dan minyak zaitun, sumber antioksida yang membantu melembut serta melembapkan kulit. Begitu juga dengan minyak jejoba yang sarat dengan vitamin E dan kolagen dapat mengawal kerosakan kulit serta mengekalkan kelembapan agar kulit sentiasa lembut untuk selama 48 jam berterusan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Produk ini selamat digunakan oleh wanita yang sedang mengandung, selepas melahirkan dan juga ketika sedang menyusukan anak. Namun begitu, elakkan menggunakan krim pada bahagian puting semasa menyusu.

Hanya sapu secara lembut di atas perut yang sedang membesar dan juga bahagian yang mengalami stretch mark pada setiap pagi dan malam. Sentiasa membuat urutan mengikut arah gerakan bulat bagi membantu melancarkan aliran darah.

Untuk kesan yang lebih optimum, mulakan penggunaan krim dari trimester kedua kehamilan dan teruskan sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan selepas kehamilan.

Dengan segala kebaikan didalam formulasi Mama’s Choice Stretch Mark Cream dapat membantu lebih ramai kaum wanita di luar sana yang mengalami masalah stretch mark. Anda bolehlah mencubanya sendiri dan rasai kesan yang efektif selepas penggunaannya tanpa rasa ragu.

Keterangan lebih lanjut mengenai produk boleh layari laman web, Mama’s Choice Malaysia.

Produk boleh didapati di platform membeli atas talian Shopee di sini.

Baca juga: Makanan Tambahan Penting Untuk Ibu Hamil Amalkan, Baik Untuk Ibu & Bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Contributor