Aidilfitri Bertukar Mimpi Ngeri, Bayi Perempuan Melecur Tersiram Kuah Kacang Panas

Bekas kuah kacang yang masih panas di atas meja ditarik seorang bayi menyebabkan dia tersiram dan melecur 10 peratus pada anggota badannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemeriahan menyambut hari raya sebuah keluarga bertukar menjadi tragedi apabila seorang bayi perempuan berusia 17 bulan melecur selepas tersiram kuah kacang panas yang baru siap dimasak ibunya di Kampung Bukit Gading, Tanah Merah Jumaat lalu.

Nur Armel Belindha Irme dilapor melecur 10 peratus pada bahagian perut, paha, kaki dan sebahagian muka dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam.

Kuah kacang panas baru siap dimasak

Ibunya, Noor Amnie Syazwanie Azman, 26, berkata dia sedang menyiapkan kuah kacang yang baru siap dimasak untuk dibekalkan kepada seorang ahli keluarga.

“Kuah kacang yang masih panas itu saya masukkan ke dalam bekas dan diletakkan di atas meja. Anak datang menghampiri secara tiba-tiba dan terus mencapai bekas itu dan kuah kacang yang masih panas itu tersiram ke seluruh tubuhnya.

“Dia terus meraung dan dalam keadaan panik, saya mendukungnya ke bilik mandi untuk membersihkan kotoran itu sebelum bergegas ke hospital,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Noor Amnie berkata, dalam perjalanan ke Hospital Tanah Merah, tubuh anak bongsu daripada dua beradik itu kemerah-merahan dan ada gelembung selain tidak berhenti menangis.

“Dia dirawat di zon kecemasan beberapa jam sebelum dipindahkan ke wad biasa. Doktor memberitahu anak saya melecur 10 peratus dan lukanya perlu dibalut bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Setiap hari luka Armel perlu dicuci dan setiap kali itulah saya tidak sanggup melihatnya meraung kesakitan.

“Setakat ini, kami tidak dimaklumkan bila dia dibenarkan pulang. Apa yang penting sekarang adalah anak sembuh dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat orang lain,” katanya.

Bantuan awal rawat anak melecur

Kecederaan ringan akibat melecur atau terkena benda panas kadangkala tidak dapat dielakkan. Ia digelar kecederaan gred pertama atau first-degree burn. Kesan lecuran seperti ini biasanya tidak serius kerana ia hanya melibatkan kecederaan pada bahagian paling luar kulit kita.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun kawasan yang melecur tidak serius, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan terutamanya jika ia terkena pada anggota tertentu yang selalu digunakan atau sekiranya ia berlaku pada anak kecil.

Berikut adalah cara rawatan melecur ringan selamat dan boleh anda lakukan di rumah, terutamanya jika melibatkan anak kecil.

1. Jauhkan diri dan anak daripada sumber bahaya (pemanas/air panas/dapur gas/soket elektrik). Tenangkan diri, kemudian tenangkan anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Tanggalkan semua barang kemas(gelang/cincin/rantai), jam tangan, pakaian yang berada pada kawasan yang terkena air panas.

3. Alirkan air bersih bersuhu bilik di kawasan terlibat selama 15 hingga 20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.

4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5. Jumpa doktor dengan segera sekiranya kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan anak(tanpa jari), atau melibatkan muka serta kemaluan.

TV3

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Akibat Ikut Petua Letak Ubat Gigi, Tangan Melecur Mangsa Ini Jadi Lebih Teruk!

Baca juga : Doktor Pesan Jangan Letak Ubat Gigi Pada Kulit Anak Yang Melecur!

Baca juga : Mencari Krim Untuk Kulit Melecur Farmasi Yang Terbaik? Ini 8 Jenama Krim Yang Berkesan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi