Tetapi inilah pengalaman ngeri Suzie Fogarty apabila dagu dan badan anaknya melecur akibat teh panas yang dibungkus dari kedai kopi. Ketika berkongsi kisahnya di Facebook, dia berharap ibu bapa lain akan lebih prihatin supaya anak mereka tidak mengalami kemalangan yang sama.
“Minuman itu dibungkus seperti biasa dalam cawan kertas bersama dengan tudung plastik. Saya ingat saya sudah letakkan cawan itu cukup jauh dari anak saya. Dengan tiba-tiba Jake merampas cawan itu dari meja di depan mata saya. Nasib baik cawan itu mempunyai penutup! Kalau tidak, luka lecurnya sudah pasti lebih teruk!”
Ibunya berkongsi beberapa petua dari doktor, langkah-langkah pertolongan cemas dan cara mencegah bayi melecur air panass. | Sumber gambar: halaman Facebook Suzie Fogarty
“Belajar dari kesilapan saya … jauhkan minuman panas dari anak dan pastikan ia benar-benar tidak dapat dicapai,” kata Fogarty dalam post itu. Dia juga berkongsi beberapa petua dari doktor mengenai langkah-langkah pertolongan cemas untuk merawat kulit bayi melecur air panas:
1. Jangan panik
Jangan panik supaya anda boleh memberi rawatan segera dengan fikiran yang tenang.
“Rawatan yang cepat boleh mengurangkan kesan pada kulit bayi melecur air panas,” hujah Fogarty. Oleh itu, apabila dalam situasi yang sama, tenangkan diri dan bertindak dengan cepat.
2. Tanggalkan pakaian anak
Tanggalkan semua pakaian anak anda dengan serta merta: bahkan lampin dan sebarang perhiasan – kecuali ia telah lecur ke dalam kulit mereka.
Langkah ini untuk menghalang bahagian lain dari lecur lebih teruk.
3. Guna air dari paip untuk menyejukan bahagian lecur
Kredit: Raising Children Network
Guna air yang mengalir pada bahagian yang lecur untuk sekurang-kurangnya 10 minit. Lakukan langkah ini secepat mungkin walaupun ini mungkin langkah yang agak mencabar untuk ibu-ibu dengan bayi yang lebih besar.
Langkah ini sangat penting untuk memastikan luka bakar tidak merebak ke dalam.
“Semakin dalam luka lecur itu, semakin tinggi risiko anak perlu menggunakan kulit graf sebagai cara rawatan,” kata Fogarty memberi amaran.
4. Pastikan air paip tidak terlalu sejuk
Ini boleh menyebabkan anak mendapat kejutan, pastikan ibu bapa uji air itu terlebih dahulu!
5. Pastikan luka lecur itu dilindungi
Gunakan sesuatu yang bersih, seperti cling film ataupun beg plastik, untuk melindungi luka lecur. Jangan gunakan kain yang berbulu kerana benang atau cebisan kain boleh melekat pada kawasan luka.
Elakkan ini jika bayi melecur air panas pada bahagian muka, kerana anak berisiko untuk lemas.
“Apabila ibu bapa menggunakan cling film pada luka bakar/luka lecur, ini boleh menghentikan hujung saraf daripada kesakitan kerana oksigen tidak dapat menembusi cling film itu. Selain itu cling film juga akan melindungi luka lecur apabila ibu bapa sedang menyejukkan luka bakar dengan tuala yang basah,” kongsi Fogarty.
Walaupun ubat penahan sakit kanak-kanak boleh diberikan, ia adalah lebih baik untuk mendapat pengesahan dari doktor anda dahulu.