Jangan Risau, Ibu Tak Perlu Buang Kucing Kesayangan. Ini Sebenarnya Cara Selamat Untuk Urus Meow Ketika Hamil

Sebenarnya ada cara selamat untuk ibu hamil dan kandungan jika mempunyai kucing di rumah. Tidak perlu dibuang ya si comel itu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedih rasanya bila mendengar nasihat daripada sesetengah doktor yang menyaran untuk membuang kucing kesayangan tatkala mendapati diri sudah hamil beberapa minggu atau bulan. Jangan risau, sebenarnya ada cara untuk menjaga Meow kesayangan dengan selamat.

Ya, ibu hamil tidak perlu membuang si bulu. Ibu pasti pernah mendengar yang mana najis kucing boleh membawa jangkitan toxoplasmosis. Jangkitan ini adalah hanya boleh ditemui pada kucing yang dilepaskan keluar dari rumah dan yang jenis menangkap pemangsa seperti tikus dan jenis tikus yang lain. 

Jika anda mempunyai si comel bulu yang dilepaskan keluar rumah atau memakan pemangsa, seeloknya untuk ibu hamil meminta ahli keluarga lain untuk membersihkan kotak najisnya setiap hari. Ini akan menjauhkan ibu daripada najis kucing tersebut.

Namun, jika anda mempunyai haiwan peliharaan comel ini yang jenis indoor atau yang hanya tinggal di dalam rumah dan hanya makan makanan kucing sahaja serta tidak ada hubungan dengan haiwan lain di luar rumah, risiko untuk ibu hamil dijangkiti toxoplasmosis adalah sangat rendah.

Menurut perkongsian Dr. Izzat, doktor Pakar Kesihatan dan Kehamilan Wanita menerusi akaun Twitter miliknya, wanita yang sedang hamil tidak perlu membuang kucing kesayangan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jelasnya lagi “Semua ibu hamil, kalau perlu menguruskan najis kucing, pakai sarung tangan dan cuci tangan sebersihnya selepas urusan tersebut. Kalau ada ahli keluarga lain, biarkan mereka yang menguruskannya. Ini lebih baik.”

Katanya, terdapat jenis parasit yang duduk di dalam usus kucing dan membiak. Kemudian parasit ini akan keluar menerusi najisnya yang mana bernama toxoplasma. Walaubagaimanapun, toxoplasma tidak membahayakan orang dewasa, tetapi ia sebaliknya boleh menyebabkan masalah kepada bayi di dalam kandungan seperti masalah saraf.

Nasihatnya, jika ibu hamil perlu menguruskan najis haiwan comel ini, adalah sebaiknya untuk memakai sarung tangan dan mencuci tangan dengan bersih. Atau yang sebaiknya, biarkan urusan pembersihan najis itu diuruskan oleh ahli keluarga yang lain di dalam rumah anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tweet tersebut turun mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengikut Dr. Izzat. Salah seorang pengikutnya turut berkongsi pengalaman yang mana ketika awal kehamilan anak pertamanya, dia menerima ramai nasihat dari orang sekelilingnya untuk tidak lagi membela kucing kerana risaukan keselamatan bayi.

Namun, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak membuang kucing kesayangannya, sebaliknya kekal menjaganya dengan cara yang selamat yang mana suaminya membersihkan najis kucingnya, dan ibu hamil tersebut pula memberikan makanan kepada kucingnya. Kini, anaknya menjadi sahabat baik dengan kucing kesayangannya itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, ibu hamil di luar sana yang mempunyai si comel bulu kesayangan di rumah, usah bimbang lagi. Ini jawapan sahih dari doktor pakar kesihatan dan kehamilan wanita.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kasih Ibu Kucing Yang Tak Ternilai, Sanggup Redah Api 5 Kali Selamatkan Anaknya…

Baca juga: Nak Memelihara Kucing Bila Ada Bayi Kecil di Rumah? Ini 4 Perkara Penting Yang Anda Mesti Tahu Dahulu!

Baca juga: Bela Kucing Di Dalam Rumah Berisiko Menyebabkan Asma Kepada Bayi, Ini Ibu Kena Tahu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad