Kulat Susu: Mulut & Lidah Baby Ada Tompokan Putih? Ia Mungkin Kulat Susu Punca Bayi Sukar Menyusu
Kulat susu boleh berpunca daripada penggunaan antibiotik, susu ibu yang tertinggal pada puting payudara ibu dan sistem imun bayi lemah.
jangkitan kulat susu atau nama saintifiknya, candidiasis (oral trush) Terjadi disebabkan oleh kulat candida, sejenis yis. Ia paling kerap terjadi kepada bayi, kanak-kanak, individu yang telah berusia dan juga mereka yang mempunyai sistem imun badan yang lemah.
Isi Kandungan
Punca Jangkitan Kulat Yang Membuatkan Mulut Bayi Putih
Berikut adalah beberapa punca utama yang menyebabkan jangkitan kulat susu pada mulut bayi:
1.Penggunaan Antibiotik
Penggunaan antibiotik oleh ibu semasa mengandung atau bayi yang baru lahir boleh mengganggu keseimbangan bakteria dalam mulut, menyebabkan pertumbuhan berlebihan kulat Candida.
2.Susu Ibu Atau Susu Formula
Bayi yang sering diberi susu ibu atau susu formula melalui botol yang tidak bersih boleh berisiko untuk mengalami jangkitan kulat. Botol susu yang tidak dibersihkan dengan baik boleh menjadi tempat pembiakan kulat.
3.Susu Ibu Yang Tertinggal Pada Puting Payudara Ibu
Jika susu ibu tertinggal pada puting payudara ibu, ini boleh memberi peluang kepada kulat untuk berkembang, terutama jika ibu tidak membersihkan payudara dengan betul selepas menyusu.
4.Sistem Imun Bayi Yang Lemah
Bayi yang mempunyai sistem imun yang belum matang atau bayi pramatang berisiko lebih tinggi untuk mengalami jangkitan kulat.
5.Penggunaan Puting Susu
Penggunaan puting susu yang tidak dibersihkan dengan baik juga boleh menyebabkan jangkitan kulat pada mulut bayi.
6.Penyakit Atau Gangguan Kesihatan Tertentu
Bayi yang menghidap gangguan kesihatan tertentu, seperti diabetes atau masalah kekurangan zat makanan, lebih mudah terdedah kepada jangkitan kulat.
Punca Jangkitan Lain Yang Membuatkan Mulut Bayi Putih
Mulut bayi yang putih boleh disebabkan oleh beberapa perkara selain jangkitan kulat. Berikut adalah beberapa punca yang mungkin:
1.Luka atau Kerengsaan
Kadang-kadang, penggunaan pacifier atau botol susu yang tak bersih boleh menyebabkan luka kecil atau kerengsaan, dan ini boleh membuatkan mulut bayi kelihatan putih.
2.Herpes Simplex Virus (HSV)
Walaupun jarang, bayi boleh dijangkiti virus herpes yang menyebabkan lepuh atau ulser putih di dalam mulut. Ia memang menyakitkan dan memerlukan rawatan doktor.
3.Penyakit Mulut, Tangan, Kaki
Penyakit yang disebabkan oleh virus Coxsackie boleh menyebabkan ruam di tangan, kaki, dan mulut. Di mulut, ia boleh muncul sebagai kawasan putih yang sakit.
4.Reaksi Alergi
Bayi juga boleh mengalami lapisan putih akibat reaksi terhadap makanan atau ubat tertentu. Ini biasanya hilang selepas penyebab alergi dihindari.
5.Kekurangan Zat Makanan
Jika bayi kekurangan zat besi atau nutrisi penting lain, ia boleh menyebabkan perubahan di dalam mulut, termasuk lapisan putih.
Tanda Dan Simptom Kandidiasis Mulut Bayi Putih
Jangkitan kulat ini biasanya muncul seperti tompok putih pada lidah atau mulut bayi. Namun begitu, jangkitan ini tidak semestinya hanya ada pada dalam mulut, bahkan boleh menjejaskan bahagian tubuh yang lain seperti pada kuku, kawasan lampin (faraj) atau kulit yang berlapis (seperti di bahagian ketiak dan leher).
1. Kemerahan Dan Kegatalan Dalam Mulut
Anda mungkin tidak nampak atau dapat mengesan jika bayi anda terkena jangkitan ini dalam mulutnya. Namun kadang kala, jangkitan kulat susu muncul sebagai tompok putih pada lidah bayi anda.
Bayi anda mungkin merengek sekali sekala untuk memberitahu yang dia tidak selesa dengan keadaan lidahnya. Atau jika kulat susu muncul di leher atau kawasan lampin, bayi akan lebih banyak meragam.
2. Kerap Menangis Dan Merengek
Bayi anda mungkin akan kerap menangis berbanding biasa apabila jangkitan ini berlaku pada mereka.
3. Kurang Selera Untuk Menyusu Akibat Kesakitan
Akibat jangkitan kulat susu dalam mulut, si kecil anda mungkin ‘takut’ untuk meminum susu ibu akibat rasa sakit yang mungkin dihadapi.
Dia juga mungkin tidak dapat merasa apa yang diminumnya. Jadi sekaligus membuatkan si kecil anda tidak berselera untuk menyusu.
4. Ruam Pada Lampin
Mempunyai ruam pada bahagian lampin juga boleh menjadi petanda jangkitan kulat susu.
Selain itu, keadaan puting ibu yang berwarna lebih gelap, merekah, sakit dan membengkak juga boleh menjadi tanda berlakunya jangkitan kulat susu.
Jika ia berlaku, si kecil yang menyusu juga berisiko untuk terkena jangkitan yang sama. Jadi, rawatan daripada pakar perubatan adalah langkah terbaik bagi mengubatinya.
Kandidiasis Mulut Atau Sisa Susu?
Memang mudah keliru antara kandidiasis mulut (jangkitan kulat) dengan sisa susu di mulut bayi. Tapi, ada beberapa cara untuk bezakannya:
1.Kandidiasis Mulut (Thrush)
- Putih Menyeluruh: Lapisan putih akan nampak tebal, kadang-kadang seperti kerak, di lidah, gusi, atau bahagian dalam pipi.
- Sukar Ditanggalkan: Bila cuba lap dengan kain lembap, lapisan putih ini sukar dibersihkan dan kadang-kadang boleh meninggalkan kesan merah atau berdarah.
- Sakit: Bayi mungkin menunjukkan tanda ketidakselesaan atau menangis bila menyusu.
2.Sisa Susu
- Putih Pudar: Sisa susu biasanya lebih lembut dan tidak menyeluruh, lebih seperti lapisan nipis yang mudah hilang.
- Boleh Dibersihkan: Dengan mudah, lapisan susu ini boleh dibersihkan dengan kain lembap tanpa kesan sakit atau merah pada mulut.
- Bayi Tidak Sakit: Bayi tidak akan menunjukkan tanda ketidakselesaan atau kesakitan.
Jadi, jika lapisan putih bayi susah nak hilang dan nampak lebih tebal, mungkin itu kandidiasis mulut. Kalau hanya sisa susu, ia mudah dibersihkan dan tak menyebabkan bayi rasa sakit. Kalau masih ragu, lebih baik jumpa doktor untuk pastikan keadaan bayi!
Bagaimana Merawat Jangkitan Kulat?
Jangkitan kulat susu agak mudah dirawat dan tidak memerlukan rawatan yang istimewa. Kebanyakan pakar pediatrik boleh mengenal pasti jangkitan ini dengan melihat kondisi mulut dan lidah bayi anda.
Kebiasaannya, doktor akan memberikan ubat anti-kulat atau ubat kulat susu bayi seperti Nystatin yang boleh digunakan beberapa kali sehari untuk diletakkan ke bahagian mulut.
Jika berlaku ruam pada bahagian lampin akibat jangkitan ini, Nystatin atau Lotrimin juga boleh membantu mengubatinya.
Mencegah Jangkitan Pada Mulut Bayi
Elak menggunakan tisu basah yang mengandungi kandungan alkohol yang tinggi untuk mengelap bahagian yang terkena jangkitan. Ini kerana, ia akan menyebabkan yis membiak dengan lebih banyak.
Bersihkan juga sebarang peralatan yang sering dimasukkan ke dalam mulut bayi termasuklah cawan, botol, puting dan lain-lain menggunakan air panas pada suhu 125 darjah Fahrenheit.
Bagi ibu yang sedang menyusukan bayi pula, anda perlu memastikan bahawa puting anda dibersihkan selepas setiap penyusuan bagi mengelak jangkitan ini berlaku pada bayi.
Guna atau sapukan krim Nystatin atau krim lain yang disarankan oleh pakar perubatan. Selain itu, pemakanan atau diet yang berkhasiat ketika kehamilan juga penting dalam membantu mengurangkan risiko jangkitan ini.
Satu Keadaan Biasa
Kulat susu sedikit tak selesa untuk bayi, terutama waktu menyusu, tapi biasanya mudah dirawat dengan ubat dari doktor. Jadi, jika bayi ada tanda-tanda ni, segera jumpa doktor, dan semuanya akan kembali normal.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Cara Bagi Anak Makan Ubat Yang Betul, Ibu Elakkan Guna Syringe Sama & Konsisten Ikut Masa
Baca juga: 5 Petua Untuk Merawat Jangkitan Kulat Pada Puting Semasa Menyusu
Baca juga: Kerana Tak GOSOK Gigi, Budak Ini Hampir Maut Bila Jangkitan Gigi Merebak Ke Otak!