KUALA LUMPUR, 24 SEPTEMBER 2024 – Konsensus terbaharu telah ditubuhkan oleh sekumpulan pakar bebas mengenai penyaringan dan pengurusan anemia kekurangan zat besi (IDA) dalam kalangan kanak-kanak kecil di seluruh Asia Tenggara dan India.
Konsensus itu dibuat sebagai respons kepada penemuan kajian Kuat Zat Besi 2023 (Iron Strong Study 2023) yang agak membimbangkan, yang menekankan bahawa 1 daripada 3 kanak-kanak Malaysia berisiko menghidap anemia.
Konsensus tersebut ditubuhkan dengan kerjasama 28 doktor -doktor dalam bidang pediatrik, obstetrik dan ginekologi, perubatan keluarga dan kesihatan awam dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Thailand, Laos, Myanmar, Kemboja dan India.
Pelbagai cadangan telah dibuat dan disemak oleh pakar -pakar serantau iniyang disokong oleh Danone. Konsensus tersebut membentangkan 12 cadangan berasaskan bukti untuk membimbing pengamal penjagaan kesihatan dan pembuat dasar dalam melaksanakan keputusan yang berkaitan dengan pemeriksaan, pencegahan dan pengurusan IDA dalam kalangan kanak-kanak kecil.
Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin, Profesor dan Pakar Perunding Kanan Pediatrik Endokrinologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, menekankan: “ Penerbitan konsensus: “ Konsensus ini merupakan kemajuan yang terbaik dalam menguruskan IDA dikalangan kanak-kanak. Dengan menghimpunkan pakar-pakar yang hebat dari rantau ini, pelbagai cadangan berasaskan bukti yang mempunyai asas yang kuat diharapkan dapat memberikan manfaat yang besar kepada kesihatan kanak-kanak.”
Konsensusini turut membuktikan usaha yang diterajui oleh pakar-pakar ini dalam menangani IDAmencerminkan kepakaran kolektif pakar serantau dan menguatkan komitmen untuk meningkatkan kesihatan kanak-kanak.
Angie Low, Pengarah Hab Sains Perubatan & Pemakanan SEA di Danone Asia Tenggara, menyatakan “Sebagai tambahan kepada konsensus, Danone juga telah memperkenalkan Soal Selidik Saringan Kuat Zat Besi dalam talian untuk terus meluaskan capaian kepada orang ramai bagi menyokong usaha dalam mengenal pasti dan menangani IDA .”
“Danone kekal komited untuk menyokong cadangan pakar-pakar ini melalui inisiatif dan perkongsian berterusan yang juga sejajar dengan misi korporat kami. Kami memberikan tumpuan terutamanya untuk meningkatkan program saringan bukan invasif kami dan penyelesaian pemakanan dalam memerangi isu kesihatan kritikal ini,” jelas beliau.
Pendekatan Pelbagai Serampang untuk Menangani Anemia Kanak-kanak
Profesor Dr Muhammad Yazid Jalaludin menekankan, “Anemia kekurangan zat besi (IDA) pada kanak-kanak sering kurang didiagnosis kerana kes ringan selalunya tidak menunjukkan simptom yang jelas.
Walau bagaimanapun, kekurangan yang tidak dapat dikesan ini boleh memberikan impak yang ketara kepada pertumbuhan dan ianya memberikan impak kepada perkembangan otak kanak-kanak dan keupayaan pembelajaran masa depan. “
Panel pakar juga mencadangkan saringan anemia bukan invasif perlu dilaksanakan setiap tahun untuk kanak-kanak berumur 1-5 tahun.
Pendekatan strategik ini bertujuan menambah baik pengesanan awal dan pengurusan IDA. Selain itu, pendekatan ini menekankan betapa pentingnya intervensi pemakanan, terutamanya pengukuhan makanan dan susu untuk membantu mengurangkan risiko IDA dalam semua kanak-kanak serta mendidik ibu bapa dan penjaga secara aktif tentang risiko dan pencegahan IDA.
Walaupun kelaziman IDA agak membimbangkan pada kanak-kanak Malaysia, namun dasar kebangsaan mengenai saringan rutin dan intervensi masih tidak mencukupi. Ketika ini, saringan hanyalah sebahagian daripada strategi komprehensif. Pendekatan secara holistik adalah perlu untuk memerangi IDA dalam kalangan kanak-kanak. Konsensus ini juga menekankan peranan penting pemakanan dalam mencegah dan menguruskan IDA pada kanak-kanak.
Profesor Dr. Hamid Jan, Profesor, Program Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, menyatakan, “Menangani IDA pada kanak-kanak memerlukan pendekatan pelbagai dimensi yang menggabungkan pengesanan awal dengan intervensi pemakanan yang komprehensif. Memasukkan pelbagai makanan kaya zat besi ke dalam diet anak-anak anda, seperti daging tanpa lemak, ayam, itik, kekacang atau sayur-sayuran berdaun gelap seperti bayam, ialah sumber yang sangat baik.
Selain itu, susu dan makanan yang diperkaya memainkan peranan penting dalam memastikan pengambilan zat besi yang mencukupi, terutamanya untuk kanak-kanak yang mungkin mempunyai akses yang terhad kepada diet yang pelbagai.”
Beliau seterusnya menambah, “Menggandingkan makanan kaya zat besi dengan penggalak (enhancers) seperti makanan yang kaya vitamin C boleh meningkatkan penyerapan dengan ketara, sekali gus menjadikannya lebih mudah untuk anak anda meraih manfaat daripada pengambilan zat besi mereka.”
Menyedari keperluan untuk pendekatan holistik dalam memerangi IDA, Danone memperkenalkan Soal Selidik Saringan Kuat Zat Besi, iaitu alat penilaian kendiri dalam talian yang dibangunkan dengan kerjasama panel pakar pediatrik dan pemakanan. Soal selidik yang inovatif dan mesra pengguna ini memperkasakan ibu bapa untuk menilai pengambilan zat besi anak mereka berdasarkan umur dan memberikan panduan tentang jenis dan jumlah makanan kaya zat besi untuk dimasukkan ke dalam diet mereka.
Inisiatif Danone adalah sejajar dengan Kertas Putih Kesihatan kerajaan Malaysia, yang menekankan kepentingan langkah kesihatan pencegahan dan kerjasama pelbagai sektor. Kertas putih itu menekankan keperluan terhadap pendekatan inovatif untuk menangani cabaran kesihatan, terutamanya dalam kalangan populasi yang mudah terjejas, yang sejajar dengan komitmen Danone untuk memerangi IDA pada kanak-kanak.
Selaras dengan Agenda Satu Kesihatannya, Danone kini mengembangkan usahanya untuk meningkatkan pemeriksaan dan pencegahan anemia:
- Menyediakan akses yang mudah melalui Soal Selidik Saringan Kuat Zat Besi dalam talian dan Kod QR untuk ibu bapa dan penjaga
- Jerayawara Generasi Kuat Zat Besi Dugro di seluruh negara, menawarkan saringan anemia bukan invasif percuma dan pendidikan pemakanan.
- Bekerjasama dengan penyedia penjagaan kesihatan dan kerajaan untuk mengintegrasikan saringan anemia bukan invasif dalam rutin pemeriksaan kesihatan kanak-kanak
- Menghasilkan produk formula diperkaya zat besi yang inovatif dan boleh diakses untuk kanak-kanak, Dugro menampilkan Iron Active – gabungan unik zat besi dan vitamin C yang membantu dalam 3X penyerapan, bersama DHA dan 21 vitamin serta mineral penting. Pengambilan tiga gelas Dugro setiap hari menyediakan 100% daripada pengambilan zat besi yang disyorkan.^
“Ketika kami terus mendedahkan kelaziman anemia yang ketara dalam kalangan kanak-kanak Malaysia, kepentingan pengesanan awal dan intervensi menjadi adalah sangat diperlukan . Dengan menyepadukan cadangan yang relevan berdasarkan data klinikal semasa dan amalan terbaik, konsensus bertujuan membantu keputusan bagi tujuan saringan, pengurusan, dan pencegahan IDA dalam kalangan kanak-kanak.
Dengan menangani faktor risiko lebih awal, terutamanya melalui pendidikan pemakanan dan pemeriksaan rutin, kita boleh mengurangkan kesan jangka panjang anemia terhadap pertumbuhan dan perkembangan otak kanak-kanak,” kata Profesor Dr Yazid.
Kajian Kuat Zat Besi dan konsensus pakar merupakan langkah penting untuk memahami dan menangani IDA pada kanak-kanak di seluruh Asia Tenggara dan India. Dengan menggalakkan kerjasama antara profesional penjagaan kesihatan dan pembuat dasar, Danone menyasarkan matlamat untuk memacu peningkatan bermakna dalam kesihatan dan pemakanan kanak-kanak di seluruh rantau ini.
Untuk maklumat lanjut tentang Soal Selidik Saringan Kuat Zat Besi dan inisiatif Danone, layari www.dugro.com.my/bm/ida/Saringan-Pengambilan-Zat-Besi.html
*Dengan kombinasi optimum nisbah Vitamin C : Zat Besi antara 3 dan 4, dalam lingkungan yang disyorkan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan Zat Besi.
^Tiga gelas Dugro menyediakan 100% daripada pengambilan zat besi harian yang disyorkan (RNI Malaysia 2017) untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun.
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!