2 Doktor Positif Covid-19 Terkejut Lepas Koma Wajah Berubah Gelap, Tak Sangka Sebab Ini!

Dua doktor yang koma selama berpuluh hari terkejut melihat wajah bertukar gelap susulan dijangkiti covid-19. Ini punca-punca mengapa warna kulit mereka berubah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Besar pengorbanan frontliners yang membantu di barisan hadapan untuk membendung penularan wabak corona virus sekaligus membantu pesakit menangani wabak ini. Seperti dua doktor ini yang berubah kulit gelap semasa sedar dari wad ICU.

Menurut Metro UK, dua doktor berkenaan iaitu Dr Yi Fan dan Dr Hu Weifeng telah disahkan positif covid-19 selepas berjangkit semasa merawat pesakit coronavirus di Wuhan Central Hospital.

Berubah kulit gelap selepas sedar dari ‘tidur’

Lebih menyedihkan, kedua-dua doktor ini dilaporkan berada dalam keadaan yang sangat kritikal dan memerlukan alat bantuan hidup.

Namun begitu, mereka berada dalam golongan yang bertuah kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan hidup ini apabila kembali sedar dari tidur atau koma dan terkejut melihat perubahan kulit gelap pada wajah masing-masing.

Mereka berdua ini dikatakan bekerja bersama Doktor Li Wenliang yang dihukum kerana cuba mendedahkan tentang virus ini dan telah meninggal dunia pada 7 Februari yang lalu selepas dijangkiti dengan wabak ini.

Kedua-dua doktor ini disahkan positif pada 18 Januari dan 39 hari menggunakan alat bantuan hidup (ECMO) dan berjaya diselamatkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Buat pengetahuan, ECMO iaitu alat bantuan hidup yang berfungsi sebagai alat untuk menggantikan fungsi paru-paru dan jantung pesakit.

Kesan sampingan ubat

Menurut laporan media di sana, kedua-dua doktor tersebut berasa terkejut selepas tersedar dari tidur kerana perubahan gelap pada wajah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdasarkan doktor yang merawat, perubahan kulit gelap itu disebabkan kesan sampingan ubat yang diberikan semasa peringkat awal rawatan.

Walaubagaimanapun tidak dapat mengenal pasti apakah jenis ubat yang digunakan sehingga berlakunya perubahan pada warna kulit mereka.

Mengulas lebih lanjut, perubahan pada kulit mereka boleh beransur pulih seiring dengan pemulihan paru-paru mereka.

Ini kerana pada masa sekarang, paru-paru mereka dipercayai rosak dan berlaku ketidakseimbangan hormon lantas menyebabkan perubahan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

5 Doktor meninggal di Itali kerana dijangkiti corona virus

Susulan krisis covid 19 di Itali, lima orang doktor mereka telah meninggal dunia akibat terkena wabak berjangkit itu manakala 2600 petugas perubatan disahkan positif virus itu.

Hal ini tentunya menimbulkan kebimbangan di kalangan petugas hospital tidak kira di mana jua kerana mereka terpaksa bersentuhan dengan pesakit yang telah dijangkiti dengan covid 19.

Lebih sadis lagi di Itali, seorang doktor yang meninggal dunia itu ada membuat temubual sebelum disahkan positif corona virus.

Malah dia ada mengatakan tidak memakai sarung tangan akibat kehabisan stok.

KKM pantau kesan sampingan ubat untuk Covid 19

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di Malaysia, pesakit yang dijangkiti virus ini dan mendapat rawatan dengan menggunakan empat ubat menerusi ujian solidariti akan dipantau bagi mengesan kesan sampingan ubat berkenaan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, turut mengakui ubat anti malaria iaitu Hydroxychloroquine mempunyai beberapa kesan sampingan seperti kabur penglihatan, otot menjadi lemah, cirit birit dan sakit kepala.

Jadi sebarang penggunaan ubat off label atau tiada kelulusan perlulah dipantau bagi menangani kesan sampingan yang seterusnya boleh membawa risiko kepada kesihatan pesakit yang dijangkiti.

Seperti di Hospital Sweden, mengarahkan penggunaan ubat merawat malaria dihentikan kerana boleh mencetuskan kesan sampingan pada pesakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sususlan itu, pihak KKM akan terus memantau perkembangan rawatan menggunakan ubat berkenaan dari masa ke semasa.

Hal ini kerana, di wad KKM akan menentukan pesakit mana yang perlu dan tidak perlu ubat tersebut dan kebanyakannya tidak memerlukannya.

Tapi jika pesakit berada dalam risiko yang tinggi, maka petugas akan memberikan ubat ini.

7 cara pencegahan covid 19

1) Selalu rajin mencuci tangan sampai yakin bersih terutama selepas memegang sesuatu yang kurang pasti tahap kebersihannya.

2) Memakai alat topeng muka semasa keluar membeli barangan keperluan dapur untuk kegunaan seisi kelurga.

3) Menghindari bersentuhan, memegang tangan, berjabat tangan atau berpelukan dengan individu yang lain.

4) Tidak menyentuh area wajah dengan tangan yang kotor atau belum cuci tangan

5) Menutup mulut atau hidung semasa bersin atau batuk bagi mengekang penyabaran virus ini.

6) Elakkan berkongsi barangan peribadi dengan orang lain.

7) Mengamalkan social distancing atau penjarakan sosial semasa berada di luar. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Metro UK 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.combayar-saman