Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

undefined

Warna kulit gelap ketika hamil terjadi pada sesetengah ibu disebabkan perubahan hormon. Namun ramai mengatakan ia petanda hamil anak lelaki

Sebelum perkembangan teknologi yang canggih diperkenalkan, masyarakat dulu percaya dan memiliki cara tersendiri untuk mengetahui jantina bayi. Salah satunya adalah warna kulit gelap ketika hamil. Namun sejauh mana kebenaran mitos ini?

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Betul ke warna kulit gelap ketika hamil adalah satu cara tentukan jenis jantina janin? 
  • Bilakah berlakunya perubahan warna kulit gelap ketika hamil? 
  • Cara mengatasi perubahan kulit semasa mengandung 

Betul ke warna kulit gelap ketika hamil adalah satu cara tentukan jenis jantina janin? 

kulit ibu mengandung

Perubahan bentuk tubuh dan keadaan kulit ibu hamil merupakan mitos yang masih dipercayai orang sehingga kini. Contohnya kulit gelap ketika hamil menandakan wanita tersebut sedang mengandung bayi lelaki

Sayangnya itu hanyalah mitos yang tidak ada bukti melalui kajian saintifik. Semasa hamil, penghasilan pigmen melanin dalam tubuh cenderung meningkat, lalu mengakibatkan Melanocyte Stimulating Hormone turut naik. Sekaligus, ia menjadi punca kulit gelap ketika hamil berbanding sebelum kehamilan. 

Kawasan kulit yang gelap ini biasanya dikenali dengan choasma dan melasma. Chloasma berlaku disebabkan tubuh menghasilkan terlalu banyak melanin. Namun, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerena ia dapat melindungi kulit dari radikal bebas yang membahayakan.

Manakala, peningkatan hormon estrogen pula dapat membuatkan kulit kelihatan lebih cerah disebabkan lebaran pembuluh darah yang dipanggil pregnancy glow yang biasa terjadi semasa trimester pertama. 

Ketika hamil juga, kelenjar peluh yang keluar itu boleh menyebabkan jerawat tumbuh lebih banyak berbanding sebelumnya. Makanya, tiada penelitian yang menunjukkan perubahan kulit semasa hamil ada kaitan dengan jantina bayi.  

Bilakah berlakunya perubahan kulit gelap ketika hamil? 

kulit gelap ketika hamil

Perubahan hormon ini biasanya berlaku di awal kehamilan lagi di mana beberapa bahagian kulit wajah mudah untuk berubah warna gelap seperti di pipi, kening, bibir dan bawah mata.

Namun, tak usah terlalu bimbang kerana ia akan kembali asal selepas bersalin.

Selain kulit hitam, berikut ini adalah masalah lain yang mungkin boleh timbul ketika kehamilan anda:

1)Bahagian kulit menjadi gelap seolah berdaki 

Terdapat beberapa bahagian tubuh yang cepat hitam seperti puting payudara, leher, celah kelangkang paha, kawasan alat kelamin dan lain-lain. 

2) Selulit 

Selulit memang tidak dapat lari sepanjang hamil yang selalu dimulai dengan warna kemerahan dan gatal-gatal. Ia kerana kulit badan semakin meregang kerana pertambahan saiz badan dan kandungan yang semakin membesar. 

3) Jerawat 

Ibu Yang Memiliki Kulit Yang Gelap Ketika Hamil Tanda Bayi Lelaki: Benarkah Mitos Ini?

Ada mitos yang mengatakan kalau wajah ibu ditumbuhi jerawat yang banyak itu tandanya hamil bayi perempuan kerana si kecil telah mencuri kecantikan ibunya. 

Walhal, ia disebabkan perubahan hormon dalam tubuh yang mendorong kelenjar minyak terhasil lebih banyak lantas menyebabkan jerawat tumbuh dengan sangat cepat. 

Cara mengatasi perubahan kulit semasa mengandung 

  • Gunakan SPF yang mencukupi ketika keluar rumah. 
  • Sentiasa guna losyen yang mengandungi Vitamin E dan Alpha hydroxy acid yang boleh mencegah selulit. 
  • Melakukan senaman ringan ketika hamil. 
  • Mencuci wajah dengan pembersih yang sesuai supaya jerawat dapat dikurangkan.

Selain melindungi dan menjaga kulit, anda juga dinasihatkan untuk sentiasa mengambil makanan berkhasiat, minum air yang mencukupi dan dapatkan rehat yang cukup setiap hari.

Ibu juga boleh menggunakan bahan semulajadi seperti aloe vera untuk membantu mengatasi masalah kulit ini.

Kulit gelap semasa mengandung biasanya bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan. Namun, perubahan warna kulit pada lipatan badan disertai perubahan tekstur kulit boleh menjadi acanthosis nigricans.

Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan obesiti dan diabetes semasa mengandung yang boleh meningkatkan risiko komplikasi kehamilan. Jika anda mengalami ini, dapatkan nasihat doktor ketika melakukan pemeriksaan kehamilan rutin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Petty Lubis dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga: Wanita Hamil Kembar 4, Lahirkan Dua Bayi Lebih Awal, Dua Lagi Masih Dalam Kandungan

Baca juga:  Wanita Dedah Realiti Kerja Pramugari, Krew Yang Hamil Diberi Cuti 9 Bulan Tanpa Gaji

Baca juga: Keluar Susu Semasa Mengandung, Adakah Ia Normal? Berbahayakah Untuk Kandungan Ibu Hamil?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!