Kini Anak Anda Juga Boleh Menjadi Bintang Disney! Jom Sertai Sekarang

Berita baik untuk anda ibu bapa! Kini Club Mickey Mouse mencari bintang Mouseketeer baharu! Disney Channel’s Club Mickey Mouse kembali untuk musim keempat dengan pencarian bintang di seluruh negara.  #CMMStarSearch2020

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak anda suka menyanyi, menari atau mengacara? Pernah tak anak-anak anda sentiasa terhibur apabila mendengar lagu kanak-kanak? Mereka akan menyanyi bersama dan menari memeriahkan rumah anda seperti mereka sebenarnya sedang melakukan konsert paling happening!

Berita baik untuk anda ibu bapa! Kini Club Mickey Mouse mencari bintang Mouseketeer baharu! Disney Channel’s Club Mickey Mouse kembali untuk musim keempat dengan pencarian bintang di seluruh negara.  #CMMStarSearch2020

Bermula dari 1 hingga 23 Ogos, kanak-kanak berusia 13 hingga 16 tahun berpeluang menjadi Mouseketeer baharu untuk Disney Channel Malaysia dengan menyertai uji bakat digital. Inilah masanya untuk anak-anak anda menyerlahkan bakat yang mereka ada!

Selalu melihat mereka membuat persembahan di depan adik beradik dengan iringan lagu kanak-kanak saja sepanjang PKP ini, apa kata anda sebagai ibu bapa yang sangat ‘supportive’ menggalakkan anak-anak untuk menyertai pencarian bintang Mouseketeer ini. 

Apa yang anda perlu lakukan adalah hasilkan sebuah video memperkenalkan diri dan membuat persembahan meyanyi dan menari dengan iringan lagu kanak-kanak yang disediakan. Kemudian hantarkan video itu secara atas talian di Disney.Asia/StarSearch.  

Prosesnya cukup mudah di mana anak-anak hanya perlu memilih dua lagu yang disediakan dan serlahkan bakat anak anda menyanyi dan menari ditambah dengan personaliti unik dan tersendiri masing-masing. Ingat! Hasil yang original dan kreativiti menarik akan meningkatkan peluang anak-anak anda untuk terpilih!

Sama ada anda ingin bermain alat muzik, membuat versi acapella atau menyanyi lagu kanak-kanak, yang penting anda semua bergembira! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lebih menarik, 170 pelanggan Astro Kids Pack pertama yang menyertai ujibakat #CMMStarSearch2020 akan menerima beg goodie percuma!

Untuk menerima maklumat yang terkini berkenaan tips dan trik uji bakat, anda boleh layari laman sosial Instagram rasmi di Club Mickey Mouse Malaysia @ClubMickeyMouseMY. Dan jangan lupa tonton Astro CH 634 / 614 untuk mendapatkan inspirasi!

Mengenai Club Mickey Mouse

Tahukah anda, Club Mickey Mouse ini merupakan versi lokal kontemporari yang dihasilkan oleh Walt Disney pada tahun 1955. Disney Channel Malaysia ini merupakan rancangan ikonik ini telah menghiburkan penonton-penonton di Malaysia melalui muzik, tarian dan permainan-permainan menarik sepanjang tiga musim. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nantikan kemunculan musim keempat yang akan ditayangkan pada tahun 2021! 

Anak yang mempunyai kemahiran sosial dan minat mendalam dalam sesuatu tanda anak bijak

Sekiranya anda perhatikan anak anda mudah bersosial dengan kanak-kanak atau orang lain boleh jadi dia sebenarnya kanak-kanak yang bijak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada kanak-kanak pemalu sifatnya. Ada juga pendiam dan tidak pandai bermain dengan kanak-kanak lain.

Tapi, kalau anak anda suka berkawan dan tidak suka duduk diam bila berjumpa dengan rakan sebaya dengannya, maka ini juga petanda yang anak anda itu bakal menjadi orang yang pandai.

Lyn Kendall dari Mensa menerangkan yang sifat suka bermain, bergurau dan bersosial adalah ciri yang ada pada kanak-kanak bijak.

Jadi, jika anak anda memeriahkan suasana dengan menghiburkan anda dan kawan-kawannya, ketahuilah bahawa anak anda itu ada bakat istimewa.

Kanak-kanak memang gemar bertukar minat. Tapi, kalau anak anda sukakan sesuatu perkara untuk masa yang lama, ini adalah tanda kebijaksanaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Contohnya, walaupun anak anda masih kecil, tapi dia sudah ada hobi tersendiri – lagi-lagi kalau dia memang berbakat dalam hobi yang diminatinya itu! Tidak kisahlah sama ada menyanyi, menari atau bergurau senda.  

Menurut Baby Center, anak anda mungkin berbakat jika dia mahir dalam sesuatu aktiviti, contohnya seni, sukan atau pandai bermain dengan nombor.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Celoteh Comel Kanak-Kanak Tentang Fesyen dan Alat Solek

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan