Kisah Misteri Di Sebalik 5 Lagu Kanak Kanak Yang Popular, Seram Pula Bila Dengar

Mesti anda pernah putar lagu kanak kanak ini pada si kecil di rumah, kan? Namun, kalau anda nak tahu lagu-lagu ini memiliki kisah misteri yang menyeramkan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagu kanak kanak atau nursery rhymes memang cukup sinonim bagi anak kecil yang sedang belajar bercakap dan menyanyi. Malah tak kurang juga ibu bapa menggunakannya sebagai hiburan anak-anak melalui Youtube atau download dalam pendrive dan pasang di televisyen.

Antara lagu kanak kanak yang popular dan sering kali dimainkan adalah seperti Baa Baa Black Sheep, London Bridge Is Falling Down dan banyak lagi.

Akan tetapi di sebalik kecomelan lirik lagu ini berserta intonasi muziknya yang mencuit hati, namun ada sisi gelap yang anda tidak pernah tahu sebelum ini. Jom kita intai kisah di sebalik lagu kanak kanak ini yang dikongsikan oleh seorang ibu bernama Puan Eleena M.

Maksud di sebalik lagu kanak kanak dan kisah gelap yang menyeramkan

#1. Baa Baa Black Sheep

 

Lagu Baa Baa Black Sheep ini merupakan lagu protes terhadap cukai bulu kambing yang dilaksanakan oleh Raja Edward 1 pada 1275 kerana mahukan wang bagi membiayai peperangan menentang pemberontakan di Wales bagi menyerang Scotland dan Perancis.

Bahkan, lagu ini menyentuh sistem kelas pada zaman tersebut di mana harta di bahagikan dalam negara. Sementara itu, perkataan master dalam lagu ini merujuk kepada Edward 1, dame merujuk kepada tuan tanah dan little boy merujuk kepada harta rakyat yang dibahagi kepada semua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahkan, lagu ini turut digunakan oleh golongan anti penghambaan di England pada kurun ke 18 dan di Amerika Syarikat sebelum perang saudara yang merujuk kepada penghambaan kaum Afrika.

Pada asalnya lagu ini tidak mempunyai melodi, namun ia ditambah pada tahun 1740 berdasarkan lagu rakyat perancis bertajuk Ah! Vous dirai-je dan muzik diolah pada 1781. Selain Baa Baa Black Sheep, lagu ABC dan Twinkle Little Star turut menggunakan melodi yang serupa.

#2. London Bridge Is Falling Down

London Bridge Is Falling Down mempunyai banyak teori seperti serangan tentera Olaf II dari Norway ke atas England pada 1014 yang meruntuhkan jambatan di Sungai Thames.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, ada juga teori yang mengatakan lagu ini mengisahkan ritual korban kanak-kanak pada masa dahulu namun pakar sejarah tidak dapat mengesahkannya.

Lagu ini juga dikatkan dengan kebakaran besar London pada 1666 yang mengakibatkan jambatan itu musnah akibat kebakaran yang berlaku.

#3. Three Blind Mice

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagu ini mengisahkan tentang hukuman bunuh terhadap tiga paderi Anglikan oleh Ratu Mary yang menganut katolik. Ratu Mary dikenali sebagai Bloody Mary di mana dia membutakan mata paderi ini namun dalam catatan sejarah paderi ini dibakar hidup-hidup.

Maksud 3 blind mice itu merujuk kepada paderi tersebut yang membutakan hati dan menolak ajaran Katolik. Lagu ini ditulis oleh Thomas Ravencroft yang merujuk kepada peristiwa tersebut.

#4. Ring Around The Rosie

Ramai yang mengaitkan lagu ini dengan Black Death yang berlaku pada tahun 1347-1351 akibat wabak bubonik yang menyebabkan kematian 200 juta orang. Tapi lagu ini sebenarnya mengisahkan Second Pandemic yang berlaku di London pada 1665. Meskipun bubonik yang berasal dari tikus dikatakan membiak akibat dari kencing dan najis.

#5. Jack and Jill

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada banyak kisah yang mengaitkan lagu ini tentang cerita komedi pada zaman Elizabethan pada tahun 1560 an.

Selain itu, ada juga mengaitkannya dengan pembunuhan Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette dalam Revolusi Perancis 1789-91.

Lirik lagu:

Jack and Jill went up the hill
To Fetch a pail of water
Jack fell down and broke his crown
And Jill came tumbling after
Then up got Jack and said to Jill
As in his arms he took her
Brush off that dirt for you’re not hurt
Let’s fetch that pail of water. So Jack and Jill went up the hill
To Fetch the pail of water, and took it home to mother dear
Who thanked her son and daughter

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

**********

Sebenarnya ada banyak lagi video dan lagu kanak-kanak yang merujuk kepada rakyat England dinyanyikan oleh kanak-kanak yang mungkin menyeramkan. Kalau anda tahu mana-mana lagu yang ada kisah disebaliknya, mari kongsikan dengan kami dalam ruangan komen di bawah.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Sirap Limau 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Youtube Channel Yang Terbaik Untuk Pembelajaran Anak Anda