7 Fakta Menarik Tentang Orang Lahir Bulan Januari - Ada Tak Pada Anak Anda?

Jika anda atau anak anda lahir pada bulan Januari, anda mungkin akan tertarik dengan beberapa fakta ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masuk tahun baru, anda yang mula-mula meraikan harijadi. Malah, anda merupakan yang paling awal di kalangan keluarga dan rakan-rakan yang akan melangkah masuk ke usia baru!

Perkara ini mungkin membuatkan anda rasa bangga, atau mungkin kurang seronok kerana lahir bulan Januari, bulan pertama dalam kalendar setiap tahun.

Tetapi tahukah anda, orang yang lahir bulan Januari ini, ada sesuatu yang istimewa tentang mereka?

Fakta Menarik Tentang Anda Yang Lahir Pada Bulan Januari

Setiap individu mempunyai identiti sendiri, namun jika anda lahir bulan Januari, anda pasti teruja apabila mengetahui fakta menarik tapi pelik tentang anda seperti yang tertera di bawah ini.

Fakta Lahir Bulan Januari #1 Mereka Lebih Cenderung Menjadi Doktor

Jika anda mempunyai doktor dalam keluarga dan pada masa yang sama sedang menunggu kelahiran bayi yang akan lahir pada bulan Januari, si kecil mungkin merupakan pelapis baru dalam bidang medikal itu.

Menurut Statistik Kebangsaan UK, orang yang lahir pada bulan Januari berkemungkinan besar menjadi doktor dan jangan terkejut pula--pengutip hutang!

Fakta Lahir Bulan Januari #2 Batu Kelahiran Mereka Adalah Garnet

Batu garnet merupakan batu permata yang seringkali dilihat dalam warna merah. Tetapi sebenarnya, batu garnet datang dalam pelbagai warna dan sering digunakan sebagai penyembuh bagi mimpi buruk.

Fakta Lahir Bulan Januari #2 Zodiak Mereka Adalah Capricorn dan Aquarius

Orang yang lahir pada 22 Disember-19 Januari berbintang Capricorn yang dikenali sebagai penyabar, bercita-cita tinggi dan setia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala orang yang berbintang Aquarius lahir pada 20 Januari-18 Februari pula dikatakan bebas, bijak dan kreatif. Pastinya dua zodiak yang anda akan gemar berkawan.

Fakta Lahir Bulan Januari #4 Mereka Lebih Cenderung Untuk Menjadi Terkenal

Kalau anda boleh menjadi doktor, kenapa tidak menjadi selebriti?

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Social Sciences, jika diperhatikan orang-orang yang terkenal selalunya berbintang zodiak Aquarius, dan ya, mereka lahir pada 20 Januari ke atas!

Fakta Lahir Bulan Januari #5 Mereka Mungkin Mempunyai Alahan Makanan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun genetik mempunyai peranan yang besar dalam faktor mengidap alahan, laporan dalam Annals of Allergy, Asthma & Immunology  mendapati kebanyakan kanak-kanak yang dibawa masuk ke bilik kecemasan Boston dengan tindak balas alahan yang berkaitan dengan makanan dilahirkan pada musim sejuk.

Bolehkah ini berlaku? Perkara ini tidak jelas namun para saintis mengaitkan perkara ini dengan ibu dan pengambilan vitamin D semasa hamil.

Fakta Lahir Bulan Januari #6 Bunga Kelahiran Mereka Adalah Bunga Carnation

Bunga carnation atau pokok bunga teluki adalah sejenis bunga iklim sederhana yang berasal dari kawasan Mediteranean. Bunga carnation merah jambu melambangkan kasih sayang dan merah yang bermaksud cinta.

Fakta Lahir Bulan Januari #7  Mereka Berkongsi Bulan Kelahiran Dengan Orang Yang Hebat!

Jika anda lahir pada bulan Januari, anda berkongsi hari jadi dengan beberapa orang yang cukup hebat, termasuk Kate Middleton, Ellen DeGeneres dan Oprah. Anda pasti memiliki semangat yang sama seperti mereka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wah menarik bukan? Kongsi artikel ini untuk memberitahu rakan-rakan dan keluarga anda betapa uniknya warga Januari!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Purewow

Baca juga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman