X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Budak 11 Tahun Maut Lepas Terhidu Bau Makanan - Ada Alahan Terhadap Bau Yang BAHAYA!

9 Jan, 2019
Budak 11 Tahun Maut Lepas Terhidu Bau Makanan - Ada Alahan Terhadap Bau Yang BAHAYA!

Kes sebegini jarang berlaku tetapi kita mesti lebih berwaspada sekiranya mempunyai alahan!

Apakah jenis alahan yang boleh anda hadapi? Bolehkah anda alergik terhadap bau makanan?

Dalam 1 kes yang mengejutkan, seorang budak lelaki berusia 11 tahun telah mengalami reaksi alahan terhadap bau masakan ikan yang mengakibatkan dia meninggal dunia!

Budak Lelaki Ini Mengalami Jenis Alahan Bau Yang Menyebabkan Dia Meninggal Dunia!

Kejadian sedih ini berlaku di Brooklyn, New York. Menurut laporan, Camron Jean-Pierre ada alahan terhadap makanan laut, lalu mula bersin dan menunjukkan reaksi alahan semasa ikan sedang dimasak di rumah.

Bapanya mendapatkan nebulizer namun ianya tidak memberi kesan. Budak lelaki tersebut tiba-tiba tercungap-cungap sambil mengatakan,

“Saya sayang ayah. Saya sayang ayah. Saya rasa saya akan mati.”

Tidak lama kemudian budak lelaki tersebut tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke hospital, namun semuanya sudah terlambat. Dia disahkan meninggal dunia. Pihak berkuasa sedang menyiasat punca sebenar kejadian.

Jenis Alahan: Bolehkah Anda Mengalami Jenis Alahan Bau Terhadap Makanan Tertentu?

Alahan makanan berlaku apabila sistem imun bertindak balas secara berlebihan dengan terlalu kerap terhadap makanan tertentu.

jenis alahan, cara hilangkan alergik, alergik makanan laut, alah terhadap makanan, alahan makanan, cara hilangkan kesan alahan, alergik kacang, alahan bau, alergi kulit

Kanak-kanak biasanya mengalami alahan terhadap makanan:
  • susu
  • telur
  • kacang tanah
  • soya
  • gandum
  • kacang pokok (seperti walnut dan kacang)
  • ikan
  • kerang 
  • udang

Reaksi alergi makanan boleh menjejaskan mana-mana empat bahagian badan yang berikut:

  • Kulit: benjolan merah gatal (gatal-gatal), ekzema, kemerahan dan bengkak muka atau kaki, gatal-gatal dan bengkak bibir, lidah atau mulut
  • Saluran gastrousus: sakit perut, mual, muntah, atau cirit-birit
  • Saluran pernafasan: hidung berair atau tersumbat, bersin, batuk, berdehit, sesak nafas
  • Sistem kardiovaskular: pening kepala atau pengsan

Persoalan yang timbul selepas kejadian ini, wujudkah jenis alahan di mana anda alah kepada bau makanan tertentu?

Adela Taylor, ketua pusat alergi dan asma di Sistem Kesihatan Klinik Mayo di Eau Claire, Wis., mengatakan walaupun kes sebegini jarang berlaku, ini berkemungkinan merupakan ‘reaksi alergi terhadap stim atau asap yang dihasilkan oleh masakan makanan laut.’

“Penyelidikan menunjukkan protein ikan dapat dikesan dalam stim dan asap ketika memasak atau memproses. Boleh terjadi, seseorang yang terdedah kepada stim memasak atau asap, terutama di ruang tertutup, boleh mendapat reaksi alergi.  Terdapat laporan kes reaksi alahan yang teruk, termasuk anafilaksis, dari penyedutan asap dari ikan memasak, tetapi ia adalah kejadian yang sangat jarang berlaku.”

The American College of Allergy, Asthma & Immunology  juga memberi amaran kepada mereka yang mempunyai alahan ikan untuk “menjauhkan diri daripada kawasan di mana ikan dimasak, seperti protein yang boleh dibuang ke udara semasa memasak.”

Apabila Kesan Alahan Menjadi Teruk

Sekiranya anak anda mengalami alahan (terutamanya kerana sengatan serangga, makanan atau ubat tertentu), adalah penting untuk mengetahui kadang-kadang kanak-kanak boleh mengalami reaksi alahan yang lebih teruk.

Dia mungkin mengalami kesukaran bernafas, tekanan darahnya boleh jatuh, tiub bernafas sempit, dan lidah boleh membengkak. Ini dikenali sebagai anafilaksis, atau kejutan anaphylactic yang berlaku secara tiba-tiba dan boleh mengancam nyawa!

Tanda-tanda yang paling umum seseorang mungkin terkena anafilaksis selepas terdedah kepada faktor alahan adalah:

jenis alahan, cara hilangkan alergik, alergik makanan laut, alah terhadap makanan, alahan makanan, cara hilangkan kesan alahan, alergik kacang, alahan bau, alergi kulit

  • Masalah pernafasan
  • Rasa seperti kerongkong atau saluran udara ditutup
  • Suara menjadi serak dan susah untuk bercakap
  • Hidung tersumbat atau batuk
  • Loya, sakit perut, atau muntah
  • Denyutan jantung atau nadi menjadi pantas
  • Gatal-gatal kulit, kesemutan, kemerahan, atau pembengkakan

Anafilaksis memerlukan perhatian perubatan segera dan boleh menjadi lebih teruk lagi dengan cepat. Jangan berlengah dan dapatkan rawatan dengan segera!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Jaya dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga: 

Stories Rakan Kongsi
Reasons Why Parents Don’t Vaccinate - And Why They Should
Reasons Why Parents Don’t Vaccinate - And Why They Should
Understand the Impact of Chickenpox From a Doctor's Diary
Understand the Impact of Chickenpox From a Doctor's Diary
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
What Is PHP and Why My Child Should Take It?
What Is PHP and Why My Child Should Take It?

https://my.theasianparent.comalahan-makanan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Budak 11 Tahun Maut Lepas Terhidu Bau Makanan - Ada Alahan Terhadap Bau Yang BAHAYA!
Kongsikan:
  • Ruam Peluh Kemerah-Merahan Buat Anak Tidak Selesa? Cuba Cara Semulajadi Berkesan Ini!

    Ruam Peluh Kemerah-Merahan Buat Anak Tidak Selesa? Cuba Cara Semulajadi Berkesan Ini!

  • Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

    Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Ruam Peluh Kemerah-Merahan Buat Anak Tidak Selesa? Cuba Cara Semulajadi Berkesan Ini!

    Ruam Peluh Kemerah-Merahan Buat Anak Tidak Selesa? Cuba Cara Semulajadi Berkesan Ini!

  • Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

    Masalah Alahan Makanan Pada Anak Yang Perlu Anda Beri Perhatian

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.