Terlalu banyak kes kita dengar tentang melahirkan bayi di dalam kenderaan. Baru-baru ini tular kejadian melahirkan anak dalam kapal terbang dan anak diberi nama sempena kru penerbangan. Lain pula ceritanya dengan wanita yang bersalin di dalam feri ini. Nama bayi lelaki itu diberi nama sempena nama feri!
Kalau nak difikirkan sedap juga nama Fery Dharma Putra ini, dan dari nama tentu anda sudah agak kisah ini berlaku tak lain tak bukan di Indonesia.
Lahirkan bayi di dalam feri di Jawa Timur
Nurhidayatul Ramadani seorang ibu warga Desa Tonduk, Kecamatan Raas Madura melahirkan bayinya di dalam kapal Feri yang menghala ke Pelabuhan Raas Jangkar, Jawa Timur.
Meskipun melahirkan bayi dalam keadaan cemas dan tidak cukup peralatan, Nurhidayatul Ramadani beserta bayi lelaki yang dilahirkan dalam keadaan sihat.
Kapten Kapal Feri DDU Kalianget Jangkar Maman Surachman mengatakan, ibu berusia 20 tahun itu terpaksa melahirkan di dalam kapal disebabkan tidak sempat sampai ke destinasi dari Puskesmas Raas.
“Petugas Kapal Feri Dharma Kartika terus menghubungi pasukan perubatan di Pelabuhan Jangkar untuk membantu proses pengeluaran ibu dan bayinya agar tidak terlambat untuk mendapat rawatan lanjut selepas bersalin,” katanya.
Bayi yang dilahirkan di tempat awam, dimbimbangi mendapat jangkitan kuman yang mana boleh membahayakan nyawa ibu dan juga bayi.
Sepatutnya dijangka untuk Czer, namun takdir tertulis dia mampu bersalin normal
Oleh sebab kelengkapan perubatan di pulau agak terhad, mereka akan dibawa ke Situbondo sebagai lokasi paling dekat.
Sebab ada kemungkinan besar pada awalnya ibu ini dijangka bersalin secara pembedahan. Namun takdir nyata berlainan dari yang dirancang, ibu muda itu melahirkan secara normal dan lancar. Tiba saja di Pelabuhan Jangkar, ambulans RSUD Asembagus pun terus mengeluarkan ibu dan bayinya dari dalam kapal.
Lantaran pengalaman uniknya itu, ibu muda itu memberikan nama bayi lelakinya Fery Dharma Putra. Comel betul!
Apa perlu dibuat jika tiba-tiba bersalin secara kecemasan?
Kita hanya boleh mengagak bila bayi kita akan dilahirkan namun sebenarnya kita tak tahu bila dia akan tiba-tiba nak keluar! Terdapat 75,000 kes kematian ibu dan anak berlaku setiap tahun akibat proses bersalin secara kecemasan yang tidak bersih.
Kebersihan amat penting, terutamanya jika berlaku proses bersalin secara kecemasan.
Sebagai seorang ibu, anda perlu melakukan beberapa perkara ini jika terbersalin secara tiba-tiba:
- Telefon nombor kecemasan/suami
- Bawa bertenang
- Cuci tangan, kawasan faraj dan paha
- Ambil alas plastik dan kain bersih untuk melapik bayi/ibu
- Berbaring ke sebelah kiri untuk mengurangkan tekanan
- Beri sokongan pada kepala bayi
- Jangan potong tali pusat bayi dengan sendiri
- Cuba rangsang pernafasan bayi dengan mengurut lembut hidungnya.
Ingat, kebersihan adalah kunci utama dalam kes seperti ini. Pastikan tangan, permukaan untuk bersalin, perineum, alat pemotong tali pusat dan alat pengikat tali pusat berada dalam keadaan bersih.
Tempat yang bersih mampu mengelak jangkitan yang boleh mengancam nyawa.
Semoga ibu-ibu yang menanti hari, dipermudahkan urusan bersalin ya!
Sumber: Sindonews.Com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Wanita Ini Terberanak Di Tepi Jalan Sebaik Membuka Seluarnya, Terkejut Tak Tahu Nak Buat Apa