Dengan kehadiran orang baru dalam keluarga, anda yang baru pertama kali bergelar ibu ayah pasti akan berdepan beberapa kesukaran. Kehidupan moden memerlukan penggunaan lampin bayi pakai buang bagi menjimatkan masa dan lebih praktikal.
Proses membesarkan bayi memerlukan penjagaan yang berhati-hati termasuklah menekankan aspek kebersihan.
Hal ini kerana pada bulan pertama, si manja akan kerap mengosongkan pundi kencing dan usus mereka.
Isi Kandungan
Panduan memilih lampin bayi terbaik
Lampin bayi jenis pakai buang kini menjadi pilihan utama para ibu pada hari ini, terutamanya mereka yang bekerja. Rata-ratanya memberikan alasan kerana ia memudahkan tugas mencuci selepas si manja ‘membuang’.
Walaupun begitu, tidak semua lampin pakai buang adalah sesuai dengan bayi anda. Jika bayi A sesuai dengan lampin jenama A, ia tidak bermaksud bayi B juga sesuai dengan lampin A.
Dalam situasi ini, ibu ayah perlulah ‘try and error’ dalam memilih saiz dan keselesaan lampin pakai buang. Antara salah satu cara mudahnya ialah mendapatkan pek percubaan lampin percuma daripada syarikat pengeluar atau membeli lampin dalam kuantiti sedikit.
Antara kriteria yang perlu diberi perhatian ketika memilih lampin pakai buang bayi adalah:
#1. Memilih saiz yang betul
Elak memilih lampin terlalu ketat atau terlebih besar daripada tubuh bayi. Ibu hendaklah memastikan saiz mengikut berat bayi. Pada masa kini, lampin pakai buang tersedia dalam pelbagai saiz daripada newborn, saiz kecil sehinggalah besar.
Bagi ibu masih keliru, panduan di bawah mungkin boleh membantu anda memilih saiz lampin yang tepat iaitu:
- Saiz S: untuk bayi mempunyai berat 3-7kg
- Saiz M: untuk bayi mempunyai berat 6-11kg
- Saiz L: untuk bayi mempunyai berat 9-14kg
- Saiz XL: untuk bayi mempunyai berat 13-19kg
- Saiz XXL: untuk bayi mempunyai berat 18kg dan ke atas
Walau bagaimanapun, ini hanyalah sekadar anggaran sahaja kerana ia bergantung kepada keselesaan dan keadaan si manja.
Terdapat dua jenis lampin yang anda boleh pilih iaitu yang berpelekat atau jenis seluar. Biasanya lampin seluar diberikan kepada bayi sedang aktif, supaya mudah untuk mereka bergerak dan meneroka persekitaran.
#2. Penentuan saiz lampin tidak bergantung pada umur anak
Sekiranya si manja anda sudah berusia 1 tahun dan memiliki berat lebih kurang 9kg, dia sebenarnya memerlukan saiz L. Jika dia berusia 1 tahun dengan berat hanya 7kg, saiz lampin terbaik untuknya adalah saiz M.
Justeru, ibu ayah perlu timbang dahulu berat anak dan dapatkan saiz lampin yang bersesuaian agar mereka berasa selesa. Bagi kanak-kanak yang mempunyai berat badan melebihi 15kg, saiz lampin sesuai dengannya ialah XL.
Walaubagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak Malaysia dengan berat ini telah boleh dilatih untuk ke bilik air dan ia amat digalakkan kerana pemakaian lampin bayi yang terlalu lama boleh menjejaskan proses perkembangan mereka.
#3. Jenis lampin mudah menyerap
Ciri utama dalam memilih lampin pakai buang adalah mempunyai lapisan yang cepat kering dan mampu mengelakkan masalah kebocoran. Biasanya, anak-anak aktif akan mengalami masalah lampin bocor di bahagian paha.
Jadi, ibu ayah hendaklah mencari lampin yang memiliki lapisan dalaman cepat menyerap dan mengunci cecair agar kulit bayi kekal kering dan selesa. Bukan itu sahaja, anda perlu memastikan lapisan luar boleh mengalirkan udara bagi membantu kulit bayi bernafas.
Lampin yang cepat basah akan menyebabkan bayi mengalami ruam lampin.
Kami ada senaraikan lampin bayi terbaik yang mudah menyerap serta memastikan bayi kekal kering lebih lama di sini.
#4. Lampin yang mudah dipakai
Segelintir ibu ayah memerlukan masa yang agak lama untuk menukar dan memakaikan lampin pada anak. Jadi, anda dinasihatkan memilih lampin senang dipakai mengikut keaktifan mereka.
Jika si manja masih kecil, adalah lebih sesuai dipakaikan lampin berpelekat. Namun jika mereka sudah mula aktif dan boleh berjalan, carilah lampin seluar kerana ia mudah disarungkan. Namun, jangan pula beli jenis mudah tertanggal, ya!
#5. Buat perbandingan harga
Tidak semua lampin yang mahal adalah sesuai untuk setiap bayi. Oleh itu, anda perlu menggunakan teknik try and error bagi mengetahui kesesuaian lampin dengan si manja. Baca dahulu ciri-ciri yang ada pada lampin sebelum membuat pembelian.
Berapa kerap anda perlu tukar lampin bayi
Untuk bayi baru lahir anda perlu menukar lampin dengan kerap, setiap 2-3 jam sekali. Sekiranya bayi buang air besar, lampin perlu digantikan segera. Jangan biarkan terlalu lama.
Jika dibiarkan terlalu lama najis bersentuhan dengan kulit bayi, terutamanya bayi baru lahir atau yang mempunyai kulit sensitif, bayi lebih cenderung untuk mengalami ruam pada kulit mereka.
Berikut merupakan tips tukar lampin baby untuk memastikan kulit bayi sihat dan bebas daripada kerengsaan:
- Ikut arahan pakar pediatrik anda untuk rawatan berkhatan atau tunggul pusat. Ingat cara untuk menyelesaikan sebarang langkah seperti membersih atau membilas.
- Letakkan sebelah tangan pada bayi anda pada setiap masa. Ini membantu bayi anda kekal selamat apabila anda mendapatkan lampin bersih atau bekalan lain.
- Jangan ikat lampin terlalu ketat. Anda ingin mengelakkan kebocoran, tetapi lampin yang terlalu ketat boleh menyebabkan tekanan pada perut bayi anda, menjadikannya lebih cenderung untuk meludah. Lampin yang ketat juga boleh memerangkap kelembapan dan menyebabkan geseran, kedua-duanya boleh menyebabkan ruam lampin.
Tidak kira umur bayi anda, jangan biarkan mereka tanpa pengawasan di atas permukaan yang tinggi walaupun untuk seketika.
Tips menukar lampin bayi
Menukar lampin baby adalah cabaran untuk ibu terutama bagi bayi yang berdiri atau bermain. Ia boleh jadi susah untuk mengejar mereka. Berikut merupakan tips pakai pampers bayi tanpa perlu mengejar dan pastikan mereka duduk diam ketika menukar lampin.
- Jadikan waktu menukar lampin baby sebagai waktu bermain.
- Jika anda sedang melakukan aktiviti, biarkan mereka pilih sama ada mereka mahu mengemas atau berhenti untuk menukar lampin.
- Suruh bayi mengambil lampin baru atau tisu lembab
Cara pakai pampers dengan betul
Ibu ayah perlu tahu cara yang betul pakaikan pampers supaya elak jangkitan kuman pada bayi. Penjagaan bayi perlu sangat teliti dan dilakukan dengan betul. Persediaan yang lengkap sangat diperlukan untuk mengelakkan masalah lampin bocor atau ruam pada kulit bayi.
Berikut adalah cara-cara asas pakaikan pampers dengan betul:
#1. Memastikan sedia barang menukar lampin untuk dibawa bersama
Semak beg lampin bayi anda sebelum merancang keluar. Beg lampin sudah menjadi satu keperluan wajib bagi ibu ayah yang mempunyai bayi.
Buat ibu baru berikut adalah barang yang anda perlu pastikan wajib dibawa antaranya ialah:
- Lampin – Simpan sekurangya 2 keping atau lebih lampin apabila anda di luar. Tukar lampin bayi anda setiap dua jam sekali untuk memastikan keselesaan kepadanya.
- Tisu basah – Cari tisu basah yang sesuai untuk kulit bayi kerana kulit bayi sangat sensitif dan menyebabkan luka atau masalah lain. Tisu basah biasanya digunakan untuk membersihkan bahagian alat sulit bayi selepas membuang air besar dan air kecil. Tisu basah lebih memudahkan lebih lagi ke kawasan yang sukar mendapat bekalan air dan sangat menjimatkan masa.
- Pakaian tambahan – Sediakan satu pakaian tambahan lain untuk bayi anda jika berada di luar, ini adalah persediaan sekiranya bayi anda termuntah, kebocoran lampin dan baju basah.
- Alas menukar lampin Cara kain yang bersih dan tidak terlalu tebal untuk disimpan dalam beg lampin bayi. Kebiasanya ia digunakan semasa anda ingat menukar lampin bayi supaya bayi anda dalam keadaan yang bersih dan tidak berdebu semasa proses menukar lampin.
- Kain tambahan – Tidak lupa juga sediakan satu kain tambahan yang bersaiz sederhana. Sebagai pembersih sekiranya bayi anda termuntah, hidung berhingus.
- Cecair pembasmi kuman- Pastikan anda memakai cecair pembasmi kuman sebelum dan selepas supaya kuman tidak merebak. Gunakan cecair yang sesuai dengan kulit bayi mengikut peringkat umur.
- Plastik sampah – Sediakan plastik sampah untuk membuang lampin kotor yang baru ditukar. Kadang-kadang anda mungkin perlu tukar lampin dalam kereta atau mana-mana tempat yang tidak menyediakan tong sampah jadi gunakan plastik sampah yang anda bawa sebagai persedian membuang lampin kotor tersebut.
#2. Permukaan rata
Cabaran kepada ibu ayah sekiranya mahu menukar lampin di tempat awam. Proses ini memerlukan penelitian dan kawasan yang bersih kerana kulit bayi sangat sensitif dan mudah dijangkiti kuman.
Pastikan anda mencari permukaan rata dan selamat seperti lantai atau meja. Kebiasaannya jika anda di pusat beli belah cari diaper change station untuk menukarkan lampin bayi anda. Ia lebih mudah dan selesa untuk anda dan bayi.
#3. Bawa barang permainan
Sudah pasti ketika proses menukar lampin bayi anda pasti mereka akan merengek dan boleh menganggu anda. Oleh itu, alihkan perhatian si manja dengan berikan bayi anda sesuatu yang boleh dipegang dapat menghilangkan kebosanan si manja dan memudahkan anda untuk menukar lampin bayi tanpa gangguan.
#4. Ambil masa untuk luangkan bersama sebelum menukarkan lampin
Semasa menukar lampin, bayi anda akan memandang antara satu sama lain. Luangkan sedikit masa untuk berbual atau bermain dengan bayi anda. Amalkan rutin tersebut untuk mengeratkan hubungan bersama.
Pastikan anda tidak menutup tali pusat bayi. Lipat bahagian atas lampin bayi. Kebiasaanya tali pusat akan jatuh selepas seminggu atau dua minggu kelahiran.
Kenali jenis najis bayi
Perasan tak najis bayi berbeza-beza? Jom kenali jenis najis bayi mengikut peringkat:
- Bayi baru lahir – Warna najis hitam kehijauan. Akan sedikit melekit-lekit. Tidak berbau. Biasanya akan bertukar warna hijau dan kurang melekit. Ini bermaksud bayi anda telah mula menerima susu.
Jika najis berwarna hitam itu dipanggil mekonium. Mekonuim mengandungi sel-sel dari dinding usus, rembesan cecair amnion atau ketuban. Jangan risau ini adalah normal.
- Bayi yang menyusu badan – Warna najis kuning-kuningan, hijau atau coklat. Biasanya berbiji-biji atau lembut dan sedikit cair. Tidak berbau.
Jika bayi tidak berak kurang dari 14 hari ini adalah normal jika bayi tidak demam, tidak meragam. tidak muntah, aktif dan menyusu seperti biasa.
- Bayi yang menyusu formula – Warna najis berwarna kuning atau coklat. Berbau, tekstur seperti peanut butter. Najis lebih besar.
Pastikan bayi anda berak sehari sekali untuk mengelakkan dari mereka terkena sembelit. Jika najis terdapat beberapa ketulan makanan yang dimakan ini bermaksud bayi anda kurang hadam makanan tersebut.
- Najis berwarna hijau – Biasa terjadi kepada bayi yang diberi supplemen iron untuk menambah darah atau kepada bayi yang baru sahaja diberikan makanan solid. Ia lebih pekat dan agak berbau.
- Najis berwarna oren, kuning dan coklat– Menunjukan bayi anda normal jika diberikan susu badan atau susu formula.
- Najis berwarna kemerahan dan hitam – Boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan. Ia kerana luka atau darah dari puting ibu. Dapatkan nasihat dari doktor kerana mungkin berlaku alahan atau jangkitan di dubur bayi.
- Najis berwarna putih – Keadaan ini sangat jarang berlaku. Tahi mendapat warna dari hempedu, jadi ketiadaan hempedu menyebabkan najis kehilangan warnanya yang menyebabkan najis menjadi warna putih. Dapatkan ratawan daripada doktor untuk keselamatan pada bayi anda.
- Najis keras – Menyebabkan bayi susah untuk berak. Teksturnya seperti batu kecil yang kering menyebabkan perut bayi kembung dan keras. Bayi akan meneran sekuat hati sewaktu hendak buang air besar.
Bila perlu jumpa doktor?
Jumpa doktor sekiranya:
- Ruam makin teruk atau tidak bertambah baik selepas lima hari rawatan di rumah (dengan krim pelindung, kerap menukar lampin, membasuh dengan air suam dan 5 minit tanpa lampin setiap 6 jam).
- Ruam merebak ke lipatan kulit di kawasan paha dengan bintik merah seperti jerawat (dipanggil luka satelit) di sempadan ruam.
- Ruam mula berdarah, gatal, berair atau terdapat kudis terbuka.
- Anak anda demam atau kelihatan sakit.
Semoga manfaat!
- HealthyChildren.org (n.d). The Many Colors of Baby Poop. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/The-Many-Colors-of-Poop.aspx
- Mom Loves Best (2021, June 02). Types of Baby Poop (Types, Colors, Smells & Warning Signs). https://momlovesbest.com/types-of-baby-poop
- WebMD (n.d). Natural Baby Skin Care Tips: Massage, Eczema, Rash, and More. https://www.webmd.com/parenting/baby/skin-care-tips
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 13 Jenama Pampers Anak Yang Terbaik, Bantu Si Kecil Bergerak Aktif & Selesa Setiap Hari!
Baca juga: 4 Tip Bijak Untuk Ibu Bapa Berjimat Ketika Beli Lampin Bayi
Baca juga: Patutlah Selalu Bocor, Rupanya Ibu Ayah Tak Pakaikan Lampin Bayi Betul-Betul, Ini Caranya!