Langkah Keselamatan Untuk Guna Baby Bouncer Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Pelbagai kes kematian telah dilaporkan akibat baby bouncer. ibu bapa harus peka tentang beberapa langkah keselamatan apabila menggunakannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baby bouncer adalah alat yang selalu digunakan oleh ibu bapa untuk menenangkan bayi yang meragam apabila tiada cara lain lagi yang boleh dipakai.

Walaupun ia adalah alat yang sangat membantu, namun ibu bapa harus peka terhadap beberapa langkah keselamatan apabila menggunakannya.

Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat telah memperbaharui langkah-langkah keselamatan untuk alat ini. Berikut adalah garis panduan yang semua ibu bapa harus tahu:

1. Label amaran pada baby bouncer

Jika ini kali pertama ibu bapa membeli kerusi bouncer baru, anda akan mendapati baby bouncer ini mempunyai pelbagai label amaran.

Flickr

Lokasi label amaran ini sama seperti yang ada pada carseat bayi iaitu di hadapan kerusi berdekatan kepala dan bahu bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Sandhills Express, piawaian mandatori yang baru telah ditambah dan diluluskan oleh CPSC, bertujuan untuk “mencegah kematian serta kecederaan” pada bayi dan sebagai peringatan untuk ibu bapa yang menggunakan baby bouncer. 

Tambahan label amaran ini adalah akibat jumlah bayi yang cedera  terjatuh dari baby bouncer. 

Hal Ehwal Pengguna melaporkan antara 1 Januari 2006 hingga 6 Julai 2016 saja, terdapat 347 kejadian yang melibatkan kerusi bouncer yang dilaporkan kepada CPSC.

Sebanyak 12 kejadian maut manakala 54 kes kecederaan telah dilaporkan. 

Punca utama kematian adalah kes bayi lemas. 

Ini sebab cara letak bayi yang salah dan tali pinggang keselamatan yang dipasang dengan salah. Ia membenarkan bayi untuk menterbalikkan baby bouncer tersebut, ataupun bouncer itu sendiri jatuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Garis panduan keselamatan yang penting

Berikut adalah beberapa panduan umum ibu bapa dan penjaga boleh ikut, jika anda memakai baby bouncer:

  • Baby bouncer harus diletak di atas lantai sahaja
  • Jangan letak bouncer di atas permukaan yang lembut, seperti katil kerana ini boleh menyebabkan bayi lemas jika ia diterbalikkan.
  • Sentiasa pastikan tali pinggang keselamatan three-point safety harness dipasang dengan betul, walaupun mereka sedang tidur
  • Jangan terlalu jauh atau meninggalkan bayi anda keseorangan. Pastikan anda masih boleh melihat dan memantau perbuatannya
  • Berhenti menggunakan bouncer sebaik sahaja bayi sudah pandai duduk sendiri, bergolek atau merangkak tanpa bantuan.
  • Berhenti guna bouncer apabila anak mencapai 9kg, atau berat maksimum yang disyorkan.
  • Kebanyakkan bouncer selamat untuk bayi baru lahir tetapi ini tidak bermakna ia selamat untuk bayi pramatang.

3. Baby bouncer dan risiko kejadian asfiksia

Sumber gambar: Flickr

Ibu bapa tidak harus membiarkan anak mereka tidur dalam baby bouncer kerana kajian mendapati tidur dalam carseat, buaian dan baby bouncers boleh menyebabkan kecederaan malah kematian.

Asfiksia atau kejadian lemas merupakan punca utama kematian dalam kes ini. Ini berlaku apabila bayi terlalu muda untuk mengangkat kepala sendiri. 

Ini berlaku apabila bayi terlalu muda untuk mengangkat kepala sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi berusia bawah 4 bulan mempunyai badan yang “lembik” jadi posisi badannya boleh terganggu jika diletakkan atas bouncer.

Jika dagu bayi berada di atas dadanya, saluran udara boleh mengecil dan menyekat pernafasan bayi.

Menurut Parents, kematian berkaitan tidur dalam bouncer adalah sebab utama kematian bayi yang berusia antara 1 dan 12 bulan.

Bayi dan kanak-kanak kecil mesti dipantau ketika di dalam bouncer apabila mereka terjaga ataupun tidur.

Tempat yang paling selamat untuk bayi adalah untuk tidur berbaring terlentang, di dalam kot dengan tilam yang teguh dan tiada kain cadar yang longgar.

***

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baby bouncer bukan alat yang buruk jika ia digunakan dengan betul dan selamat.

Label amaran seperti yang baru diluluskan oleh CPSC juga membantu mengingatkan ibu bapa tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.

Hati-hati ya ibu bapa semua! Mari sama-sama kita beringat dan mengikuti langkah-langkah keselamatan ini.

Sumber: Romper

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Anak Lemas Tidur Dalam Buaian – Baik Buruk Menggunakan Buaian Bayi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio