10 larangan diRaja yang Meghan perlu patuhi lepas jadi Duchess, susah juga!

lead image

Setelah mengahwini Putera Harry, Meghan perlu mengikuti beberapa larangan diRaja yang kebanyakkannya ditetapkan oleh permaisuri England sendiri.

Perkahwinan diRaja antara Putera Harry dan pelakon cantik Meghan Markle telah berlangsung dua minggu lepas. Perkahwinan tersebut disaksikan oleh seluruh dunia.

Selepas bergelar puteri, sudah tentu Meghan perlu mematuhi beberapa larangan diRaja yang dikenakan kepadanya. Anda nak tahu apa larangannya itu?

Jom kita semak seperti di bawah ini:

10 larangan diraja yang perlu dipatuhi oleh Meghan

1. Tidak boleh berswafoto

larangan diraja, meghan markle, perkahwinan Putera Harry, puteri harry meghan markle,

Semasa kemunculan awam Meghan di Nottingham, Meghan dengan sopan menolak permintaan satu pasangan untuk berswafoto dengannya. Beliau mengatakan yang dia tidak dibenarkan berswafoto.

Dengar kata, Queen of England bukan penggemar swafoto dan memandang rendah pada idea ini. Jadi tak bolehlah Meghan berswafoto lagi lepas ini ya!

2. Mempunyai akaun media sosial

Meghan telah menutup semua akaun media sosialnya beberapa bulan sebelum perkahwinan.

Meghan yang sebelum ini sangat aktif di sosial media mula mengurangkan penampilan di sosial media apabila dia mula berpasangan dengan Putera Harry.

3. Keluar membeli-belah bersendirian

larangan diraja, meghan markle, perkahwinan Putera Harry, puteri harry meghan markle,

Meghan akan ditemani oleh beberapa pihak keselamatan wanita untuk keluar dan semasa menjalankan aktiviti diRaja.

4. Mengundi di pilihanraya British

Walaupun tidak salah di sisi undang-undang bagi keluarga diRaja untuk mengundi, tapi ia melanggar perlembagaan.

Meghan juga tidak dibenarkan bercakap tentang isu politik dan sosial semasa.

5. Memakai pewarna kuku terang

Permaisuri sangat memilih tentang warna kuku dan lebih suka warna-warna yang lembut. Meghan mula memakai pewarna kuku yang neutral sejak dilamar oleh Harry.

Wah, sampai ke warna kuku pun ada peraturan tau!

6. Sain autograf

larangan diraja, meghan markle, perkahwinan Putera Harry, puteri harry meghan markle,

Meghan tidak boleh sain autograf kerana risau dengan risiko tandatangannya akan dipalsukan.

7. Tidur sebelum permaisuri

Apabila Meghan duduk sekali di tempat yang sama, Meghan dilarang untuk tidur sebelum permaisuri kerana ia dianggap sebagai tidak sopan. 

Jadi walau mengantuk bagaimanapun Meghan, beliau terpaksa berjaya sebelum Permaisuri tidur ya!

8. Tidak boleh pakai skirt atau seluar pendek

larangan diraja, meghan markle, perkahwinan Putera Harry, puteri harry meghan markle,

Meghan dilarang memakai pakaian yang terlalu mendedahkan tubuh badan seperti memakai skirt atau seluar pendek. Meghan mula berpakaian lebih sopan selepas bertunang dengan Harry.

9. Mendedahkan kaki

Meghan juga dilarang untuk mendedahkan kaki, dia perlu memakai sarung kaki apabila di tempat awam.

10. Kekal menjadi pelakon

Meghan yang telah membintangi Suits selama tujuh tahun akhirnya mengumumkan yang dia akan bersara dari dunia lakonan dengan alasan dia memasuki babak baru dalam hidupnya. 

Wow, banyak juga pelbagai larangan diRaja yang Meghan perlu patuhi ya? Agak-agak kalau kita, boleh tak nak patuhi segala peraturan ini?

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: BuzzFeed

Baca juga:

my.theasianparent.com/perkahwinan-putera-harry-meghan-markle