Tak Sangka Latok Boleh Atasi Masalah Hb Rendah Pada Ibu Hamil, Ini Sebabnya!

Latok untuk ibu hamil, mampu mengatasi masalah anemia dan hb yang rendah. Ia sejenis rumpai laut yang kelihatan seperti buah anggur!

Jika ke Sabah, tidak sah jika tidak mencuba makanan laut antaranya termasuk latok. Sejenis rumpai laut yang kelihatan seperti buah anggur! Disebabkan itu, ia juga mendapat jolokan nama ‘anggur laut’. Dan tahu tak, latok untuk ibu hamil memberikan banyak manfaat.

Latok mula popular di Semenanjung sejak ada penjual yang menjualnya secara online, walaupun mudah didapati, tapi kebanyakannya masuk perlu pre order kerana penjual perlu mendapatkannya di Sabah.

Latok untuk ibu hamil

Latok

Pemakanan yang seimbang dan bernutrisi perlu diamalkan sebaik saja wanita merancang untuk hamil dan diteruskan sepanjang kehamilan agar dapat melahirkan generasi yang sihat. 

Ini kerana pemakanan sihat sebelum hamil akan membekalkan simpanan nutrisi bagi keperluan pembentukan janin pada awal kehamilan. 

Semasa hamil, pengambilan makanan yang penuh nutrisi dan mencukupi masih perlu diteruskan disamping mengurangkan pengambilan makanan tinggi gula, tinggi garam dan tinggi lemak. 

3 sebab kenapa latok baik untuk ibu hamil

#1. Vitamin K

Vitamin K penting untuk mengoptimumkan pembentukan tulang oleh kalsium. Vitamin ini juga sangat perlu bagi ibu hamil untuk proses pembentukan sel darah yang akan mencegah pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian.

Sebagai sumber makanan yang kaya dengan vitamin K, rumpai laut dapat menjadi salah satu sumber pilihan makanan sihat untuk memenuhi keperluan zat yang diperlukan ibu hamil. 

#2. Asid folat

Asid folat sangat penting bagi ibu hamil. Zat ini ini diperlukan untuk pembentukan sel-sel saraf janin, pembentukan sel darah merah yang berkualiti dan mencegah keganjilan pada pembentukan saraf.

Asid folat juga boleh didapati dalam susu dan ikan salmon, namun jika ibu hamil tidak menyukai kedua-dua makanan itu, rumpai laut mungkin boleh menjadi alternatif!

#3. Vitamin B12

Kredit foto: popmama.com

Vitamin B12 berfungsi untuk menyokong pembentukan dan perkembangan sel saraf janin serta membantu penghasilan sel-sel darah merah.

Vitamin B12 juga mencegah terjadinya anemia semasa kehamilan. Rumpai laut adalah satu dari sumber makanan yang kaya dengan vitamin B12. Jadi disebabkan itu latok untuk hamil dapat bantu ibu-ibu yang selalu mengalami hemoglobin (Hb) rendah.

Jadi mengetahui bahawa latok membawa 1001 kebaikan untuk kesihatan ibu hamil, mungkin anda tertarik untuk mencubanya kan? Tapi ingat ya ibu, pastikan dalam kadar yang tidak berlebihan. Pastikan anda teruskan pemakanan sihat yang lain selain terus mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang kehamilan!

Adakah benda rumpai laut kaya dengan kolagen?

Dalam kalangan penggemar dan penjual rumpai laut, ia sering dipromosikan sebagai ibu segala kolagen. Tetapi sejauh mana benar kenyataan ini?

Menurut seorang pengkaji tempatan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mariani Abdul Hamid, rumpai laut tidak mengandungi kolagen.

Bagaimanapun, ia mengandungi kadar protein yang tinggi, dan protein inilah yang akan mengaktifkan kulit kita untuk menghasilkan 25 kolagen secara semulajadi. Kolagen adalah adalah protein yang membentuk hampir 30 peratus daripada keseluruhan protein dalam tubuh manusia dan sering dikaitan dengan kesihatan dan ketegangan kulit. Apabila umur semakin meningkat kolagen akan mengalami pengurangan yang mengakibatkan kedutan di kulit.

Mana nak cari latok?

#1. Media sosial

Latok mudah didapati kini. Anda boleh mencarinya di platform media sosial seperti Facebook atau Instagram dan cari saja #latok.

#2. Laman beli-belah online

Jangan tak tahu, ibu kini boleh dapatkan pelbagai jenis makanan di laman beli-belah online seperti Shopee dan Lazada. Latok juga dijual di platform itu! Mudah bukan? 

Cara makan latok

Kebaikan sudah tahu, mana nak dibeli pun sudah tahu, tapi bagaimana cara makan dan resepinya kan? Pasti ibu tertanya-tanya. Jom kita lihat bagaimana makanan popular ini disediakan. Ini resepi dari sebuah blog, Amie’s Little Kitchen

Kredit foto: wikipedia

Bahan-bahan:
10 tangkai latok – petik dari tangkai – bilas dan terus toskan kerana latok tidak boleh direndam
1 biji lada merah – hiris
7 biji cili padi – dipatahkan jika mahu makan
3 biji bawang merah – hiris nipis
2 biji limau kasturi – perah airnya
sedikit serbuk belacan

Cara:
1. Gaul kesemua bahan yang dihiris bersama latok
2. Perahkan air limau kasturi
3. Hidangkan segera

Jika suka boleh gaulkan bersama hirisan mangga muda. Hidangan ini enak dimakan bersama ikan bakar dan nasi panas!

Sumber:liputan 6, mv1.cari, nutrition.moh

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

11 Makanan Ini Bantu Ibu Hamil Tambah Darah & Cegah Anemia!

 

Penulis

Lala Annuar