Selepas Berkahwin, Isteri Lebihkan Anak Dari Suami - Ini Sebab Anda Perlu Hentikan Tabiat Ini Untuk Bahagia

Layan suami atau anak, siapa yang perlu didahulukan? Untuk para isteri yang bergelar ibu, ini jawapannya yang boleh selamatkan rumah tangga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Layan suami atau anak, mana yang perlu didahulukan? Mungkin ramai isteri di luar sana yang tertanya-tanya tentang perkara ini. Menurut kajian sains, sebenarnya anda perlu mendahulukan suami kemudian anak anda dan ini adalah sebabnya.

Layan Suami Atau Anak, Apa Kata Pengkaji?

Seorang usahawan wanita, Ayesha Curry yang juga merupakan ibu kepada itga orang anak berkata dalam satu temu bual bersama Hello Giggles rahsia perkahwinannya bersama suami berjaya adalah mengutamakan antara satu sama lain walaupun anda sudah mempunyai cahaya mata.

Ya, memang kedengaran agak kejam dan kenyataan ini mungkin akan membuatkan anda kelihatan seperti ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Bukankah sepatutnya kita dahulukan anak, barulah diri sendiri?

Pakar hubungan dan keluarga akan beritahu anda mendahulukan pasangan sebelum anak-anak bukanlah sesuatu yang tidak baik dan ia bukan idea yang buruk. Ini kerana beberapa kajian menunjukkan tahap kepuasan dalam perkahwinan berkurangan dalam tiga tahun pertama selepas kelahiran anak baru.

Malah, 67% daripada semua pasangan mengalami penurunan, manakala hanya 33% yang mengekalkan tahap kepuasan mereka, menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Journal of Family Psychology.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah kewangan, kekurangan tidur, kemurungan selepas bersalin dan kadangkala cemburu terhadap perhatian yang diberikan bayi menjadi antara faktor yang menyumbangkan kepada goyah sesebuah hubungan antara ibu bapa baru.

Hubungan yang kukuh menjadi penentu terhadap pembesaran anak-anak kerana faktor utama dalam menentukan perkembangan sosial, emosi dan kognitif seorang kanak-kanak adalah hubungan emosi antara ibu bapa.

Fahamkan Dan Imbang Keutamaan Anda

Walaupun anda rasa ia bertentangan dengan naluri anda untuk mengutamakan suami bila dah ada anak, tapi anda secara tidak langsung akan mengajar anak anda satu pelajaran yang berharga iaitu memberikan mereka contoh cara menjaga diri untuk menggalakkan perkembangan kemahiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda adalah contoh utama anak dan dengan menunjukkan cara penjagaan diri yang betul iaitu mengutamakan diri sendiri, anak anda akan mengikuti langkah anda. Akhirnya, mereka membesar dengan keyakinan diri yang tinggi dan mengutamakan kesejahteraan mereka.

Tapi, mengutamakan perkahwinan bukanlah tiket untuk anda mengabaikan anak-anak. Anda masih memegang tanggungjawab memastikan kesejahteraan anak anda. Matlamat mengutamakan suami anda adalah untuk menjaga kesihatan mental, mengekalkan hubungan romantik yang sihat, dan tidak kehilangan rasa kepada suami. Apabila kedua-dua ibu bapa bahagia, anak-anak juga akan bahagia.

Sebab itu, rancanglah aktiviti yang hanya anda dan suami boleh lakukan seperti meluangkan masa semalaman bersama suami walau hanya di tempat sendiri. Kami cadangkan hantar anak anda kepada datuk nenek mereka untuk semalaman dan biarkan mereka luangkan masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa yang bahagia, keluarga yang bahagia betul?

Tip Imbang Layanan Terhadap Suami Dan Anak

Mungkin anda rasa sangat terbeban kerana perlu mengutamakan semua orang, sebab itu keseimbangan dalam perkara ini sangat penting. Pastinya, anda mahu yang terbaik untuk anak anda termasuk kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Tapi itu tak bermakna anda perlu menolak hubungan dengan suami anda ke tepi. Ini antara beberapa idea mudah yang anda boleh amalkan dengan suami anda supaya hubungan tidak jadi goyah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Jadualkan Malam Temu Janji Berkala

  • Sama ada mahu temu janji mahal atau murah, ia bergantung kepada pilihan anda. Macam yang dikatakan tadi, anda boleh luangkan masa dengan suami di rumah sahaja dan hantar anak anda kepada datuk dan nenek mereka. Biarkan anak luangkan masa dengan datuk dan nenek mereka dan anda luangkan masa dengan suami anda. Satu malam bersendirian bersama suami sudah cukup untuk memberikan perbezaan yang besar dalam perhubungan anda.

2. Besarkan Anak Anda Sebagai Satu Pasukan

  • Pastikan anda dan suami mempunyai pendapat dan matlamat yang sama supaya bila isu timbul, anda boleh bekerjasama untuk selesaikan masalah itu. Salah faham tentang cara menguruskan hal rumah tangga mungkin boleh hubungan menjadi hambar.

3. Utamakan Komunikasi

  • Jadikan kebiasan untuk bersikap terbuka dan jujur dengan pasangan anda. Beritahu mereka apa perasaan dan apa yang anda fikirkan ketika sedang berkomunikasi dengan mereka. Walaupun anda memandang perkara itu sebagai hal kecil, anda perlu berkomunikasi dengan mereka. Jika anda memendam perasaan, ia boleh membuatkan rasa tidak senang dengan pasangan semakin bertambah.

4. Sayang Menyayangi Bersama Pasangan

  • Bergurau dengan cara yang baik dengan suami dapat mengeratkan hubungan anda. Jika anda bergurau di hadapan anak anda, mereka boleh mengambil contoh bagaimana caranya untuk menghargai dan menyayangi antara satu sama lain.

5. Jangan Takut untuk Mendapatkan Bantuan

  • Jika menghadapi masalah dalam perhubungan dan anda sudah berusaha bersama suami untuk mengatasi masalah tersebut namun ia tidak dapat diselesaikan, jangan takut untuk mendapatkan bantuan. Meminta bantuan daripada kaunselor untuk pasangan bukan bermakna anda telah gagal dalam rumah tangga. Tapi jadikan ia salah satu alternatif, mana tahu kaunselor dapat memberikan penyelesaian yang membantu mengukuhkan hubungan anda.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami Suka Follow Perempuan Seksi, Ini Hukumnya Dalam Islam

Baca juga: Pancut Luar Boleh Mengandung Atau Tidak? Ini Kelebihan, Kekurangan & Tips

Baca juga: Morning Sex Sebaik Sahaja Bangun Tidur, Rupanya Pasangan Lebih Ghairah & Tahan Lama!

Penulis

Anis