Pengakuan Seorang Lelaki Bujang, Apa Yang Mereka Nampak Pada Seorang Isteri?

Apabila seorang lelaki bujang melihat wanita yang telah bergelar isteri, mereka nampak sesuatu yang berbeza. Mereka nampak seorang wanita yang kuat dan...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa pandangan lelaki bujang pada wanita yang sudah berkahwin? 

Selalu sangat kita dengar pandangan seorang suami pada isterinya.

Tapi kali ini, kami ingin membawakan pada anda pandangan seorang lelaki bujang tentang wanita yang sudah berkahwin pula.

Pandangan lelaki bujang ini sungguh bernas dan mampu membuka mata seorang insan.

Mari selami apa yang ingin dikatakannya…

*****

Saya lelaki bujang yang masih melepak pada malam minggu bersama kawan-kawan yang sudah berkahwin, dan saya perasan benda ini.

Sesetengah dari anda (lelaki) melihat isteri sebagai dewi di rumah tapi ada sesetengah dari anda melihat isteri seperti sampah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tiba masanya anda tahu apa yang kami lihat pada isteri anda pula.

Isteri anda lebih dari hanya seorang wanita yang menyiapkan makanan, membersihkan pakaian, menghamilkan anak dan menguruskan rumahmu.

Saya sering dengar lelaki mengadu isteri membebel atau membangga diri dengan kerja rumah yang mereka dilakukan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki mengadu isteri tidak dapat keluar dari pasar raya tanpa membeli barangan yang tidak penting.

Mungkin itu cara anda melihatnya, mungkin itu saja yang anda nampak.

Isteri kamu itu seorang wanita yang hebat!

Tapi apabila lelaki lain melihat isterimu, mereka nampak sesuatu yang berbeza. 

Mereka nampak seorang rakan kerja yang berdikari berjalan masuk ke dalam bilik mesyuarat bersedia untuk membentangkan segala ideanya dan mengubah segala-segalanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka melihatnya dan tertanya-tanya bagaimana wanita itu boleh ada segala tenaga selepas sepanjang malam menyusukan bayinya.

Apabila lelaki lain melihat isterimu, mereka tertanya-tanya bagaimana wanita itu boleh kelihatan sungguh hebat dalam pakaian kerjanya.

Jelas sekali ada anak tidak menghentikannya dari kelihatan elegan dan seksi.

Saya yakin anda masih rasa isteri anda menarik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya yakin anda masih rasa isteri anda adalah wanita paling cantik di planet ini. Saya harap begitulah!

Apabila lelaki lain melihat isterimu, kami nampak bagaimana wanita itu teruja bercerita tentang rancangan televisyen kegemaranannya yang ditonton malam sebelum itu.

Kami hargai gurauan dan keletihannya. Kami nampak tarikan seorang wanita dalam dirinya walaupun sudah bertahun menjadi seorang isteri.

Tapi, adakah anda masih mencintainya?

Tapi saya tidak pasti jika anda masih ingat mengapa anda jatuh cinta dengannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya tidak pasti jika anda masih ingat tarikan dan penampilannya yang membuatkan anda terbang melayang tidur tak senang.

Saya tidak pasti jika anda masih nampak dirinya lagi atau tidak. 

Saya pernah menegur rakan wanita saya yang saya boleh cam dia ada dekat dengan saya melalui bunyi tapak kaki dan bau minyak wanginya.

Saya puji pakaian baru dan perasan yang dia telah memotong rambut. Dia tertawa.

Selepas itu dia berkata – saya harap suami saya juga perasan!

Foto ehsan: Wikimedia Commons

Saya belum berkahwin dan saya mungkin tak berada dalam situasi yang baik untuk beri komen.

Tapi saya terkejut bagaimana anda tak boleh nampak perkara begitu pada isteri anda.

Saya mungkin fobia dengan komitmen atau mungkin saya belum menemui insan yang sesuai, tapi jika saya ada isteri, saya tak akan berhenti melihatnya.

Setiap perkara kecil tentang seorang wanita itu sungguh istimewa

Saya akan lihat bagaimana isteri saya memegang kakinya di atas sofa dan meletakkan mukanya di atas lutut semasa dia menonton Netflix.

Saya akan perasan air mata yang sedikit terkeluar di sudut matanya ketika dia membaca novel romantik kegemarannya.

Saya akan perasan bagaimana dia tertawa seperti tiada hari esok dan saya akan perasan bagaimana dia meletakkan kepalanya di dada saya untuk menangis.

Saya akan perasan perutnya sakit dan dia memerlukan secawan teh panas ketika datang bulan dan tiada apa yang mampu menceriakannya selain ais krim.

Saya akan perasan bila dia berdiri di hadapan cermin dan senyum melihat refleksi dirinya dan rasa bagus tentang dirinya sendiri.

Saya akan sentiasa beritahu dia bagaimana dia kelihatan cantik hingga membuatkan saya gila bayang.

Saya akan perasan hari di mana dia akan bermasam muka dan terasa gemuk dan tidak yakin.

Saya akan memeluknya dari belakang dan mengingatkannya yang dialah ratu hati saya.

Saya akan perasan setiap aspek isteri saya kerana saya rasa saya memilikinya. Saya rasa dia layak untuk rasa cantik dan dihargai, setiap hari.

Foto ehsan: Odyssey

Dan saya mahu mengingatkan lelaki-lelaki bertuah di luar sana, yang anda beruntung mempunyai teman seperti isteri anda.

Walaupun anda akan melihatnya sebagai pengurus rumah tangga, jangan lupa untuk melihatnya sebagai seorang wanita, jauh dari komitmen keluarga. 

Apabila lelaki lain melihat isterimu, mereka akan menganggap anda seorang lelaki bertuah kerana memiliki isteri sepertinya.

Dan yang palling indah ialah, segala pujian ini hanya akan lebih bermakna dan membuatkannya bahagia jika ia datang dari anda, suami mereka.

Sumber: the AsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga :

Tip Menjadi Suami yang Hebat – Nasihat Dari Seorang Lelaki kepada Seorang Lelaki

“Saya Mencintai Isteri Dan Bentuk Badannya” – Surat Cinta Suami Yang Sungguh Indah

 

Penulis

Aqma