Surat cinta yang sungguh indah
Sebelum anda bercakap apa-apa, mari kita baca dulu surat cinta yang hangat diperkataan ini.
Kenapa ia tular dan dikatakan sungguh indah? Jom kita baca! Kami telah menterjermahkan ia ke dalam Bahasa Malaysia untuk anda.
Luahan kasih sang suami pada isterinya –
“Saya sungguh mencintai wanita ini dan bentuk tubuhnya.
Semasa remaja, saya sering diejek kerana selalu menjadi perhatian bagi gadis-gadis yang bertubuh besar, rendah, berisi, yang biasa-biasa saja dan yang ramai suka panggil ‘gemuk’.
Kemudian, apabila saya membesar jadi seorang lelaki dewasa, saya mula mengajar diri tentang isu feminisme dan bagaimana media meminggirkan wanita dan menunjukan standard kecantikan yang tak benar.
Tinggi, kurus dan ramping. Itu imej media paparkan. Dan saya sedar ramai lelaki telah termakan penipuan ini!
Pada saya, tiada yang lebih menawan dari wanita ini!
Paha gebu, punggung yang lebar dan lebihan lemak yang comel di pinggang. Bentuk dan saiznya tak akan terpampang di muka depan majalah Cosmopolitan, tapi ia ada di muka depan hidup dan hati saya.
Tiada apa yang lebih seksi pada saya selain wanita yang yakin; wanita berkeyakinan diri yang saya kahwini ini memenuhi setiap inci jeansnya dan masih yang paling cantik di dalam bilik!
Wahai lelaki, fikir semula apa yang masyarakat telah beritahu/ajar anda tentang apa yang anda inginkan.
Wanita bukannya bintang lucah atau patung model bikini atau karakter filem. Dia adalah realiti, mempunyai kesan regangan yang cantik di pahanya, dan lekuk di punggung yang comel.
Dan wahai wanita, jangan tipu diri anda dengan memikirkan yang anda harus sentiasa kekal cantik untuk dicintai, disayangi dan dihargai.
Pasti ada lelaki yang akan meraikan anda untuk diri anda seadanya. Seseorang yang akan mencintai anda seperti saya mencintai Sarah saya.
Boleh saya dapatkan amin untuk ini?!”
Surat cinta yang menyebarkan perkara positif
Dengan itu, surat cinta Tripp buat isterinya Sarah menjadi tular dan mendapat lebih 13,000 respon yang positif!
Ketika ditemuramah oleh E! News, Tripp sungguh teruja kata-katanya mendapat perhatian yang memberansangkan.
Menurut beliau, surat cinta itu penting kerana ia mengandungi dua subjek kegemaran di dalam hidupnya;
- isterinya yang cantik dan
- menyebarkan perkara positif.
Awww! Sungguh bertuah Sarah dapat suami yang sungguh memahami dan bijak ini, kan?
Kaitan:
Rahsia Perkahwinan Bahagia Terletak Di Tangan Suami Yang Bijak!
Bertambah menakjubkan apabila ramai lelaki yang menge-tag isteri dan pasangan mereka untuk menyatakan yang mereka mencintai tubuh badan si isteri seadanya.
Satu keputusan yang tidak disangka dan sungguh indah! Gembira sangat melihat penghargaan diluahkan pada wanita yang lebih berisi dan yang sering diabaikan serta dimalukan oleh masyarakat.
Sarah, isteri Tripp mendapat mesej dari ramai wanita berisi di seluruh dunia berkongsi bagaimana kata-kata suaminya itu membuatkan mereka menangis!
Malah, surat itu juga membantu mereka percaya yang mereka layak dicintai dan disayangi seadanya.
Sebagai blogger fesyen dengan badan positif, Sarah sentiasa terbuka dalam berkongsi perjalanannya.
Impiannya ialah untuk membantu wanita di luar sana untuk yakin dan belajar mencintai diri mereka seadanya.
“Saya percaya keyakinan ialah perkara paling seksi yang ada pada wanita tidak kira rupa paras, bentuk dan saiz.”
Kredit gambar: Instagram Tripp
Menurut Tripp, apabila beliau perkata kali melihat foto itu, beliau terus tahu apa yang ingin diperkatakan.
Ia adalah gambar yang sempurna menunjukkan dirinya memegang badan isterinya yang berisi dan beliau mahu meraikan betapa beliau mencintai Sarah.
Beliau juga berharap orang yang melihat hasil muat naik itu memikirkan semula imej wanita cantik yang dipaparkan oleh media .
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!