Lelaki handsome ini kata orang banyak dugaannya apabila menjadi perhatian para wanita. Ramai beranggapan bahawa isteri yang mengahwini lelaki kacak berisiko makan hati dan akan menerima banyak ujian.
Sebenarnya setiap rumah tangga pasti ada ujiannya tersendiri. Meskipun memiliki rupa paras yang baik, ia tidak bermakna pasangan cenderung untuk curang sekiranya dia tidak melayan.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Bukan semua lelaki handsome yang sudah menjadi suami akan curang
- Sifat ego lelaki handsome membuatkan mereka lebih setia
Bukan semua lelaki handsome yang sudah menjadi suami akan curang
Wajah dan fizikal seseorang bukanlah kayu ukur yang menentukan bahawa mereka akan curang.
Ini yang berlaku dalam masyarakat, kerap menjatuhkan hukum kepada lelaki handsome. Jangan kita pukul rata hanya kerana lelaki tersebut memiliki raut wajah yang tampan.
Terdapat juga lelaki curang yang memiliki wajah yang biasa sahaja. Malah, golongan lelaki yang berwajah tidak tampan ini sering menjadi rebutan wanita lain walaupun mereka sudah beristeri.
Walaupun lelaki handsome ini dikatakan mampu memikat seseorang hanya dengan rupanya, berlainan pula dengan lelaki tidak kacak.
Mereka kebiasaannya mengumpan wanita dengan mulut manis dan menabur banyak janji palsu.
Sifat ego lelaki tampan membuatkan mereka lebih setia
Ramai yang mengatakan bahawa lelaki yang ada rupa ini biasanya ada ego yang tinggi.
Tambah-tambah lagi, apabila mereka mula berkenalan dengan seseorang. Sukar untuk merendahkan ego pada diri.
Ada kalanya sifat ini kekal sehinggalah setelah mereka berkahwin. Bagi lelaki tampan, cukuplah mempunyai seorang isteri sehingga ke akhir hayat. Tidak cantik tidak mengapa. Asalkan pandai menjaga diri dan menjadi isteri yang solehah.
Malah, mereka juga mengambil sikap untuk tidak peduli dengan mana-mana wanita. Berbanding lelaki berwajah biasa, apabila ‘diganggu’ sedikit wanita lain, terus on sahaja hingga terlupa status suami orang.
Kesimpulannya, lelaki handsome ini ada nilainya yang tersendiri.
Lelaki tampan tidak semuanya akan curang. Ia adalah pilihan sendiri, bak kata pepatah ‘tetamu tidak akan masuk kalau tuan rumah tidak membukakan pintu.’ Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Lelaki Kurang Menarik Selalunya Buat Wanita Lebih Bahagia, Betul Ke?
Baca juga: Anak Ibu Dah Hensem!” Wanita Kongsi Wajah Anak Lepas Pembedahan Mulut Sumbing , Comel Betul!