3 Sebab Mengapa Lelaki Patut Kencing Sambil Duduk, Bukan Berdiri!

Sebenarnya, kencing sambil berdiri boleh mengundang penyakit dan menyebarkan bakteria. Sebab itu penting untuk ajar pasangan dan anak-anak kencing duduk!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kencing berdiri = kencing kotor di merata tempat

Adakah anda sudah meluat mencuci mangkuk tandas yang kotor disebabkan bekas kencing yang merata-rata?

Giphy

Kini anda mempunyai sebab yang baik untuk menyuruh semua lelaki di rumah untuk kencing duduk apabila mereka ke tandas! 

Kajian membuktikan membuang air kecil sambil duduk sebenarnya lebih baik untuk kesihatan!

Tapi, persoalannya di sini – mengapa lelaki sering kencing berdiri?

Mengapa lelaki mesti berdiri semasa kencing?

Membuang air kecil secara berdiri memang sudah menjadi kebiasaan untuk semua golongan lelaki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bentuk fizikal lelaki juga membolehkan mereka untuk membuang air kecil sambil berdiri dengan mudah.

Jadi, mengapa lelaki harus kencing duduk pula selepas ini? Apakah kebaikannya?

3 sebab mengapa lelaki patut kencing duduk selepas ini!

Patutkah lelaki duduk ketika kencing?

Sekiranya anda jenis yang sangat mementingkan kebersihan, saya pasti anda pernah terfikir untuk meminta pasangan anda supaya duduk semasa ke tandas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cuba anda bayangkan, jika mereka duduk, tak payahlah aiming sangat. Yang penting, kalau duduk, pasti kurang percikan air kencing pada bahagian mangkuk tandas. 

Ini adalah 3 sebab mengapa lelaki patut mengamalkan kencing duduk berbanding kencing sambil berdiri:

1 – Penyakit batu karang

Kencing sambil berdiri mengundang bahaya dan menyebarkan penyakit!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila air kencing tidak keluar sepenuhnya, risiko untuk mendapat penyakit batu karang adalah lebih tinggi. 

Pemendapan pelbagai zat kimia di dalam air kencing akan menyebabkan pembentukan batu-batu kecil yang dikenali sebagai batu karang.

Selain itu, lelaki yang memilih untuk duduk semasa membuang air kecil juga boleh mengurangkan risiko kencing kotor.

2 – Kurang bersih

Apabila anda berdiri sambil membuang air kecil, air kencing tidak akan keluar sepenuhnya dan menyebabkan rasa tidak puas.

Percikan yang terlantun dari mangkuk tandas boleh terkena pakaian dan menyebabkan ia berbau. Ahems, jangan tahan lama-lama tau, nanti terlepas pula macam machine gun – habis seluar tu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3 – Lemah syahwat

Kebanyakan lelaki paling takut untuk mengalami masalah lemah syahwat.

Tapi tahukah anda, apabila lelaki membuang air kecil secara berdiri, ini boleh menyebabkan otot serta urat zakar menjadi lembik dan kendur? 

Pelepasan pundi kencing lebih baik semasa duduk, dan ia boleh mengurangkan masalah prostat dan menjanjikan hubungan seks yang lebih sihat dan lebih panjang.

Jadi tag-lah suami-suami anda dan ajar anak-anak untuk duduk semasa membuang air kecil.  

Ini bukan hanya pasal mangkuk tandas dan pakaian yang bebas bau, ini juga soal kesihatan mereka, tau!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Times Of India, Oh Media dan Men Fitness

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

20 Cara Potty Train Anak Dengan Cepat, Dalam Masa Tiga Hari Dah Boleh Bebas Lampin!

Penulis

Rosanna Chio