TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Bagaimana Untuk Membantu Kanak-Kanak Yang Sering Terkencing Ketika Tidur

4 min bacaan
Bagaimana Untuk Membantu Kanak-Kanak Yang Sering Terkencing Ketika Tidur

Bagaimana anak-anak dan ibu-ibu dapat menangani kes kencing malam, dan 4 tips mudah untuk mencapai malam bebas kemalangan.

Menjemput rakan-rakan untuk bermain di rumahnya di Long Island, NY, adalah salah satu aktiviti kegemaran Bethany Spencer, 7 tahun.

Tetapi apabila dua rakan perempuan datang melawatnya baru-baru ini, Bethany berkelakuan pelik.

Bethany tidak suka rakan masuk ke dalam biliknya. “Jangan datang dekat katil saya,” katanya dalam nada cemas. “Tiada apa-apa di sana,” sambungnya lagi.

Sebenarnya, Bethany ada menyembunyikan rahsia besar di bawah katilnya: lampin untuk dia pakai pada waktu malam!Bagaimana Untuk Membantu Kanak-Kanak Yang Sering Terkencing Ketika Tidur

Ibu Bethany, Aileen Spencer, berasa risau dengan keadaan anak perempuannya itu.

“Saya melihat dia amat kecewa dengan dirinya sendiri apabila dia selalu kencing pada waktu malam ketika sedang tidur,” kata Spencer.

“Ia membuatkan saya berasa risau yang pada usia semuda ini, anak perempuan saya sudah mempunyai rahsia yang memalukan! Kanak-kanak tidak patut bimbang tentang hal ini.”

Ketidakupayaan untuk menahan kencing pada waktu malam sebenarnya masalah biasa di kalangan kanak-kanak sekolah.

“Walaupun ramai kanak-kanak dapat menahan air kencing mereka sepanjang malam dari umur 5 tahun, 1 daripada 8 kanak-kanak yang sudah memulakan sekolah rendah masih mengalami masalah dengan keadaan yang memalukan ini,”

Itu kata Howard Bennett, M.D., pengarang Waking Up Dry.

Kadar kencing malam akan mula jatuh mendadak apabila kanak-kanak itu meningkat usia (syukurlah!).

Tetapi, 1 daripada 20 kanak-kanak berumur 10 tahun masih kencing pada waktu malam dan yang malangnya, 1 hingga 2 peratus akan terus bergelut dengan masalah ini sehingga umur 15!

Bagi kebanyakan kanak-kanak, masalah ini adalah berpunca dari saraf

Otak kanak-kanak tidak dapat menghantar isyarat kepada pundi kencing untuk menahan air kencing semasa dia tidur.

“Pundi kencing akan secara automatiknya dikosongkan semasa dia tidur, seperti yang berlaku ketika dia masih bayi,” kata Dr. Bennett.

Bagaimana Untuk Membantu Kanak-Kanak Yang Sering Terkencing Ketika Tidur

Genetik memainkan peranan juga

Kira-kira 3 daripada 4 kanak-kanak akan mengalami masalah kencing malam jika dia juga mempunyai adik-beradik, ibu bapa, ibu saudara, bapa saudara atau sepupu yang turut “membasahi katil ketika tidur” semasa mereka kanak-kanak.

Kadang-kadang, ia adalah masalah psikologi, dicetuskan oleh masalah atau tekanan, seperti berpindah rumah, dapat adik baru atau perceraian ibu bapa.

Cara membantu kanak-kanak mengatasi masalah kencing malam

Langkah pertama adalah agak mudah: Doktor akan menasihati ibu bapa supaya mengelakkan kafein dari diet anak mereka dan mengehadkan minum air pada waktu malam.

Untuk 4 tip lain, mari baca seterusnya.

4 tips untuk bebas kencing malam:

1. Pantau masalah kesihatan anak

Bagaimana Untuk Membantu Kanak-Kanak Yang Sering Terkencing Ketika Tidur

Adakah doktor anak anda mengatakan yang anak anda mengalami masalah kesihatan?

Walaupun ia adalah agak jarang, tetapi ia tetap akan menyebabkan kencing malam.

Begitu juga dengan kanak-kanak yang tidak lagi kencing pada waktu malam, tetapi tiba-tiba mula membasahkan katilnya; dia mungkin mempunyai jangkitan pundi kencing.

2. Perhatikan kekerapan anak anda ke tandas pada siang hari

Sesetengah kanak-kanak kencing pada waktu malam kerana mereka sembelit sepanjang masa; rektum yang penuh boleh mengganggu fungsi pundi kencing.

Dalam kes ini, berikan banyak air kepada anak anda dan makanan yang kaya dengan serat, dan berbincang dengan doktor anda tentang julap yang boleh didapati di farmasi.

Juga, galakkan anak anda untuk menggunakan bilik air (walaupun dia tidak mempunyai keinginan untuk kencing) setiap dua hingga tiga jam pada siang hari.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

“Pundi kencing yang tidak dikosongkan sepenuhnya atau secara kerap di siang hari boleh bertindak balas dengan sepenuhnya dan dilepaskan pada waktu malam,”

Itu penjelasan Ginger Thomas, R.N., dari Hospital Seattle Kanak-Kanak.

3. Gunakan ubat dengan berhati-hati

Dalam kes-kes yang benar-benar melampau, doktor boleh memberikan ubat anti-diuretik, tetapi ia adalah satu penyelesaian jangka pendek.

Ubat-ubatan ini boleh merencatkan keupayaan badan untuk memproses air kencing, dan seterusnya dapat mengelakkan anak anda daripada membasahi katilnya di waktu malam.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anak anda berhenti mengambil ubat itu, dia akan kencing malam semula.

4. Pastikan anak anda sudah bersedia

Kekecewaan anda tidak diperlukan di sini. Anak anda perlu terus bermotivasi untuk berhenti kencing malam ketika tidur.

Jika dia masih lagi membasahi katil ketika tidur, anda boleh memintanya untuk menggunakan lampin pada waktu malam.

Lambat laun, dia pasti akan tercabar dengan lampin tersebut dan mula bersedia untuk tidak lagi memakainya (dan tidak lagi kencing malam!).

Rencana diterjemah daripada Parenting.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Bagaimana Untuk Membantu Kanak-Kanak Yang Sering Terkencing Ketika Tidur
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham