Apakah persepsi anda terhadap lelaki lembut? Adakah anda memandang lelaki yang lembut ini sama seperti “pondan, khunsa, atau bapuk“?
Memang manusia dicipta berbeza-beza jantina dan karakter. Sinonimnya, lelaki diciptakan dengan perwatakan yang agak keras, kasar, gagah dan berani.
Berlainan pula dengan wanita yang dicipta dengan karakter yang lebih lemah-lembut, bersopan santun, berbudi bicara dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, bagaimana jika lelaki memiliki karakter seperti perempuan? Cakapnya lemah lembut dan berjalan pun lemah-gemalai. Mereka ini sering digelar dengan panggilan ‘lelaki lembut”.
Lelaki lembut sering dipandang serong oleh masyarakat. Malah ramai yang menganggap lelaki lembut ini bakal bergelar pondan atau “mak nyah” kelak!
Namun begitu, janganlah cepat melatah kerana lelaki lembut ini tidak minta dilahirkan begitu dan perubahan yang dialami juga kadang-kadang tak disedari.
Malah, lelaki lembut juga tidak bermaksud mereka seorang pondan atau “mak nyah”.
Jadi, ibu bapa janganlah terlalu risau jika anak lelaki anda bermain permainan kanak-kanak perempuan seperti anak patung, muzik dan sebagainya.
Mari kita selami mengapa.
Lelaki lembut dengan hormon Testosterone
Menurut kajian, hormone testosterone berfungsi sebagai isyarat elektrik dalam bentuk gelombang yang membawa sel ‘lelaki’ pada setiap tubuh dalam menjalankan tugas dan keperluan sebagai seorang lelaki.
Testosterone dihasilkan oleh testis yang mempunyai 46 kromosom dan ia mempunyai gelombang panjang pada bacaan 630 nanometer. Ia sama dengan panjang gelombang perang.
Selain itu, kromosom di bahagian testis merupakan yang paling senang bersenyawa berbanding sel organ yang lain. Sel pada tubuh sebenarnya akan bersenyawa dengan sel yang ada kromosom kurang stabil.
Manakala kromosom yang tak stabil pula datangnya daripada makanan yang berkolesterol tepu seperti daging bukan merah.
Ia merangkumi makanan laut (tidak termasuk ikan) seperti sotong, udang, ketam dan siput.
Selain makanan laut, organ dalaman seperti usus, limpa, hati dan sum sum tulang juga mempunyai kolesterol tepu.
Sebab itu, amalan makan daging bukan merah terutamanya sotong dan udang dengan banyak adalah penyebab kepada gangguan penghasilan hormon testosteron.
Tak disangkal lagi, bila masyarakat mengelarkan lelaki lembut ini dengan panggilan ‘sotong’.
Dua kategori lelaki lembut yang anda tidak tahu
1 – Lelaki yang semula jadi lembut tetapi tetap sejati. Malah, nalurinya masih minat kepada wanita.
2 – Lelaki lembut yang berkelakuan seperti wanita dan suka pada kaum sejenis – dipanggil sebagai transeksual.
Di Malaysia, transeksual lebih merujuk kepada lelaki kerana golongan wanita agak sukar untuk dikenal pasti kerana penampilan pakaian yang tiada beza dengan wanita lain.
Menurut sumber pada tahun 1998, jumlah “mak nyah” sekitar 10,000 orang iaitu 70-80% Melayu. Selebihnya Cina, India dan lain-lain.
Punca anak menjadi lelaki lembut – Patutkah anda risau?
1) Tiada bapa untuk jadi role model
Punca anak jadi lelaki lembut adalah kerana jurang hubungan dengan bapa. Sama ada bapanya terlalu garang dengan memberikan disiplin yang terlampau ketat ataupun bapanya telah meninggal dunia.
Atas sebab itu juga, mereka lebih rapat dengan ibu dan menganggap ibu sahaja yang layak untuk dicontohi.
2) Tiada adik beradik lelaki
Lelaki lembut biasanya tidak mempunyai adik beradik lelaki. Hidup mereka dikelilingi dengan kakak dan adik perempuan.
Sebab itu mereka lebih mudah memahami naluri kewanitaan hingga ia masuk ke dalam diri mereka sendiri.
3) Kurang didikan dan perhatian
Jika anak anda berperwatakan lembut, seharusnya mereka ini diberi lebih banyak perhatian.
Kesibukan ibu bapa dengan ‘kerja’ memberikan kebebasan kepada anak untuk melakukan perbuatan yang kurang berakhlak.
4) Pengaruh rakan-rakan
Ketika meningkat remaja, ibu bapa perlu mengenali rakan anak anda atau wajib tahu dengan siapa mereka berkawan supaya mereka tidak dipengaruhi dengan rakan ‘lelaki lembut’ yang lain.
Memang tidak ada salahnya untuk berkawan. Asalkan anak tidak terpengaruh atau terbawa-bawa tingkah laku lembut itu.
Perana ibu bapa dalam menangani anak ‘lelaki lembut”
- Bimbingan, dorongan dan semangat adalah sangat penting kepada anak-anak yang berjiwa lembut dalam menuruskan kehidupan mereka.
- Ibu bapa harus menjadi orang yang boleh berkongsi perasaan apabila sering diejek lembut oleh rakan-rakan ketika berada di sekolah.
- Tunjukkan sifat prihatin dengan anak lelaki lembut ini supaya dapat memotivasikan diri mereka. Jangan sampai mereka buat perubahan yang lebih drastik dalam hidup sebagai tanda memprotes ibu bapanya.
- Namun begitu, sebagai ibu bapa anda juga harus bertegas mengenai identiti kelakian mereka itu. Berikan didikan yang sepatutnya sebagai anak lelaki.
Biasanya anak yang berjiwa lelaki lembut ini minat dengan pekerjaan wanita seperti memasak, mengemas rumah, menjahit pakaian dan lain-lain.
Oleh itu, perkenalkan anak-anak ini dengan pekerjaan dan aktiviti yang sesuai dengan lelaki seperti seni pertahankan diri, memotong rumput, mengecat dan sebagainya.
Biarkan sampai anak hilang tumpuan terhadap kemahiran yang lebih terarah kepada wanita. Namun, tiada salahnya jika mereka betul-betul berminat dengan hobi atau aktiviti tersebut.
Sebenarnya, sains sendiri telah membuktikan lelaki lebih beremosi daripada perempuan. Maka, tidak mustahil mereka cuba meluahkan emosi mereka itu melalui hobi dan aktiviti tersebut.
Apa yang penting adalah pemantauan ibu bapa. Hanya anda sahaja yang mengenali anak anda 🙂
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Siakap Keli
Baca juga:
Anak lelaki lebih sensitif, mereka PERLU LEBIH sokongan emosi berbanding anak perempuan