Suami Rendah Dari Isteri Tanda Murah Rezeki, Unik Perancangan Allah Dalam Perihal Jodoh!

Lelaki rendah ini selalunya dikatakan pembawa rezeki dalam rumah tangga dari segi kewangan dan kerjaya. Untung si isteri!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki rendah sememangnya tidak pernah menjadi permasalahan untuk seorang wanita memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama individu berkenaan. Yang penting, saling menghormati, saling memahami, saling mencintai dan boleh bertolak-ansur di antara satu sama lain, itulah yang dinamakan jodoh dari Allah SWT.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Lelaki rendah miliki keunikan tersendiri
  • Kelebihan berpasangan dengan lelaki rendah

Lelaki rendah miliki keunikan tersendiri

Di dunia ini, kita akan dapat melihat banyak pasangan suami isteri yang sama tinggi, isteri lebih tinggi, suami lebih tinggi, dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kesemua itu terdapat keistimewaan dan keunikkan di sebalik hubungan cinta yang Allah SWT telah tentukan.

Bak kata orang tua-tua, jika suaminya lebih rendah, maka rezeki pasangan itu akan lebih murah dari segi hubungan rumah tangga, kerjaya, dan lain-lain. Bukan bab kewangan sahaja, anak-anak yang mendengar kata juga adalah salah satu rezeki juga, ya.

Tapi bukanlah suami yang tinggi tidak mempunyai kelebihan. Masing-masing ada keunikan tersendiri.

Kelebihan berpasangan dengan lelaki rendah

Para wanita di luar sana, ini adalah beberapa perkara yang perlu anda syukuri jika memiliki pasangan yang lebih rendah daripada anda.

#1. Seorang yang terus terang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki/suami seperti ini kebiasaannya akan mempunyai sikap yang lebih tegas. Pastinya, dia tidak mahu kelihatan lebih kurang berkeyakinan daripada pasangannya, oleh itu dia berasa perlu menonjolkan setiap kelebihan yang dimiliki olehnya. Sebab itulah dalam perihal komunikasi, dia akan lebih mendominasi.

Jangan risau, tidak bermakna mereka ini mempunyai sikap suka mengongkong, hanya lebih tegas dan tetap pendirian. Dan paling penting, jika mereka sayang, mereka akan mengekalkan perasaan itu sampai ke akhir hayat.

#2. Rajin! Ini paling penting

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengurusan rumah tangga ini kan ‘teamwork’. Lelaki rendah kebiasaannya akan lebih rajin bekerja dan ligat walau di mana mereka berada.

Mereka tidak akan menyusahkan pasangan dan akan memastikan dirinya kelihatan lebih berjaya daripada pasangannya.

Bab perasaan pula, mereka akan cuba sedaya upaya untuk melakukan apa sahaja demi kebahagiaan pasangan mereka. Mereka juga akan memastikan pasangan mereka tidah sedih.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang di sekeliling akan memandang rendah tentang kemampuannya, namun mereka tidak akan peduli.

Sikap peribadi yang mereka terapkan di dalam diri adalah percaya pada diri sendiri dan disebabkan itu, ia akan membuatkan pasangannya kelihatan lebih menarik. Mereka juga tidak kisah jikalau pasangannya lebih menonjol daripada dirinya.

#4. Memiliki kredibiliti tersendiri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lelaki yang rendah juga mempunyai cara yang terbaik untuk mengawal perasaan marah. Mereka ini tidak mudah melenting atau marah. Sebaliknya mereka ini lebih bertanggungjawab dan prihatin tentang kesukaran yang dialami oleh pasangannya. Mereka juga tidak akan menyusahkan pasangan mereka dengan hal/perkara yang sukar.

Apa pun, sayangi dan hargailah pasangan anda. Tunjukkan mereka cara yang terbaik untuk meningkatkan kasih sayang di antara satu sama lain, okay?

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dua Tanda Rumah Tangga Dalam Rahmat Allah, Suami Isteri Sama-Sama Usaha Untuk Bahagia

Baca juga: Kerap Bergaduh Cara Matang Tanda Hubungan Suami Isteri Yang Sihat & Bahagia, Ini Buktinya!

Baca juga: Suami Isteri Yang Muka Seiras Dikatakan Jodoh Kuat & Lebih Bahagia, Ini 5 Sebabnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.