Nak Anak Lembut Hati, Mak Ayah Dulu Kena Berhenti Mengamuk, Cuba 3 Cara Ini Lembutkan Hati Anak!

Memang boleh buat marah handle anak yang keras hati. Kali ini kami kongsikan tips lembutkan hati anak untuk anda praktikkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak ini pelbagai ragam. Lain anak lain cara untuk tackle mereka. Apa yang pasti, perlu kena cara untuk lembutkan hati anak supaya mereka tidak terus berdegil dan memberontak.

Tapi, perlu kena caranya. Bukan baru buat hati anak terus lembut. Ibu bapa juga perlu sabar. Kali ini kami kongsikan cara untuk ibu bapa lembutkan hati anak.

Tidak salah untuk kita ikhtiar kan? Cuba dulu. Ada rezeki pasti menjadi.

Lembutkan hati anak dengan 3 cara ini, mudah-mudahan membantu

Teknik ini dikongsikan Salinda Sopian, untuk dipraktikkan ibu bapa di luar sana gunakan bagi lembutkan hati anak.  Katanya, tak perlu menjerit, tak perlu memukul.

Hanya guna teknik psikologi, anak boleh lembut hatinya asalkan ibu bapa tahu cara nak buat anak rasa dirinya disayangi.

Katanya, anak-anak ini dia jujur. Apa yang kita lihat dari perlakuan atau riak wajahnya itu yang sebenarnya dia nak beritahu pada ibu bapa. Walaupun anak kita jenis lasak, tak duduk diam sebenarnya fasa ini hanya sementara saja. Bila dah besar kita pula rindu dengan gelagat mereka.

Ramai juga ibu bapa bertanya bagaimana nak lembutkan hati anak-anak supaya sentiasa dengar cakap dan dapat jadi anak-anak penyejuk hati apabila dah besar.

Cukup mudah tips yang diberikan, mungkin boleh cuba bila di rumah nanti supaya anak mudah terima nasihat dan perkara baik. 

#1. Tidur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika anak-anak tidur saya akan baca ‘Ya Latif’ dan tiupkan di ubun anak-anak. Ya Latif adalah salah satu dari nama-nama Allah yang bermaksud Yang Maha Lembut.

Semasa tiup tu, doalah pada Allah supaya hati mereka lembut.

#2. Basuh beras

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semestinya ibu-ibu akan memasak nasi setiap hari untuk keluarga, bukan? Sewaktu basuh beras tersebut, boleh amalkan langkah ini;

  • Basuh dengan tangan kanan
  • Cuci beras berlawanan dengan arah jam (ikut arah pusingan tawaf)
  • Selawat 3 kali
  • Baca doa, ‘ Yang Allah, lembutkanlah hati anak-anak ku untuk menerima kebaikan seperti mana Kau lembutkan beras ni sehingga menjadi nasi.

#3. Waktu bermain

Masa tengah layan anak-anak main tu, saya saja-saja bisikkan kat telinga anak-anak.

“Dhuha dan Syifaa good girl. Dhuha dan Syifaa dengar cakap Ummi kan.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun dua beradik tu macam tak dengar, sibuk bermain, tapi sebenarnya kata-kata saya itu masuk ke hati dan minda mereka.

Yang paling penting, jangan sesekali mak ayah menunjukkan kemarahan yang tidak terkawal sekiranya anak tak nak dengar cakap kita. Kalau nak anak lembut hati, tak kan mak ayah pula yang nak mengamuk sana sini.

Didik anak sampai jadi BFF

Kita nak anak rapat dengan kita, tapi cara kita layan tak mencerminkan pun yang kita suka padanya. Jadi apa patut anda buat sebenarnya?

#1. Luangkan masa berbual

Sebagai ibu bapa, anda haruslah meluangkan masa untuk berbual dengan anak anda. Tanyakan kepadanya tentang aktiviti yang di lakukan pada hari itu. Jika dia ada masalah, cuba berikan kata-kata semangat kepadanya supaya dia kuat untuk menghadapi sebarang masalah yang datang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan sekali-kali anda mengeluarkan kata-kata kesat ketika berbual. Gunakan kata-kata yang baik supaya dia rasa rapat dengan anda. Jika dia sedang bersedih, hilangkan kesedihannya dengan berbual sambil makan aiskrim. Pasti dia akan sedikit ceria.

#2. Selalu puji anak

Anak anda akan merasakan dirinya dihargai kerana kata-kata pujian yang anda berikan kepadanya. Jika dia berjaya dalam pelajaran, berikan dia pujian yang baik dan berikan lagi dia semangat untuk terus berjaya dalam kehidupannya.

Kata-kata pujian yang baik perlu kerap kali diberikan kepada anak-anak sebagai penyuntik semangatnya. Jangan sesekali anda memarahinya atau mengherdiknya, walau pun keputusan dia kurang cemerlang, anda sebagai ibu bapa tetap memberi pujian kepadanya.

Berikan nasihat yang sewajarnya supaya dia perbaiki kelemahan. Boleh juga memberi ganjaran seperti hadiah kepadanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Kenali kawan anak-anak

Jika anda ingin diri anda sebagai kawan anak anda, anda perlulah mengenali kawan-kawannya. Sesekali luangkan masa untuk anda berjumpa dan bersiar-siar bersama kawan-kawannya.

Sambil anda bersiar-siar, anda juga boleh perhatikan sikap kawan-kawannya. Jadi, jika anda tahu dengan siapa dia berkawan, anda tidak perlu risau. Anak anda akan rasa bangga dan bahagia jika anda boleh terima kawan-kawannya.

Jangan sesekali menghina rakan-rakannya kerana latar belakang yang berbeza. Tindakan ini akan menyebabkan anak anda rasa malu dan mula membenci anda.

Baca juga: 7 Kesilapan Disiplin Yang Dilakukan Oleh Orang Tua Dalam Mendidik Anak

Baca juga: Kesilapan Mendisiplin Anak Ibu Bapa Sering Lakukan, No 2 Paling Buang Tenaga Ya!

Baca juga: Perbezaan ketara antara cara ayah dan ibu mendisiplinkan anak

Penulis

Lala Annuar