7 Kesilapan Disiplin Yang Dilakukan Oleh Orang Tua Dalam Mendidik Anak

7 kesilapan disiplin buruk yang sering dilakukan oleh ibu bapa. Adakah anda juga begini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Adakah anda terlalu kerap merasuah anak-anak anda untuk menyiapkan sesuatu perkara? Adakah dengan menjerit pada mereka – cara anda memaksa mereka mendengar kata? Anda mungkin sebagai orang tua gagal mendidik anak dan sebenarnya sedang melakukan sebuah kesalahan besar, iaitu – disiplin yang wajar.

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi yang mana anda sibuk dengan jadual yang ketat dan sedang membeli barangan di pasaraya bersama dengan anak anda. Anda khusyuk dengan senarai yang ada di tangan.

Apabila anda fikir semuanya berjalan lancar, anak anda tiba-tiba berjaya menggapai sepeket gula-gula daripada rak dan mula “Ibuuuuuuuuuuu, boleh saya nak ini?” “TIDAK”, anda jawab dengan tegas. “Tapi Ibuuuuuuuuuuuuu….” dan belum sempat apa-apa, anak anda mula mengamuk sepenuhnya!

Bagaimana anda akan menangani keadaan ini? Kita semua pernah melalui situasi yang sama. Usaha untuk mendisiplinkan anak yang muda mampu menjadi sebuah tugasan yang menakutkan bagi kebanyakan daripada ibubapa.

Namun di bawah, kami telah menyenaraikan 7 kesilapan disiplin yang sering dilakukan walaupun oleh ibu bapa. Kami juga menawarkan langkah alternatif untuk mengendalikan situasi seperti ini.

Namun, jangan takut, anda tidak keseorangan. Tetapi terdapat cara lain untuk mengendalikan perangai kanak-kanak dan elak diri menjadi orang tua gagal mendidik anak.

7 Cara Salah Disiplin Menyebabkan Orang Tua Gagal Mendidik Anak Sendiri & Cara Penyelesaiannya

1# Hilang sabar

Kehilangan sabar akan mengakibatkan sebuah keputusan yang tidak boleh diubah. Pada mulanya – menjerit dan kemudian lebih teruk – memukul. Sebaik sahaja anda melakukan perkara seperti ini, anda tidak boleh berpatah balik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda telah menyampaikan sebuah mesej kepada anak-anak anda bahawasanya tidak mengapa untuk marah, mengatakan atau melakukan sesuatu perkara yang menyakitkan hati. Mereka juga mungkin akan mula menjerit pada anda, atau lebih teruk, memukul anda untuk menyatakan kekecewaan mereka.

Alternatif: Time out atau mengambil masa untuk berehat bukanlah sekadar untuk kanak-kanak. Jika anda merasakan kemarahan anda semakin memuncak, ambil masa selama seminit, dapatkan semula ketenangan anda dan gunakan “alasan” untuk cuba bercakap dengan anak anda.

Kanak-kanak sebenarnya lebih bertindak balas dengan baik terhadap permintaan yang tenang, berbanding desakan.

4# Menggunakan rasuah kesilapan orang tua gagal mendidik anak

Kita semua mengambil jalan keluar ini! Kanak-kanak hanya melakukan perkara yang disuruh oleh kita kerana mereka memperoleh sesuatu sebagai balasan. Tiada sebarang pembelajaran yang dipelajari sepanjang proses. Mereka mengharapkan ganjaran setiap kali melakukan sesuatu perkara dengan baik.

Alternatif: Daripada memberikan rasuah kerana berkelakuan baik, pakar mengatakan bahawa pengukuhan kelakuan baik adalah lebih berkesan. Maka, daripada mengatakan “jika kamu berkelakuan baik di pasaraya hari ini, saya akan belikan kamu gula-gula”, cuba katakan “saya amat berbangga dengan tingkah kamu di pasaraya hari ini. Kamu adalah seorang gadis yang sangat baik”.

Begitu juga jika anak anda mula berkelakuan tidak baik, anda boleh mengatakan “cara kamu berkelakuan di pasaraya hari ini, menyedihkan saya.” Walaupun ia mungkin kedengaran agak kasar, namun ia dapat membantu mengembangkan nurani anak anda.

5# Disiplin tidak konsisten

Anda telah meminta anak anda mematikan komputer, namun dia tidak menghiraukan anda dan meneruskan permainannya. Maka sebuah ancaman akan keluar seperti “Jika kamu tidak menutup komputer hingga saya sampai di sana, tiada TV sepanjang minggu ini” dan ancaman-ancaman lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak anda masih dengan komputer dan anda terpaksa mematikan komputer tersebut dengan sendiri. Anda lupa yang ancaman awal sebentar tadi adalah – tiada TV selama seminggu.

Alternatif: Jangan bina janji yang tidak dapat dipatuhi. Dalam kes ini – ancaman. Tetapkan had dan ikut ia. Terus terang dengan peraturan yang anda lakukan. Tiada rundingan. Jika mereka bertindak atas permintaan anda, ucapkan terima kasih padanya kerana berbuat demikian.

6# Menetapkan harapan terlalu tinggi

Ambil contoh kanak-kanak di pasaraya tadi – Adakah dengan menjangkakan kanak-kanak itu duduk diam di dalam troli dan tidak meminta sebarang perkara, sebuah harapan yang terlalu tinggi?

Alternatif: Pakar mengatakan kanak-kanak kecil tidak akan tahu norma-norma sosial secara automatik. Kanak-kanak ini hanya melihat bungkusan gula-gula yang berwarna-warni, dan naluri mereka ingin memilikinya. Pilihan yang paling mudah adalah dengan tidak membawa mereka ke pasaraya lagi.

Akan tetapi, tingkah ini tidak akan mengajar mereka untuk berkelakuan baik di pasaraya, kelak. Anda harus mengingatkan mereka beberapa kali, sebelum mereka akan berkelakuan seperti yang diharapkan. Dan apabila mereka berkelakuan sedemikian, puji kelakuan baik mereka itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7# Guna kaedah disiplin sama untuk semua anak

Memberikan waktu time out pada anak perempuan anda kerana berkelakuan buruk ternyata berkesan, namun anak lelaki anda tidak bertindak balas dengan baik ke atas waktu time out itu. Dia tidak boleh duduk diam. Apa yang harus anda lakukan?

Alternatif: Analisis personaliti anak anda dengan baik, sebelum menjatuhkan hukuman. Apa yang berkesan ke atas anak perempuan anda mungkin tidak berkesan ke atas anak lelaki anda.

Selain itu, umur berbeza juga memerlukan kaedah disiplin yang berbeza. Anda tidak boleh mengharapkan seorang anak yang berusia 18 bulan bertindak balas ke atas masa time out serupa dengan tindak balas daripada kanak-kanak berusia 4 tahun.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doa Melembutkan Hati Anak Degil & Keras Kepala, Ibu Ayah Kena Amalkan Selalu

Baca juga:  15 cara (tanpa disedari) anda mengajar anak untuk tidak mendengar kata

Baca juga: Ibu Ayah Yang Panas Baran, Selalu ‘Naik Tangan’ Membentuk Anak Pemarah & Degil