Inilah Sebab Mengapa Anda Perlu Letak Anak Anda Dalam 'Car Seat'

Kalau anda sering ragu-ragu untuk letak anak dalam car seat kereta, perkongsian ini pasti mengejutkan anda. Pastikan anak duduk dalam car seat dengan betul!

Tragedi ini sebagai pengajaran anda perlu letak anak dalam car seat

Ianya merupakan hari yang biasa bagi ibu ini, Jenna Casado Rabberman.

Beliau adalah ibu kepada dua orang anak lelaki- yang bongsu berusia 6 minggu dan yang paling tua berusia hampir 3 tahun. 

Seperti biasa, pada hari Isnin (25 Septermber), Jenna pergi menjemput anak sulungnya dari pra sekolah dan telah berhenti hanya beberapa minit untuk membeli susu.

Kemudian sesuatu terjadi.

Sebuah kereta datang dengan laju melanggar lampu isyarat merah dan melanggar kereta Jenna - yang teruknya, anak-anak Jenna masih berada dalam kereta!

Sumber: Facebook Jenna Casado Rabberman

Jelas Jenna:

"Seseorang telah memecut melanggar lampu isyarat merah dan melanggar kami. 

Anda tidak akan terfikir ia akan terjadi kepada diri anda. 

Anak-anak saya selamat tanpa sebarang calar namun para ahli paramedik memberitahu kami yang ia mungkin boleh jadi berbeza..."

Jadi apakah yang telah menyelamatkan anak-anaknya? Siapa yang telah menyelamatkan mereka?

SATU-SATUNYA sebab mengapa anak Jenna terselamat tanpa sebarang calar dari kemalangan yang teruk ini ialah kerana Jenna meluangkan masa tambahan selama dua minit untuk memastikan anak-anaknya duduk dalam car seat mereka dengan betul dan selamat.

Kata ibu yang bersyukur itu -

"INILAH sebabnya mengapa anda perlu letak anak dalam car seat dengan betul setiap kali menaiki kenderaan. 

Walaupun mereka menjerit nak keluar atau merungut tali keselamatan terlalu ketat, atau tidak suka menghadap belakang."

Keretanya tidak dapat diselamatkan, namun Jenna dan anak-anak selamat. Serta terima kasih kepada carseat mereka (Graco dan Chicco).

Jenna juga berkata - 

"Saya tidak menyangka perkongsian ini akan dilihat oleh ramai orang!

Saya sebenarnya memuat naik status ini untuk keluarga dan rakan-rakan, tetapi saya berharap ia mampu menyelamatkan nyawa dengan membuatkan seseorang berfikir dua kali tentang memakaikan carseat untuk anak mereka."

Keselamatan carseat untuk kanak-kanak: Tip untuk ibu bapa

Ibu ayah, kita selalu menekankan pentingnya memakaikan tali pinggang keledar pada anak anda dengan betul dan setiap masa semasa berada dalam kenderaan, atau ketika duduk dalam carseat yang sesuai

Perkongsian Jenna telah menjelaskan lagi kepentingan ini.

Sila ingat tip keselamatan carseat ini:

  • Carseat kanak-kanak haruslah sentiasa dipasang pada tempat duduk belakang.
  • JANGAN sesekali duduk di tempat duduk belakang memegang atau menyusukan anak kecil.
  • Jika pertama kali memasang carseat, dapatkan bantuan pakar (penjual atau konsultasi).
  • Jangan membeli carseat yang telah digunakan (kerana anda tidak tahu sejarah kemalangannya)
  • Bayi baru lahir hingga sekurang-kurangnya setahun (lebih kurang 10 kg) harus diletakkan memandang ke belakang.
  • Pastikan tali pinggang keledar dipasang dengan betul.
  • Tali pinggang keledar mestilah di atas bahu anak anda, tidak terlalu longgar atau ketat. Pastikan hanya muat satu jari anda di dada anak anda.
  • Kanak-kanak yang lebih besar juga harus menggunakan carseat atau booster seat. Kerana tali pinggang keledar kereta hanya sesuai untuk orang dewasa (sekurang-kurangnya ketinggian 5 kaki dan berat 35kg)
  • Jangan sesekali meletakkan tali pinggang keledar di bawah ketiak atau belakang mereka.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

 

Penulis

Aqma