TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

LIBRESSE® Menghidupkan Wonders of the Womb

4 min bacaan
LIBRESSE® Menghidupkan Wonders of the Womb

Alami keunikan penerokaan maya ke dalam rahim melalui inisiatif berterusan #KnowYourV

Pernahkah anda terfikir untuk meneroka perjalanan awal kehidupan manusia? Kini peluang menerokai pengembaraan yang unik itu terbuka melalui kempen Libresse® Wonders of the Womb.

Pelancaran Wonders of the Womb: A Virtual Discovery (Keajaiban Rahim: Suatu Penerokaan Maya) menjadi intipati kempen yang menawarkan pengalaman interaktif unik menerusi laman mikro kempen Wonders of the Womb Libresse® di https://libressemy.com/wow/.

Kempen Know Your V daripada Libresse mendidik kesihatan sistem reproduktif wanita melalui Libresse Wonders of the Womb: A Virtual Discovery.

Inisiatif lain termasuklah promosi runcit dan siri inisiatif di lapangan sama ada di pusat beli-belah, universiti dan lokasi lain melalui trak bergerak yang menjelajah ke seluruh negara.

Selain itu, Libresse® juga turut bekerjasama bersama penyokong pergerakan pro-sosial Peduli Merah yang cukup berdedikasi dalam menangani isu kemiskinan haid; ini semua dilakukan semata-mata bagi meningkatkan kesedaran dan menormalisasikan perbincangan tentang Zon-V dan kesihatan haid wanita.

Walaupun kita berada didalam zaman yang moden, pemahaman tentang kesihatan Zon-V masih rendah. Kajian pengguna kami menunjukkan bahawa dua (2) daripada tiga (3) wanita mengalami kesukaran untuk bertanya soalan atau bercakap secara terbuka berkenaan topik ini,” kata Cheryl Wang, Pengurus Pemasaran, Penjagaan Feminin, Vinda Malaysia.

“Ini jelas menunjukkan bahawa masih terlalu banyak yang perlu dilakukan bagi merapatkan jurang maklumat dalam pengetahuan tentang Zon-V.”

“Sebagai peneraju jenama dalam bidang kebersihan feminin, kami akan terus meningkatkan komitmen kami untuk menyokong perjalanan wanita bagi meneroka dan memahami Zon-V. Lebih utama sekali, kami bertekad untuk membina persekitaran di mana wanita tidak terhalang daripada mempelajari tentang Zon-V mereka, malah lebih diperkasakan untuk menjalani kehidupan yang diinginkan tanpa berasa malu atau ragu.”

Kempen Know Your V daripada Libresse mendidik kesihatan sistem reproduktif wanita melalui Libresse Wonders of the Womb: A Virtual Discovery.

Kempen Libresse® Wonders of the Womb ini membuka peluang kepada wanita untuk menyelami sistem reproduktif mereka dan mengetahui lebih banyak tentang anugerah kewanitaan – rahim – organ unik dimana kehidupan bermula – sebenarnya lebih kuat daripada yang disangkakan oleh kebanyakan wanita – bahkan ia adalah otot yang paling kuat dalam badan seseorang wanita dan mampu mengembang sehingga 1,000 kali daripada saiz asalnya bagi menyokong perkembangan janin, dan akan kembali ke saiz asal selepas melahirkan anak. Inilah yang berlaku setiap kali seseorang wanita mengandung.

Dr Patricia Lim Su-Lyn, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi menambah, “Pengetahuan dan pemerkasaan tentang Zon-V perlu datang seiring. Ramai wanita muda mempunyai pelbagai persoalan tetapi takut hendak bertanya, akibatnya ramai yang tidak tahu cara menjaga Zon-V mereka dengan lebih baik. Malah mereka juga tidak mengenali tanda-tanda yang menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dan tidak mendapatkan nasihat doktor.”

“Daripada akil baligh dengan permulaan haid sehinggalah perkara-perkara penting yang berkaitan kewanitaan seperti kesuburan, kehamilan, dan menopaus, wanita sebenarnya memerlukan penjagaan kesihatan reproduktif jangka panjang dan lebih kerap berbanding lelaki. Maka, memperkasakan mereka dengan pengetahuan dalam menjaga dan melindungi Zon-V serta mengekalkan kesihatan adalah sangat penting.”

Ambillah langkah pertama dalam perjalanan ini dengan memanfaatkan alatan interaktif Libresse® Wonders of the Womb: A Virtual Discovery di https://libressemy.com/wow/ untuk meneroka model rahim maya 3D dan mengetahui fakta-fakta menarik tentang organ reproduktif yang penting ini.

Libresse® juga mempelawa wanita meninjau laman TikTok rasmi Libresse®, https://www.tiktok.com/@libressemalaysia untuk menonton siri video pendek yang bukan sahaja informatif malah menghiburkan dalam menyentuh semua aspek berkenaan anggota Rahim, dan menjemput wanita untuk mengikuti acara kempen Wonders of the Womb Libresse® yang boleh distrim secara langsung di laman Facebook (@libressemalaysia) dengan anjuran bersama Peduli Merah dan Persatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada hari Rabu, 8 Jun, dari jam 8.00 – 10.00 malam. 

Kempen Know Your V daripada Libresse mendidik kesihatan sistem reproduktif wanita melalui Libresse Wonders of the Womb: A Virtual Discovery.

Penyokong pakar dan selebriti Libresse® Wonders of the Womb – (Kiri-Kanan) Dr Patricia Lim, Perunding Obstetrik dan Ginekologi; penyanyi dan pelakon Amira Othman; penyanyi dan pengaruh sosial Dalia Farhana, dan Dr Fatimah Al-Attas, Penasihat Peduli Merah dan Professor Madya, UIAM Kampus Gombak

Acara ini akan menghimpunkan barisan penceramah terhormat, termasuklah Dr Fatimah Al-Attas, Professor Madya UIAM, Kampus Gombak merangkap Penasihat Peduli Merah dan Dr Patricia Lim Su-Lyn, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi.

Wanita di seluruh Malaysia boleh mendengar dan berinteraksi dengan pakar-pakar ini ketika mereka menerangkan pelbagai topik berkaitan kesihatan Zon-V, termasuklah isu kemiskinan haid yang jarang dibincangkan.

“Haid adalah fitrah seorang wanita. Pengetahuan berkenaan kesihatan haid seharusnya boleh diakses oleh semua wanita dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan stigma atau rasa malu,” kata Dr Fatimah Al-Attas. 

“Wanita mengalami kemiskinan haid apabila mereka didiskriminasi atau dikecualikan daripada kehidupan social dan mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan produk haid ataupun pendidikan berkenaan sistem reproduktif seksual. Kekurangan perhatian dan penjagaan kesihatan yang efektif dengan harga mampu milik, bekalan air yang bersih, kemudahan sanitasi yang sewajarnya, serta privasi bagi menguruskan kesihatan haid mereka juga menyumbang kepada isu kemiskinan haid ini.”

Melalui kerjasama dengan Peduli Merah, Libresse® turut berjanji ntuk menyumbangkan 10,000 pek tuala wanita kepada golongan kurang berkemampuan sempena Hari Kebersihan Haid Sedunia.

Kempen Know Your V daripada Libresse mendidik kesihatan sistem reproduktif wanita melalui Libresse Wonders of the Womb: A Virtual Discovery.

Jangan ketinggalan mengikuti semua aktiviti eksklusif kempen Libresse® Wonders of the Womb dan promosi runcitnya, termasuk mengumpul koleksi bantal lembut Womb Sisters yang boleh didapati dengan setiap pembelian produk Libresse® bernilai RM35.

Stories Rakan Kongsi
Why Money Parenting Matters
Why Money Parenting Matters
Hamil 5 Minggu 5 Hari: Normal Ke Tak Ada Loya, Sakit Macam Period, Tapi Dada Je Sakit?
Hamil 5 Minggu 5 Hari: Normal Ke Tak Ada Loya, Sakit Macam Period, Tapi Dada Je Sakit?
Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!
Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!
How Travelling Makes Kids More Resilient
How Travelling Makes Kids More Resilient

Nantikan berita terkini berkenaan kempen Libresse® Wonders of the Womb dan rangkaian produk penjagaan feminin Libresse, termasuk produk intimawear™ by Libresse® iaitu rangkaian seluar dalam boleh dibasuh dan guna semula yang inovatif, di platform rasmi Libresse® Malaysia di TikTok, Instagram dan Facebook (@libressemalaysia).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • LIBRESSE® Menghidupkan Wonders of the Womb
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam
India flag
India

Partner Brands

VIP ParentsMama's ChoiceLittle ReiMothersworkTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Advertise With Us
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham