Cara Buat Link Whatsapp Mudah, Betul & Selamat, Tanpa Nombor Dengan Teks Sendiri!

Begini cara buat link whatsapp yang mudah dengan menggunakan cara yang selamat. Khas untuk pengguna nombor di Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu perasan kan kalau di group whatsapp rata-rata peniaga biasanya meletakkan link whatsapp tanpa nombor yang tertera nama bisnes mereka. Bila kita klik link tersebut, terus berhubung secara terus tanpa perlu menyimpan nombor terlebih dahulu. Mudah untuk kita sebagai pembeli.

Jika anda masih belum tahu cara buat link whatsapp yang betul, begini cara yang mudah dan selamat. Langkah yang kami kongsikan khas untuk nombor di Malaysia sahaja.

Cara buat link whatsapp guna format rasmi

Daftar akaun di Bitly.com

Anda boleh daftar secara percuma menggunakan aplikasi di Bitly.com

Caranya:

  1. Layari laman rasmi: https://bitly.com.
  2. Klik pada butang ‘Sign up’ untuk buka akaun.
  3. Bila paparan pakej muncul, skrol ke bawah dan cari ‘Sign up for free’.
  4. Masukkan maklumat peribadi seperti nama, alamat email dan password pilihan anda.
  5. Klik pada butang ‘Sign up with Email’.
  6. Pilih ‘Personal’
  7. Langkah seterusnya boleh pilih untuk isi atau skip
  8. Selesai. Anda akan dibawa ke paparan dashboard

Atau, 

Buat link whatsapp di ‘Create Whatsapp Link’

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Caranya:

  1. Pergi ke create.wa.link
  2. Scroll sahaja di bahagian bawah sehingga jumpa borang maklumat
  3. Isikan nombor telefon yang mempunyai Whatsapp
  4. Masukkan ‘Custom message’ untuk orang lihat mesej tersebut sekiranya mereka klik link anda.
  5. Boleh lihat paparan di ‘preview’
  6. Generate link dan lihat paparan
  7. Simpan link tersebut, contoh: wa.link/kzec85

Cara buat link whatsapp guna nama sendiri atau nama bisnes

Jika anda sedang menggunakan WhatsApp Business, link WhatsApp dengan nama anda atau nama bisnes telah tersedia. Apa yang perlu anda lakukan untuk ubah kepada nama pilihan adalah seperti berikut:

Caranya: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Pilih bahagian Setting > Business Tools > Short link.

Tetapi, jika anda menggunakan aplikasi WhatsApp biasa, setting tersebut tidak disediakan, jadi alternatif lain kena buat link whatsapp sendiri. 

Caranya: 

  1. Edit link dengan meletakkan nombor telefon tetapi cara ini tidak boleh menggunakan nama sendiri.

Contohnya: wa.me/60123456789

Tetapi, anda boleh menggunakan bitly untuk mengubah nombor telefon kepada nama sendiri. Yang paling penting, apabila link anda telah siap, simpan dan ikuti langkah seterusnya. 

Contoh link: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

wa.me/60123456789

Cara ubahsuai link dengan mudah dan selamat

Menggunakan akaun bitly yang sama, 

Caranya:

  1. Pilih butang yang tertera ‘CREATE’ dan ‘CREATE YOUR FIRST LINK’. Anda boleh pilih salah satu. 
  2. Klik pada butang ‘Create your first link’
  3. Keluar paparan di tepi skrin
  4. Masukkan link whatsapp yang anda buat tadi ke dalam ruangan ‘Paste Long URL’ dan klik ‘Create’.
  5. Link pendek akan tersedia. Ubah pada bahagian hujung link dan letakkan nama pilihan anda.
  6. Klik ‘Save’ dan link anda siap untuk digunakan.

Cara cuba link whatsapp sama ada berfungsi atau tidak 

Caranya: 

Tekan sahaja link whatsapp yang telah siap dibuat, contoh: bit.ly/WawaShj

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika paparan yang tertera membawa anda masuk ke dalam aplikasi whatsapp, bermakna ia berfungsi dengan baik. Sekarang anda mudah untuk menempelkan link tersebut di media sosial seperti Facbeook, Instagram dan Tiktok.

Mudah sahaja, bukan?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 8 cara bijak untuk anda menyimpan wang demi keluarga tahun ini!

Baca juga: Travel Hacks : Tips Beli Tiket Flight Murah Yang Ramai Tak Tahu!

Baca juga: Luluh Hati Seorang Bapa, Anak Sanggup Maki Hamun Ibu Ayahnya Dalam Group Whatsapp

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah