8 Jenama Lipstik Terbaik Untuk Ibu Hamil Pakai, Selamat Untuk Kandungan Tanpa Bahan Kimia Berbahaya

Betul ke ada lipstik yang boleh membahayakan janin? Ini apa yang anda perlu tahu...

Sebaik sahaja disahkan mengandung, perkara pertama yang ibu harus tahu tentang produk kecantikan dan mekap adalah tidak semuanya selamat untuk ibu dan janin. Malahan produk yang kelihatan ringkas juga perli dititikberatkan, salah satunya adalah pemilihan lipstik terbaik dan selamat untuk kegunaan seharian.

Hakikatnya, banyak jenama gincu menggunakan pewarna beracun, logam berat, dan bahan pengawet berbahaya yang boleh mendatangkan risiko kepada bayi yang belum lahir. 

Mujurlah kini terdapat beberapa jenama lipstik tidak beracun dan selamat digunakan semasa tempoh kehamilan.

Tip Memilih Lipstik Terbaik Semasa Hamil

Ketidakseimbangan hormon memerlukan sedikit masa kembali kepada normal sama ada semasa hamil atau selepas melahirkan. Malah masalah ini juga terjadi semasa menyusukan badan.

Ini bermakna ibu bukan sahaja perlu peka tentang pemakanan yang sihat, anda juga perlu tahu akan penggunaan produk kecantikan semasa tempoh hamil dan menyusu.

Pertimbangkan beberapa perkara berikut semasa mendapatkan lipstik untuk digunakan semasa hamil:

  • Kandungan selamat Pilih produk kecantikan yang tidak mengandungi bahan toksik yang boleh menghakis, warna tiruan, wangian tiruan atau bahan tidak selamat seperti alkohol, plumbum dan sebagainya.
  • Fungsi Pilih lipstik yang bertujuan bukan sekadar memberikan warna yang menarik, tetapi berfungsi untuk memberikan kelembapan dan keselesaan sepanjang pemakaian.
  • Merawat Sebaik-baiknya perhatikan kandungan dalam lipstik terbaik anda agar mempunyai kandungi bahan semula jadi yang bertindak merawat bibir. Sekiranya didapati tidak serasi dengan anda, hentikan segera penggunaan.

8 Lipstik Terbaik Yang Selamat Digunakan Oleh Ibu Hamil

Lipstik Terbaik
Burt's Bees 100% Natural Moisturizing Lipstick
Terbaik Dengan Kandungan Organik
Beli di Shopee
Sora Organic Butter Matte Lipstick
Terbaik Dengan Pembungkusan Mesra Alam
Beli di Shopee
IN2IT Duo Lipstick
Terbaik Dengan 2 Jenis Aplikator
Beli di Shopee
Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick
Terbaik Untuk Masalah Bibir Kering
Beli di Shopee
Sobella Lip Matte Basic Edition
Terbaik Jenama Lokal
Beli di Shopee
SILKYGIRL Moisture Rich Lipcolor
Terbaik Dengan Kemasan Glossy
Beli di Shopee
Freshian Sensual Vegan Lipstick
Terbaik Mudah Dioles
Beli di Shopee
Wardah Exclusive Matte Lip Cream
Terbaik Tidak Melekit
Beli di Shopee

Burt’s Bees 100% Natural Moisturizing Lipstick

Lipstik Terbaik Dengan Kandungan Organik

Diformulasikan dengan 100% bahan semula jadi seperti lilin lebah, moringa dan minyak raspberry, ia adalah gincu organik, paling selamat dan malahan sangat cantik dipakai bagi penggemar gincu.

Lipstik terbaik dengan kandungan bahan organik semula jadi Burt’s Bees 100% Natural Moisturizing Lipstick diformulasikan untuk kulit sensitif dan hypoallergenic dan diuji secara klinikal untuk prestasi yang lebih baik.

Apa yang kami suka?

  • Dibuat dari lilin sayur-sayuran semula jadi, minyak dan pigmen mineral yang meluncur halus untuk warna bibir yang tahan noda
  • Melembapkan bibir
  • Warna semulajadi yang selamat
  • Bebas paraben, bebas petrolatum dan SLS

Sora Organic Butter Matte Lipstick

Lipstik Terbaik Dengan Pembungkusan Mesra Alam

Sora Organis Butter Matte Lipstick didatangkan dengan 9 warna cantik yang sangat berpigmen dan halus seperti mentega apabila disapukan di bibir!

Gincu Sora juga melembapkan dan dapat menyembuhkan kekeringan menjadikan formula ini sangat serba boleh kerana anda boleh mendapatkan warna yang cantik di bibir dan pada masa yang sama merawatnya juga.

Produk ini terdapat dalam pembungkusan tiub kertas yang kukuh yang boleh dikitar semula dan mesra alam.

Apa yang kami suka?

  • 100% semula jadi
  • Pembungkusan yang kemas
  • Warna semulajadi dari biji-bunga-akar-buah
  • Melembapkan dan menyembuhkan bibir kering yang pecah-pecah
  • Berlangsung secara semula jadi dan semula jadi
  • Gunakan sendiri atau pakai di bawah lipstick anda
  • Diluluskan KKM

IN2IT Duo Lipstick

Lipstik Terbaik Dengan 2 Jenis Aplikator

Perjalanan gincu 2 dalam 1 matte yang licin bermula dengan In2it! Bersedia untuk kemasan matte yang teguh dengan IN2IT Duo Matte Lipstick yang memberi keselesaan tahan lama, warna tanpa cela dan kemasan matte serbuk. Impak dramatik tanpa masalah bibir kering.

Manakala IN2IT Duo Liquid Matte pula mudah meresap dan lembut pada bibir. Ringan pada bibir, tidak melekit, anda boleh gabungkan kedua-duanya dengan sempurna bersama aplikator yang direka khas untuk penampilan yang diingini dan menawan!

Apa yang kami suka?

  • Mempunyai sijil Halal
  • Bebas Paraben, minyak mineral, pewangi dan alkohol
  • Jenis liptik 2 dalam 1, lebih jimat
  • Tekstur matte yang ringan dengan tekstur berkrim
  • Pemakaian selesa dan tahan lama

Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick

Lipstik Terbaik Untuk Masalah Bibir Kering

Lipstick Mary Kay Gel Semi-Matte menggunakan ‘Cushion Matrix Technology’ yang menggunakan mikrosfera silika yang halus untuk membenamkan dan mengekalkan warna pada permukaan bibir sepanjang hari.

Koleksi lipstick Mary Kay ni juga mengandungi bahan-bahan seperti ester minyak bunga matahari dan jojoba, untuk membantu permukaan bibir dan lipstik kekal lembap sehingga 24 jam!

Apa yang kami suka?

  • Formula gel yang ringan
  • Tekstur yang lembut
  • Memberikan soft-focus effect dengan optical diffusers
  • Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah bibir kering

Sobella Lip Matte Basic Edition

Lipstik Terbaik Jenama Lokal

Ramai memilih lipstik jenis lip matte kerana formulasinya yang cepat mengering pada bibir seterusnya tidak mudah comot dan pudar seperti gincu berkrim yang harus ditambah olesannya setiap kali selepas makan atau beberapa ketika. 

Antara lip matte yang popular adalah dari jenama Sobella, jenama tempatan yang semakin meningkat naik. Mempunyai 5 kandungan terpilih yang selamat untuk wanita hamil, madu asli sebagai bahan utama dalam Sobella Lipmatte ini bagi membantu untuk atasi bibir kering dan pecah serta sebagai anti-bakteria sekaligus menjadikan bibir lebih munggil dan gebu.

Cocoa Butter pula sebagai ejen memulihkan bibir kering supaya lebih sihat manakala minyak kelapa memberikan kelembapan pada bibir.
 
Minyak kelapa juga dapat membantu mengatasi bibir pecah dan menjadikan bibir lebih sihat dan lembut. Lipstick Sobella juga dihasilkan dengan fungsi dapat mengelakkan bibir dari menggelupas.
 
Ia juga turut mengandungi Aloe Vera serta minyak argan.
 
Apa yang kami suka?
  • Menawarkan warna-warna terkini dan berpigmen tinggi
  • Warna yang sesuai untuk mereka yang mempunyai bibir gelap
  • Dapat merawat bibir yang bermasalah terutamanya bibir kering dan merekah
  • Tak perlu calit banyak kali kerana ia tahan sehingga 8 jam

SILKYGIRL Moisture Rich Lipcolor

Lipstik Terbaik Dengan Kemasan Glossy

Jenama yang tidak asing lagi, Silkygirl menawarkan pewarna bibir yang mampu meningkatkan kelembapan yang mengeluarkan warna penuh dan sifat penghidratan untuk keselesaan yang luar biasa dari semasa ke semasa.

Memberi kemasan berkilat dalam tekstur licin mentega, pigmen berkrim dan kaya tetapi ringan pada bibir menjadikan Silkygirl Lipstick ini menjadi pilihan ramai. 

Diperkaya dengan Minyak Mulberi, Minyak Jojoba, dan Vitamin E untuk melindungi bibir, meningkatkan kelembutan dan mengekalkan tahap kelembapan bibir.

Apa yang kami suka?

  • Olesan yang luar biasa, aplikasi yang sangat lancar
  • Hadir dalam 10 warna
  • Sesuai untuk semua jenis warna kulit
  • Tanpa alkohol, tanpa pewangi, tanpa Carmine

Freshian Sensual Vegan Lipstick

Lipstik Terbaik Mudah Dioles

Hiaskan bibir anda dengan gincu warna lembut yang menawarkan hasil tanpa kompromi, menggabungkan kesan matte lembut dengan keselesaan, meninggalkan sensasi ringan seakan tanpa memakai gincu ini.

Gincu dengan tekstur matte lembut dan warna pigmen yang unik boleh diaplikasikan dengan lancar dan mudah. Ia mengandungi mentega vegan yang membolehkan penggunaan lembut, menutup kedutan, dan menghasilkan bibir matte yang licin dengan formulasi kabur.

Apa yang kami suka?

  • Tidak mengeringkan bibir
  • Selamat untuk ibu hamil
  • 10 pilihan warna
  • Mudah dioles
  • Tidak melekit
  • Cepat kering

Wardah Exclusive Matte Lip Cream

Lipstik Terbaik Tidak Melekit

Kemasan gincu cecair adalah lebih cantik dan eksklusif membuatkan ramai mula memanfaatkannya dalam solekan seharian.

Lipstik Wardah Exclusive menerusi produk lipstik matte lip cream pastinya menjadi pilihan ibu-ibu yang mahukan penampilan yang menawan namun tidak mahu bersusah-payah bersolek, jadi ini adalah pilihan yang tepat!

Intensiti warna yang sempurna untuk cecair Lushlip mewah dan pigmen pengikat warna yang tidak dapat dilupakan untuk memberikan tekstur berkrim baldu dalam hanya satu sapuan.

Ringan dan lembut, ia juga cepat kering dan memberikan kemasan matte tidak melekit untuk pemakaian yang benar-benar selesa pada bila-bila masa.

Apa yang kami suka?

  • Variasi warna mewah
  • Pemakaian tahan sepanjang hari
  • Kemasan matte

Perbandingan Harga Lipstik Terbaik Yang Selamat Digunakan Oleh Wanita Hamil

Jenama Harga (RM)
Burt’s Bees 100% Natural Moisturizing Lipstick RM56.00
Sora Organic Butter Matte Lipstick RM34.90
IN2IT Duo Lipstick RM33.21
Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick RM37.99
Sobella Lip Matte Basic Edition RM38.00
SILKYGIRL Moisture Rich Lipcolor RM20.61
Freshian Sensual Vegan Lipstick RM99.00
Wardah Exclusive Matte Lip Cream RM24.21

Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.

Jenis Tekstur Lipstik

Sebelum itu, jom kenali beberapa tekstur lipstik yang ada di pasaran. Ini akan bantu anda pilih ikut kesesuaian bibir dan citarasa.

1. Matte dan Velvet

Lipstik matte atau velvet sangat popular kerana tahan lama dan tak mudah pudar. Sesuai untuk pelbagai acara. Tapi, jika bibir anda kering, elak guna tekstur ini atau sapu lip balm dulu.

2. Gloss dan Shine

Tekstur ini beri kilauan dan glamor, buat bibir nampak lebih penuh, sesuai untuk bibir nipis dan kering. Cuma, ia tak tahan lama dan perlu dipakai semula setiap beberapa jam.

3. Satin

Lipstik satin gabungkan matte dan gloss – tahan lama dengan warna berkekalan serta beri hidrasi pada bibir.

Bentuk Bibir Dan Tip Solekannya

Setiap orang tentu mempunyai bentuk bibir yang berbeza-beza. Ada yang memiliki bentuk bibir tebal, bibir yang lebar, bibir nipis, hingga bibir yang berbentuk bulat. Setiap bentuk bibir ini memang memiliki perwatakan dan ciri khas unik yang membezakan satu sama lain.

Dengan mengetahui bentuk bibir yang dimiliki, anda boleh menentukan jenis solekan seperti apa yang sesuai untuk penampilan wajah.

Anda juga boleh menyesuaikan gaya olesan bibir untuk menghasilkan penampilan yang diingini seperti menggunakan warna lipstik penuh atau mengoles lip gloss untuk memberikan penampilan bibir yang lebih sihat.

Jika ingin tahu jenis-jenis bentuk bibir berserta karakteristiknya anda boleh semak senarai di bawah. Selain itu, kami juga memberikan tip solekan bibir yang sesuai dengan bentuk bibir yang anda miliki. 

1. Bibir Penuh

Bibir penuh dapat dilihat dari bentuk yang montok secara merata di bahagian atas dan bawah. Bentuk bibir ini pernah menjadi trend di dunia kecantikan. Tentu bagi anda yang memiliki bentuk bibir penuh semula jadi mempunyai kelebihan tersendiri.

Untuk menghias bibir penuh, anda boleh menggunakan highlighter di bahagian tengah. Untuk memberikan definisi yang lebih, anda boleh menebalkan bahagian cupid bow dengan lip liner untuk menyerlahkan bentuk V.

2. Bibir Nipis

Bibir nipis juga adalah salah satu jenis bibir yang memiliki ciri khas unik. Bibir nipis mempunyai karakter bentuk yang ramping di kedua bahagian bibir, iaitu atas dan bawah.

Untuk menonjolkan bibir ramping, anda boleh menggunakan lip liner untuk menggaris bawah bibir agar terlihat lebih penuh. Liner perlu tetap bersambung dengan garis bibir semula jadi, hanya sedikit tergantung di atas. Kemudian, oleskan highlight di bahagian tengah untuk menciptakan ilusi volume.

3. Bibir Lebar

Bibir lebar dapat dicirikan dengan bentuk bibir yang lebih panjang dan penuh. Biasanya ketika senyum akan membentuk bibir yang membentang atau memanjang.

Anda yang memiliki bentuk bibir ini boleh menambahkan highlighter atau memilih warna lipstik lebih terang atau menggunakan lip gloss, oleskan sedikit di tengah bibir. Dengan begitu, anda boleh mendapatkan penampilan bibir yang indah dan mempesona.

4. Bibir Berbentuk Busur

Bibir berbentuk busur juga termasuk salah satu bentuk bibir yang mungkin anda miliki. Bibir berbentuk busur juga memiliki busur cupid yang cukup tajam.

Namun berbeza dengan bibir berbentuk hati, bibir busur mempunyai bahagian bawah yang lebih lebar dan landai. Jika anda memiliki bentuk bibir ini, anda boleh menggunakan solekan seperti bibir berbentuk hati, iaitu menambahkan highlighter di bahagian cupid bow agar lebih menonjol dan cantik.

5. Bibir Mungil atau Berbentuk Hati

Bentuk bibir yang tidak kalah menariknya adalah bibir berbentuk hati. Bibir berbentuk hati biasanya memiliki cupid bow yang menonjol di bahagian atas, dengan bibir bawah yang lebih tajam.

Namun beberapa orang mungkin memiliki titik tajam di bahagian bawah; yang lain mungkin memiliki tepi yang lebih lembut.

Tetapi ciri khas unik yang menonjol dari bibir berbentuk hati adalah busur cupid di bahagian atas yang berbentuk seperti huruf V. Untuk menyempurnakan bentuknya, anda boleh menggunakan highlighter tepat di busur cupid.

6. Bibir Penuh Atas

Anda yang memiliki bentuk bibir ini, biasanya bibir bahagian atas sedikit lebih penuh daripada bahagian bawah.

Cukup dengan membentuk bibir dengan liner untuk menampilkan bentuk bibir semula jadi Namun jika ingin menyeimbangkannya, anda boleh menggunakan concealer untuk menyamarkan sedikit bahagian dari bibir atas.

7. Bibir Penuh Bawah

Anda yang memiliki bentuk bibir ini, biasanya bibir bahagian bawah mempunyai bentuk yang lebih tebal atau penuh dibandingkan bibir atas.

Jika ingin menampilkan bentuk bibir semula jadi, cukup beri solekan bibir sesuai dengan garis bibir yang ada. Namun jika ingin menyeimbangkan, gunakan concealer untuk menipiskan bibir bahagian bawah.

Tips Memilih Lipstik Yang Sesuai Dengan Warna Kulit

1. Kulit Cerah

Sekiranya anda mempunyai warna kulit ini, kemungkinan besar anda akan mudah terbakar dan mungkin juga mengalami jeragat dan kemerahan. Sekiranya kulit anda cerah, warna mocha, nude, dan raspberry akan kelihatan cantik pada anda.

Wanita dengan kulit yang cerah dan hangat, sebaliknya, akan kelihatan cantik dengan warna merah jambu pucat dan nude peachy. Untuk penampilan malam, wanita cantik boleh mencuba bibir fuschia atau merah berasaskan biru untuk warna yang sejuk dan oren untuk warna yang hangat.

2. Kulit Pucat

Seperti warna kulit yang cerah, wanita dengan kulit yang pucat juga harus menghindari warna dengan warna kuning dan emas. Sebagai gantinya, cari warna merah jambu dan nude toffee.

Sekiranya anda lebih suka sesuatu yang lebih berpigmen, cubalah jenis berasaskan merah jambu atau merah. Raspberry juga dapat berfungsi dengan baik untuk kulit yang sejuk, seperti mocha. 

3. Kulit Sederhana

Sekiranya ini kelihatan seperti kulit anda, pertimbangkan untuk mencuba warna mawar, ungu, dan beri. Coklat-ungu muda membuat pilihan yang indah, dan kuning air dengan warna merah jambu lembut adalah warna nude yang sangat baik untuk warna kulit ini.

Bagi mereka yang mempunyai kulit sederhana dan nada yang sejuk, warna merah jambu dan warna cranberry boleh membuat pilihan pelengkap. Untuk penampilan petang, anda juga boleh mencuba gincu berwarna wain. 

4. Kulit Tan

Bagi wanita yang mempunyai kulit berwarna coklat, elakkan lipstik berwarna coklat dan ungu terlalu baik adalah idea yang baik kerana warnanya mungkin bertentangan dengan warna ini. Sekiranya anda mempunyai kulit berwarna coklat, cuba warna lain seperti warna merah jambu dan warna berasaskan oren.

Warna seperti merah dan jeruk tona berwarna oren kelihatan hebat pada warna hangat sementara warna sejuk lebih sesuai dengan warna merah ceri dan warna anggur. 

5. Kulit Gelap

Mereka yang mempunyai warna kulit gelap mempunyai kulit yang mendalam dan tidak pernah terbakar sinar matahari. Mereka juga cenderung mempunyai rambut hitam atau coklat gelap.

Sekiranya anda termasuk dalam kategori ini, pertimbangkan warna coklat dan ungu seperti walnut, karamel, dan wain sebagai warna pilihan anda. Plum dalam, beri, ungu gelap, dan merah juga cenderung terlihat pada wanita dengan kulit gelap sementara lipstik pucat harus dielakkan.

Cara Merahkan Bibir Yang Gelap Dan Kusam Secara Semula Jadi

Tiada gunanya miliki belasan atau puluhan gincu jika bibir tidak sihat dan bermaya bahkan mungkin ramai antara wanita yang jarang memberikan penjagaan sewajarnya buat organ yang satu ini.

Warna bibir boleh menjadi gelap atau tidak cantik akibat beberapa sebab seperti kesan pancaran matahari belebihan, reaksi terhadap alahan tertentu, penggunaan kosmetik yang kurang berkualiti, kesan merokok, pengambilan kafein keterlaluan, atau mungkin alasan semula jadi seperti ketidakseimbangan hormon.

Dengan mengamalkan beberapa petua seperti di bawah, anda tentu akan dapat melihat kesannya dalam masa yang singkat. Selamat mencuba!

1. Campuran Lemon dan Madu

Lemon dan madu dikatakan dapat memberi khasiat yang meremajakan kulit. Mana tidaknya, lemon kaya dengan vitamin C manakala madu pula mengandungi khasiat anti-bakteria dan anti-penuaan. Anda boleh campurkan perahan lemon bersama madu serta gula kasar. Sapu dan biar semalaman.

2. Gosok Bibir Dengan Berus Gigi

Selain menggunakan ubat gigi untuk gigi dan lidah, ubat gigi juga boleh diletakkan pada bibir seperti skrub. Sebelum menggosok gigi, oleskan sedikit pada bibir anda.

Gunakan berus gigi untuk membersihkan bibir anda sewaktu membilasnya selepas 3-4 minit. Proses ini akan membuang sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen, menjadikan hasil bibir lebih muda remaja.

3. Skrub Bibir Menggunakan Gula

Tahukah anda, sebenarnya gula merupakan bahan utama dalam pembuatan skrub bibir yang berada di pasaran. Anda boleh membuat sendiri skrub bibir di rumah menggunakan gula kasar dengan mencampurkannya dengan jeli petroleum atau ‘vaseline’ yang biasa terdapat di pasaran.

4. Lip Gloss Dengan Buah-buahan Segar

Buat sendiri lip gloss atau balm dengan menggunakan buah-buahan merah semula jadi seperti strawberi, delima, buah naga, atau beri merah. Buah-buahan ini bukan saja memberi kelembapan bibir, ia juga membantu mengembalikan nutrisi serta menyerlahkan kemerahan bibir.

Lenyek atau kisarkan bahan-bahan ini dan tambahkan sedikit madu (sekiranya ada) dan oleskan pes ini pada bibir. Bilaskannya apabila ia mengering. Lakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya 3 kali sehari. 

5. Banyakkan Minum Air Kosong

Selain melakukan petua di atas, pastikan anda meminum banyak air kosong untuk membantu penghidratan dan pengedaran darah. Kedua-dua proses ini adalah kunci kepada petua merahkan bibir secara semulajadi.

Tips Penjagaan Bibir Agar Kekal Sihat Dan Menawan

Masalah bibir kering berlaku kerana bahagian badan ini tidak mempunyai kelenjar peluh mahupun kelenjar minyak.

Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca dan faktor yang mengakibatkannya kering, antaranya perubahan cuaca, dehidrasi, dan tabiat suka menjilat. Anda boleh mengatasinya dengan mengamalkan beberapa tips penjagaan bibir berikut:

1. Jangan Jilat Bibir

Anda mungkin selalu membasahkannya dengan air liur dengan harapan ia membantu mengatasi masalah kekeringan yang anda hadapi.

Tindakan ini sebaliknya membuatkan ia menjadi lebih kering. Air liur mengandungi asid yang merengsakan. Tambahan pula, menjilatnya secara berterusan boleh menjadikannya lebih kering.

2. Minum Banyak Air

Salah satu sebab bibir kering adalah disebakan kurang air. Hidratkan badan anda dengan mengambil air sebanyak yang boleh. Tapi jangan banyakkan ambil air kopi yang mengandungi kafein. Ia hanya akan membuatkan badan anda hilang lebih banyak air kerana kerap ke tandas untuk membuang air kecil.

3. Exfoliate

Ada di antara kita yang tidak mengamalkan tabiat ini tetapi bibir harus menjalani exfoliate atau pengelupasan sekali seminggu. Sama ada anda menggunakan produk skrub bibir yang dijual di kedai atau buatan sendiri, kedua-duanya adalah boleh. Kulit pada bahagian ini sama seperti kulit pada wajah, pengelupasan kulit membantu menyingkirkan sel kulit yang mati serta menjadikan ia lembut, licin dan layak dicium.

4. Guna Lip Balm

Balm bibir membantu memberikan kelembapan padanya. Gincu matte boleh menjadi sangat mengeringkan (yang membantu gincu ini kekal lama) jadi sebelum mengoles gincu jenis ini penggunaan lip balm adalah amat disyorkan untuk melindungi bibir anda daripada bahan kimia.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Jika Tak Mahu Dijangkiti Herpes, JANGAN SESEKALI Cuba Sampel Lipstik Di Kedai!

Baca juga: Produk Kosmetik Terbaik, Organik & Selamat Untuk Ibu Hamil Yang Gemar Bersolek!

 

Baca juga: Pencuci Muka Terbaik & Selamat Semasa Hamil, Jangan Ragu-Ragu Guna 12 Produk Ini!

Penulis

Nursyamimi