X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

2 min bacaan
Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

Sekarang, anda boleh membuat sendiri pelembap bibir yang selamat buat anak.

Jika anda mempunyai anak perempuan terutamanya, pasti anda sering kali ‘berebut’ gincu dengan anak anda. Mungkin ada baiknya anda mencuba pelembap bibir buatan sendiri untuk anak anda.

Biasalah, anak pasti mengikut tingkah laku ibunya. Mereka nampak anda kelihatan cantik memakai gincu, mereka juga mahukan perkara yang sama. Jom cuba!

Pelembap Bibir Buatan Sendiri

Pelembap bibir buatan sendiri lebih selamat buat anak. Yang pasti, ia menjimatkan dan selamat! Tidak perlu ‘berebut’ lagi dengan si kecil anda.

Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pelembap bibir (resipi ini adalah untuk 5 hingga 6 bekas pelembap bibir bergantung pada bekas):

  1. 2 sudu besar lilin lebah (beeswax)pelempab bibir buatan sendiri
  2. sudu kecil shea butter

    shea butter

  3. 1 sudu kecil minyak kelapa dara (virgin coconut oil)

    minyak kelapa

  4. 5 titis minyak pati (essential oil)

    Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

  5. Spatula

    Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda

  6. Double boiler atau pencair coklat

    minyak kelapa

  7. Bekas atau tiub berpenutup

    bekas pelembap bibir

  8. Pewarna makanan organik (tidak semestinya perlu ada)

    natural food colouring

Bahan-bahan ini sangat mudah didapatkan dari kedai-kedai kraf. Manakala bagi pewarna makanan organik pula boleh didapatkan di kedai bakeri.

Cara membuatnya:

  1. Pasangkan double boiler atau pencari coklat dan cairkan lilin lebah sehingga menjadi cecair.
  2. Kemudian campurkan shea butter dan minyak kelapa dara. Kacaukan.
  3. Anda boleh memilih untuk meletakkan pewarna makanan organik bagi menambah warna.
  4. Tutupkan pemanas double boiler dan tunggu sehingga campuran sedikit sejuk.
  5. Titiskan beberapa titis minyak pati (saya memilih oren) ke dalam adunan dan kacaukan.
  6. Sebelum campuran menjadi sejuk dan mengeras, masukkan ke dalam bekas atau tube.
  7. Biarkan ia mengeras dan pelembap bibir sudah siap untuk digunakan.
    pelembap bibir semulajadi

    Foto ehsan Linna Faizal

Sekiranya pelembap bibir anda terlalu keras, lebihkan kuantiti shea butter dan sebaliknya jika terlalu lembut, kurangkan shea butter.

Tambah Madu Untuk Menambah Kekilatan

Anda juga boleh tambah madu untuk menambah kekilatan pelembap bibir anda.

Pastikan anda menggunakan bahan-bahan yang organik untuk membuat pelembap bibir ini.

Anda juga boleh membuat pelbagai warna dan perisa (menggunakan minyak pati berbeza) untuk mempunyai lebih banyak pilihan.

Ia bukan sahaja bagus untuk anak anda tetapi juga untuk anda.

Anda juga boleh mengajak anak anda turut sama membuat pelembap bibir ini. Mereka pasti seronok dapat membuat pelembap bibir mereka sendiri.

Selamat mencuba!

Baca juga:

Top 7 Selebriti Yang Memiliki Bibir Mungil & Seksi, Mereka Ini Memang Cantik Semula jadi!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kecantikan
  • /
  • Pelembap Bibir Buatan Sendiri Untuk Anak Anda
Kongsikan:
  • Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

    Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

  • Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

    Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

  • Perapi Rambut Terbaik Untuk Ibu Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

    Perapi Rambut Terbaik Untuk Ibu Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

  • Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

    Tips Makeup Tahan Lama Dan Tak Bercapuk, Cuba Cara Ini Barulah Flawless!

  • Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

    Pewarna Rambut Halal Terbaik! Ini Senarai Pewarna Rambut Yang Boleh Digunakan Tanpa Was-Was, Ibu Hamil Pun Boleh Cuba

  • Perapi Rambut Terbaik Untuk Ibu Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

    Perapi Rambut Terbaik Untuk Ibu Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham