Tahniah! Lisa Surihani Selamat Bersalin Anak Ke-3, Kongsi Tarikh Lahir Sama Dengan Yusry

Lisa Surihani telah selamat bersalin anak ketiga pada jam 2.30 pagi tadi. Berita gembira ini dikongsi oleh suaminya, Yusry Abd Halim menerusi Instagramnya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehadiran cahaya mata amat dinantikan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Pada hari ini, 15 Jun 2021 pengarah filem Malaysia, Datuk Yusry telah memuat naik khabar gembira mengenai isterinya, Datin Lisa Surihani selamat bersalin.

Pasangan merpati dua sejoli ini telah selamat menimang anak lelaki yang merupakan cahaya mata ketiga dalam keluarga.

Lisa Surihani selamat bersalin bayi lelaki

Dalam pada itu Yusry turut memberitahu isteri, Lisa Surihani dan bayi berada dalam keadaan yang baik dan turut meluahkan rasa syukur atas kehadiran cahaya mata ketiga mereka.

Menerusi kapsyen yang ditulis oleh Yusry melalui akaun laman media sosial Instagramnya, ”Alhamdulillah Lisa telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 2.30 pagi tadi. Baby & Mummy kedua-duanya dalam keadaan baik. Syukur.”

”What a birthday present. Welcome to the world Junior!”

Lebih mengujakan lagi, tarikh kelahiran anak ketiga ini adalah sama dengan bapanya. 

Wah, semakin bertambah meriahlah keluarga Yusry dan Lisa selepas ini. Untuk pengetahuan semua, mereka telah disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 23 Februari 2021.

Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Kami di theAsianparent Malaysia mengucapkan tahniah buat pasangan ini. Selamat menjalani tempoh berpantang ya, Lisa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Benarkah bersalin anak lelaki dikatakan lebih sakit?

credit to sources

Bagi ibu yang memiliki pengalaman melahirkan anak lelaki dan perempuan, pasti akan tahu akan perbezaannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Orang-orang tua dahulu ada kata, kalau bersalin anak lelaki ibarat nak terputus nyawa dan memang sakit berbanding anak perempuan. Namun adakah ia benar?

Sebenarnya ada kajian yang telah dijalankan berdasarkan perbezaan bersalin anak lelaki dan perempuan.

Menurut Jurnal Pediatrik Research yang menerbitkan artikel berdasarkan penelitian di San Cecilio Clinical Hospital of Granada dengan kerjasama Jabatan Psikologi Universiti Granada, kajian pertama menemui alasan kukuh mengapa ibu melahirkan bayi lelaki jauh lebih sakit berbanding perempuan.

Para pengkaji telah mendapatkan data dari 56 orang ibu mengandung yang sihat. Selepas mereka selamat melahirkan anak, doktor telah melakukan analisis terhadap kerosakan pada tubuh ibu.

Mereka menemui biomolekul pada ibu melahirkan bayi perempuan adalah lebih sedikit. Analisis ini merujuk kepada tempoh kehamilan dan melahirkan anak, dimana wujudnya perbezaan jantina serta risiko yang terjadi sewaktu proses bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan itu sahaja, ia turut mempengaruhi perkembangan bayi dan daya ketahanan untuk melawan sebarang jenis penyakit. Untuk pengetahuan anda, bayi perempuan memiliki kemampuan lebih baik dalam menghadapi stres.

Sistem enzim dalam tubuh janin perempuan telah matang sewaktu mereka dilahirkan. Keadaan ini sekaligus dapat mengelakkan kerosakan sel pada bayi.

Selain itu, tubuh bayi perempuan mampu bekerja lebih baik berbanding dengan bayi lelaki.

Hal ini membuatkan bayi perempuan memiliki risiko lebih rendah mengalami kerosakan membran sel ketika dilahirkan dan meningkatkan metabolisme sel dalam tubuh bayi.

Komplikasi yang mungkin terjadi ketika melahirkan anak lelaki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Menurut Dr Petra Verburg dari Robinson Research Institute University of Adelaide Australia, beliau mengatakan bahawa jantina bayi mempengaruhi secara langsung terhadap komplikasi yang boleh terjadi ketika proses kelahiran.

Antara komplikasi yang mungkin terjadi ialah:

  • Ibu mengandung bayi lelaki lebih mudah mengalami kencing manis, praeklampsia dan tekanan darah tinggi sewaktu hamil.
  • Bayi lelaki cenderung dilahirkan pramatang. Peluang kelahiran antara minggu ke-20 dan minggu ke-24 adalah 27 peratus lebih tinggi. Manakala peluang bersalin secara pramatang antara minggu ke-30 dan 33 adalah 24 peratus, minggu ke-34 dan 36 sebanyak 17 peratus.
  • Bayi lelaki lahir lebih awal dari HPL yang sudah dikira. Hal ini membuatkan banyak berlaku komplikasi terhadap si manja.

Walau bagaimanapun, ibu-ibu usahlah berasa terlalu bimbang. Jalanilah perjalanan kehamilan anda dengan gembira dan serahkanlah segala urusan kepada Yang Maha Pencipta.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Media Hiburan, theAsianparent Singapura

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Viral Kes Tertukar Bayi, Ibu Wajib ‘Double Check’ Tag Nama Di Kaki Bayi Sebelum Discaj