TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Sudah Lengkap Sepasang! Datuk Siti Nurhaliza Umum Selamat Bersalin Anak Yang Kedua

19 Apr, 2021
Sudah Lengkap Sepasang! Datuk Siti Nurhaliza Umum Selamat Bersalin Anak Yang Kedua

Siti Nurhaliza iaitu penyanyi terkenal tanah air telah mengumumkan berita gembira apabila dia selamat melahirkan anak keduanya pada pagi hari ini

Penyanyi pujaan dan kesayangan seluruh rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan anak keduanya, seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Melalui proses bersalin secara pembedahan, bayi seberat 3.84 itu berjaya dilahirkan pada jam 6.21 pagi hari ini.

Datuk Siti Nurhaliza (Tokti) bersalin anak kedua

siti nurhaliza bersalin anak kedua

credit to sources

Berita gembira berkenaan telah dimaklumkan oleh pihak Pengurusan SNP (M) Sdn. Bhd melalui satu kenyataan akhbar pada akaun Instagram milik penyanyi ini. Manakala Siti dan bayinya juga berada dalam keadaan yang baik dan sihat.

Suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau dikenali sebagai Datuk K turut melahirkan rasa syukur kerana isterinya telah selamat melahirkan anak kedua.

”Alhamdulillah, pada pagi Isnin bersamaan dengan 7 Ramadhan hari ini, Siti telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram. Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar.”

”Kedua mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai,” katanya.

”Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women’s Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.”

”Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women’s Specialists, Datuk Dr. Collin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.”

”Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadhan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah S.W.T,” katanya.

Penyanyi lagu Kuasa Cintamu ini telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk K pada tahun 2006. Mereka telah dikurniakan seorang puteri sulung, Siti Aafiyah yang juga hasil rawatan IVF selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dan pernah keguguran pada November 2015.

Anak kedua Siti Nurhaliza adalah kembar Aafiyah

siti nur haliza bersalin

Ketika kandungan memasuki usia 5 bulan, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan bayi berkenaan adalah kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah.

Menurut Siti, anak dalam kandungannya merupakan embrio yang terhasil pada hari dan waktu yang sama dengan Aafiyah.

”Sebenarnya saya melalui rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) dan ada peringkat-peringkat yang perlu dilalui. Jadi sebenarnya anak lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah yang terhasil pada waktu dan hari yang sama pada tahun 2017.” kongsinya.

Walau bagaimanapun, Datuk Siti Nurhaliza mengatakan bahawa doktor menyarankan agar dia tidak memasukkan kedua-dua embrio sekali gus ketika kehamilan pertamanya.

”Jadi Aafiyah masuk dahulu dan kemudiannya barulah masukkan yang ini (anak kedua),” jelasnya ketika menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa menjadi tetamu #Carta ERA40 beberapa bulan lalu.

Berapa peratus kejayaan proses IVF?

anak lelaki siti nurhaliza

credit to sources

Menurut Dr. Salleha Khalid, kejayaan rawatan IVF boleh dilihat pada bilangan bayi yang dilahirkan. Seperti dalam kesemua bentuk rawatan kesuburan, peratus kejayaan IVF adalah bergantung kepada usia wanita dan penyebab berlakunya kesukaran mengandung.

Manakala data di bawah menunjukkan peratus kejayaan dari bancian dalam kalangan wanita di United Kingdom:

  • <35 tahun: 29%
  • 35-37 tahun: 23%
  • 38-39 tahun: 15%
  • 40-42 tahun: 9%
  • 43-44 tahun: 3%
  • >44 tahun: 2%

Ia menunjukkan bahawa purata bayi yang dilahirkan hasil dari rawatan IVF adalah mengikut usia wanita. Peratusan ini adalah bagi wanita yang menggunakan telur mereka sendiri dan sperma pasangan serta menggunakan satu embrio yang dipindahkan ke dalam rahim.

Tambah Dr. Salleha lagi, rawatan IVF bukanlah menjanjikan 100 peratus kejayaan. Peratusan ini akan menurun seiring dengan pertambahan usia seseorang wanita.

Ada yang berpendapat bahawa IVF hanya patut dilakukan apabila usia menjangkau 40 tahun, ini sama sekali tidak tepat kerana rizab telur akan berkurangan dengan usia.

Sekiranya anda sudah mencuba selama setahun dan masih belum ada rezeki memiliki cahaya mata, segeralah untuk berjumpa doktor bagi melakukan saringan dan rawatan kesuburan.

Sumber: Kosmo, Kernamu

kredit foto: Harianmetro

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ingin Hamil Kali Ke-2, Datuk Siti Nurhaliza Menjalani Pembedahan Kecil Untuk IVF

Stories Rakan Kongsi
A Quick Look At How Asian Parents Teach About Money
A Quick Look At How Asian Parents Teach About Money
Questions For The Paediatrician,  #4 Is A MUST!
Questions For The Paediatrician, #4 Is A MUST!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Jangan Meremehkan Penyakit Rotavirus!
Jangan Meremehkan Penyakit Rotavirus!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Sudah Lengkap Sepasang! Datuk Siti Nurhaliza Umum Selamat Bersalin Anak Yang Kedua
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham