TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tahukah Anda Tentang 5 Vaksin Tambahan Yang Disyorkan?

6 min bacaan
Tahukah Anda Tentang 5 Vaksin Tambahan Yang Disyorkan?

Ibu bapa tentu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka dan memastikan anak-anak membesar dengan sihat dan sempurna semestinya suatu keutamaan bagi setiap ibu bapa. Walau bagaimanapun, salah satu punca utama yang mengakibatkan kematian kanak-kanak adalah penyakit berjangkit1. Ini terjadi kerana kanak-kanak menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk dijangkiti penyakit kerana sistem imun atau daya tahan mereka melawan jangkitan masih lemah2.

Dengan langkah imunisasi, penyakit berjangkit seperti cacar telah berjaya dihapuskan di seluruh dunia3, manakala jangkitan penyakit-penyakit lain telah dikurangkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu melalui pelaksanaan vaksin. Malangnya, pada tahun 2020, terdapat penurunan yang ketara dalam kadar pengambilan vaksin kanak-kanak disebabkan oleh perintah berkurung dan sekatan pergerakan yang dijalankan di seluruh dunia4.

Ibu bapa perlu faham tentang penyakit kanak-kanak yang boleh dicegah melalui vaksin dan betapa pentingnya vaksinasi kanak-kanak dalam perlindungan anak-anak mereka agar dapat menjalani kehidupan yang kekal sihat dan selamat bersama keluarga dan masyarakat. 

Program Imunisasi Kebangsaan 

Malaysia telah lama menyediakan perkhidmatan imunisasi percuma untuk kanak-kanak bagi tujuan mencegah penyakit berjangkit. Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) telah diperkenalkan pada awal tahun 1950an dan kemudiannya diikuti oleh Program Perkembangan untuk Imunisasi (EPI). Kini, Malaysia menyediakan imunisasi terhadap 13 penyakit utama kanak-kanak5. Melalui program ini, bayi dan kanak-kanak diberikan vaksin untuk membantu menguatkan sistem imun mereka dengan merangsang sel pertahanan. Dengan itu, kanak-kanak dilindungi dari komplikasi yang disebabkan oleh penyakit-penyakit yang boleh mengancam nyawa2.

Jadual Imunisasi Kebangsaan Malaysia5

Tahukah Anda Tentang 5 Vaksin Tambahan Yang Disyorkan?
Jadual diadaptasi dari Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia 2021

Selain daripada 13 penyakit utama yang telah disenaraikan dalam Program Imunisasi Kebangsaan, pakar-pakar perubatan juga mengesyorkan supaya ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga terhadap lima lagi penyakit kanak-kanak yang berbahaya dan juga boleh mengancam nyawa. TheAsianparent telah menemu bual Dr Rakhee Yadav seorang Pakar Perunding Pediatrik & Ketua Jabatan Pediatrik dari Pusat Perubatan Ara Damansara untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai vaksin tambahan yang disyorkan untuk melindungi bayi dan kanak-kanak.*

Vaksin Tambahan Yang Disyorkan

Menurut Dr Rahkee, pada masa ini, terdapat lima penyakit yang kerap menyerang kanak-kanak tetapi vaksin terhadap penyakit-penyakit ini tidak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia. Berikut adalah penerangan beliau:

1. Rotavirus

Merupakan sejenis virus yang menjangkiti usus dan menyebabkan cirit-birit dan muntah yang teruk7. Di Malaysia, kira-kira 22% hingga 50% daripada kes cirit-birit di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan oleh Rotavirus8. Penyakit ini amat mudah berjangkit dan hampir semua kanak-kanak dijangkiti sebelum atau pada usia 5 tahun7. 

2. Cacar Air

vaksin tambahan

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Penyakit ini juga lebih dikenali dengan nama Bahasa Inggerisnya iaitu Chickenpox. Jangkitan akan menyebabkan ruam, kulit melepuh dan kegatalan yang tidak selesa. Penyakit ini sangat mudah berjangkit kerana ia merebak melalui sentuhan dan cecair pernafasan. Vaksin terhadap virus Varicella Zoster ini akan mengurangkan risiko penularan dan komplikasi yang lebih serius9,10,11..

3. Influenza

Virus Influenza (yang juga dikenali sebagai flu) ini berbeza dari selesema biasa kerana ia boleh menyebabkan jangkitan teruk pada salur pernafasan termasuk tekak, hidung dan paru-paru. Selain itu, gejala yang akan dialami termasuk demam, sakit tekak, sakit otot dan kelesuan12. Kegagalan mendapatkan rawatan bagi kesan virus influenza boleh menyebabkan anak-anak anda berhadapan risiko seperti pneumonia (radang paru-paru), penyakit paru-paru dan masalah jantung13.

4. Hepatitis A

Hepatitis A disebabkan oleh virus Hepatitis A, yang boleh dijangkiti melalui air atau makanan yang dicemari najis yang mengandungi virus Hepatitis A. Penyakit ini boleh mengakibatkan komplikasi seperti sakit perut, gagal hati dan demam kuning atau jaundice14.

5. Meningokokus

Merupakan sejenis jangkitan bakteria yang menyebabkan radang pada lapisan otak dan saraf tunjang. Penyakit ini biasanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja namun 5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, antara komplikasi yang boleh berlaku adalah masalah sistem saraf seperti lumpuh, pekak dan boleh menyebabkan kematian15.

Adakah kesemua 5 vaksin tambahan yang disyorkan ini perlu untuk anak anda?

Dr Rahkee menekankan bahawa, lima penyakit yang disebutkan ini tidak mempunyai rawatan khusus untuk merawatnya. Oleh itu, salah satu langkah yang diutamakan untuk melindungi anak anda daripada penyakit tersebut adalah dengan pencegahan melalui vaksin. Tambahan pula, penyakit-penyakit tersebut mudah menular di pusat asuhan kanak-kanak dan sekolah. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan 5 vaksin tambahan tersebut bagi bayi dan kanak-kanak.*

Walaupun 5 vaksin tambahan ini hanya boleh didapati di klinik atau hospital swasta sahaja, kerajaan Malaysia telah memastikan supaya setiap vaksin tersebut boleh didapati dalam negara. Setiap vaksin ini telah melalui penilaian saintifik yang ketat dan teliti sebelum dikeluarkan kepada orang ramai.

Pada pendapat Dr Rakhee, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Program Imunisasi Kebangsaan telah menyediakan perlindungan yang menyeluruh kepada masyarakat dan rakyat Malaysia dalam langkah mencegah penyakit. Justeru, ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk memastikan anak-anak mendapat vaksin tambahan yang disyorkan bagi memaksimumkan perlindungan terhadap penyakit. 

*Maklumat ini disediakan sebagai perkhidmatan profesional oleh MSD. Pandangan yang dinyatakan dalam penerbitan ini berdasarkan pengalaman dan pendapat penulis.

Bilakah dan di manakah anak saya boleh menerima vaksinasi tambahan tersebut?6

vaksin tambahan

Imej diadaptasi dari Immunise4Life

Vaksin tambahan boleh didapati di klinik dan hospital swasta. Jadual Imunisasi Tambahan ini disediakan sebagai garis panduan untuk ibu bapa membuat pilihan sama anak anda perlu melengkapkan kesemua vaksin tambahan ataupun tidak. Untuk mendapatkan konsultasi lanjut tentang kesesuaian mana-mana vaksin untuk anak anda dan juga cara-cara pencegahan penyakit berbahaya, segeralah berjumpa dengan doktor pakar kanak-kanak. 

Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan anak dan orang sekeliling kita. Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

MY-ROT-00253 Jun/2022

Rujukan:

  1. World Health Organization (WHO). Children: Improving survival and well-being. Available from: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/children-reducing-mortality. Last Accessed 02 Jun 2022.
  2. MyHealth. Immunisation: Facts and Myths. Available from: https://www.myhealth.gov.my/imunisasi-fakta-dan-kemusykilan/. Last Accessed 02 Jun 2022.
  3. Andre FE, Booy R, Bock HL, Clemens J, Datta SK, John TJ, Lee BW, Lolekha S, Prltola H, Ruff TA, Santosham M, Schmitt HJ. Vaccination greatly reduces disease, disability, death and inequity worldwide. Bull World Health Organ [Internet]. 2008;86(2). 
  4. World Health Organization (WHO). COVID-19 pandemic leads to major backsliding on childhood vaccinations, new WHO, UNICEF data shows.
    Available from: https://www.who.int/news/item/15-07-2021-covid-19-pandemic-leads-to-major-backsliding-on-childhood-vaccinations-new-who-unicef-data-shows. Last Accessed 02 Jun 2022.
  5. Info Sihat. Jadual Imunisasi Kebangsaan 2021. https://www.infosihat.gov.my/penerbitan-multimedia/garis-panduan/item/jadual-imunisasi-kebangsaan-terkini.html. Last accessed 18 July 2022.
  6. Immunise4Life. 5 Additional Recommended Vaccines for Children. Available from:  https://immunise4life.my/5-additional-vaccines-for-children/. Last Accessed 13 Jun 2022.
  7. Children’s Hospital of Philadelphia. A Look at Each Vaccine: Rotavirus Vaccine. Available from: https://www.chop.edu/centers-programs/vaccine-education-center/vaccine-details/rotavirus-vaccine. Last Accessed 02 Jun 2022.
  8. MyHealth. Rotavirus Vaccine. Available from: https://www.myhealth.gov.my/en/rotavirus-vaccine/. Last Accessed 02 Jun 2022.
  9. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). About Chickenpox. Available from: https://www.cdc.gov/chickenpox/about/index.html. Last Accessed 13 Jun 2022.
  10. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Chickenpox Transmission. Available from:  https://www.cdc.gov/chickenpox/about/transmission.html. Last Accessed 13 Jun 2022.
  11. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Chickenpox Prevention and Treatment. Available from: https://www.cdc.gov/chickenpox/about/prevention-treatment.html. Last Accessed 13 Jun 2022.
  12. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Key Facts About Influenza (Flu). Available from:   https://www.cdc.gov/flu/about/keyfacts.htm. Last Accessed 02 Jun 2022.
  13. Rothberg MB, Haessler SD, Brown RB. Complications of Viral Influenza. The American Journal of Medicine [Internet]. 2008:121(4). 
  14. MyHealth. Jangkitan Virus Hepatitis A. Available from: https://www.myhealth.gov.my/jangkitan-virus-hepatitis-a/. Last Accessed 02 Jun 2022.
  15. MyHealth. Penyakit Meningitis (Meningococcal). Available from: https://www.myhealth.gov.my/penyakit-meningitis/. Last Accessed 02 Jun 2022.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Give Health A Shot
  • /
  • Tahukah Anda Tentang 5 Vaksin Tambahan Yang Disyorkan?
Kongsikan:
  • 13-Month-Old Baby Boy with Brain Injury Requires Long-Term Care, Appeals for Public Support

    13-Month-Old Baby Boy with Brain Injury Requires Long-Term Care, Appeals for Public Support

  • The Importance of Gut Health Goes Far Beyond What You Might Think
    Stories Rakan Kongsi

    The Importance of Gut Health Goes Far Beyond What You Might Think

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • 13-Month-Old Baby Boy with Brain Injury Requires Long-Term Care, Appeals for Public Support

    13-Month-Old Baby Boy with Brain Injury Requires Long-Term Care, Appeals for Public Support

  • The Importance of Gut Health Goes Far Beyond What You Might Think
    Stories Rakan Kongsi

    The Importance of Gut Health Goes Far Beyond What You Might Think

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam
India flag
India

Partner Brands

VIP ParentsMama's ChoiceLittle ReiMothersworkTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Advertise With Us
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham