Benarkah Makan Cendawan Enoki Boleh Sebabkan Sawan? Ambil Tahu Simptom Ini Supaya Anda Selamat!

Listeriosis iaitu penyakit disebabkan bakteria listeria itu membunuh empat orang dan sekitar 30 orang telah dimasukkan ke hospital di Amerika Syarikat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Heboh di media sosial mengenai kewujudan bakteria listeria pada cendawan enoki yang menyebabkan listeriosis iaitu jangkitan serius yang berlaku apabila memakan makanan yang dicemari bakteria itu.

Penyakit bawaan daripada makanan itu telah membunuh empat orang dan sekitar 30 orang telah dimasukkan ke hospital di Amerika Syarikat.

Pegawai kesihatan Persekutuan telah mengesahkan bahawa cendawan enoki yang diimport dari Korea Selatan telah menyebabkan penyebaran bakteria listeria.

Adakah benar walaupun makanan itu dimasak ia masih tidak mampu membunuh bakteria listeria? 

Listeria tak mati walaupun dimasak ?

Sebenarnya makanan itu perlu dimasak dengan betul dan sempurna iaitu sehingga mengeluarkan wap, menggelagak atau mendidih dengan betul pada suhu bermula 75°C untuk sekurang-kurangnya selama 2 minit.

Bakteria listeria terdapat secara meluas di persekitaran termasuk dalam tanah dan air. Makanan yang mengandungi bakteria listeria tidak menyebabkan penyakit pada kebanyakan orang, tetapi bagi kumpulan berisiko tinggi ia boleh mengakibatkan listeriosis yang boleh menjadi serius atau membawa kematian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kumpulan berisiko tinggi termasuk bayi, warga emas, wanita hamil dan individu yang mempunyai sistem imun yang lemah (immunocompromised). Listeriosis boleh menyebabkan demam, sakit otot, loya dan kadang kala cirit birit.

Apa itu listeriosis?

Listeriosis ialah jangkitan serius yang berlaku apabila memakan makanan yang dicemari oleh bakteria listeria. Bakteria ini sering kali ditemui pada daging yang tidak cukup dimasak dan dalam produk tenusu. Listeriosis adalah jangkitan yang berbahaya tetapi jarang berlaku.

Siapa golongan berisiko? 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesiapa sahaja boleh dijangkiti. Bagaimanapun, sesetengah golongan yang berisiko tinggi adalah

  • Wanita hamil dan kandungannya kerana listeriosis menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau kematian janin sejurus selepas kelahiran.
  • Bayi baru lahir akan menjadi sangat sakit jika dijangkiti sebelum kelahiran.
  • Golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah juga berisiko tinggi seperti pesakit kanser, AIDS, selepas pemindahan organ dan orang tua
  • Menghidap penyakit kencing manis atau buah pinggang
  • Mengambil prednisone dalam dos yang tinggi atau ubat-ubatan arthritis rheumatoid tertentu
  • Mengambil ubat untuk menghalang penolakan organ yang dipindahkan seperti ‘imunosupresan’.

Simptom listeriosis?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila terkenan listeriosis antara simptom yang boleh dikesan dengan cepat adalah

  1.  Demam
  2. Sakit otot
  3. Loya
  4. Muntah
  5. Cirit-birit
  6. Sakit perut 

Jika bakteria masuk ke dalam sistem saraf, simptom lebih teruk akan dialami pesakit:

  1. Pening kepala
  2. Kejang leher
  3. Sawan
  4. Hilang kestabilan
  5. Merasa keliru dan hilang arah boleh berlaku

Jika bakteria masuk ke dalam sistem saraf, simptom lebih teruk akan dialami pesakit. Pening kepala, kejang leher, sawan, hilang kestabilan dan merasa keliru dan hilang arah boleh berlaku.

Punca listeriosis?

Punca penyakit ini ialah disebabkan memakan makanan yang dicemari dengan bakteria Listeria monocytogenes. Listeria dijumpai di dalam tanah dan air dan boleh didapati pada sayur-sayuran yang menggunakan baja manure (najis haiwan). Listeria juga boleh mencemarkan daging mentah, produk tenusu dan makanan yang diproses (keju, sosej).

Rawatan listeriosis?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi jangkitan listeria ringan, ubat mungkin tidak diperlukan. Manakala, untuk kes listeriosis yang lebih serius, antibiotik adalah pilihan rawatan yang paling utama. Sejenis antibiotik, ampicillin boleh digunakan secara bersendirian atau bersama antibiotik lain (biasanya gentamicin).

Pesakit harus peka, sekiranya septikemia atau meningitis pula terjadi susulan dijangkiti listeria, mereka akan diberikan antibiotik intravena dan memerlukan sehingga 6 minggu penjagaan dan rawatan.

Makanan berisiko tinggi 

Terdapat beberapa jenis makanan yang sering dikaitkan dengan penyakit berkaitan makanan yang mana ia merujuk kepada makanan berisiko tinggi yang memerlukan langkah penjagaan teliti semasa menyedia atau mengendali makanan-makanan ini.

Contoh-contoh makanan berisiko: 

  •  Daging dan produk berasaskan daging ( kuah, stew, sup dan stok)
  •  Ayam/itik
  • Cengkerang dan makanan laut (tiram, ikan mentah, udang dan kupang)
  • Produk tenusu (susu, krim dan keju)
  • Telur dan produk yang mengandungi telur (mayonis dan aising kek)
  • Makanan yang sedia dimakan – makanan yang tidak memerlukan persiapan lanjutan sebelum dimakan
    Makanan yang sedia dimakan seperti salad dan buah-buahan yang dipotong dianggap sebagai makanan berisiko tinggi kerana ia tidak perlu dimasak atau dipanaskan dengan lanjutnya. In bermakna jika makanan itu telah tercemar dengan bakteria atau agen-agen penyebab, maka bakteria-bakteria ini tidak akan dimusnahka.

Sumber : suara.com, gossipkini, hellodoktor, sfa.gov

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar