TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Akibat Tanda Penyakit Meningitis Lebih Kurang Sama Dengan Sembelit, Bayi Ini Maut!

5 Jan, 2019
Akibat Tanda Penyakit Meningitis Lebih Kurang Sama Dengan Sembelit, Bayi Ini Maut!

Apa itu meningitis? Penyakit meningitis tidak hanya dialami oleh orang dewasa, malah bayi juga memiliki risiko yang sama. Kaji tanda-tanda meningitis pada bayi untuk mengelakkan kes sebegini berlaku lagi!

Tanda-tanda penyakit yang hampir sama boleh membuatkan seorang doktor boleh tersalah mendiagnosis pesakit. Malang bagi pasangan Veronica dan Scott Rafferty, kes sebegini berlaku apabila anak perempuan mereka, Amber terkena penyakit meningitis…

Penyakit Meningitis Pada Bayi Disangka Sembelit

Kisah tragik ini bermula apabila Veronica memutuskan untuk ke Royal Hospital for Sick Children di Edinburgh setelah risaukan kesihatan anaknya.

Namun, Veronica lega dan pulang ke rumah apabila doktor berkata bayinya itu hanya mengalami sembelit biasa. Tapi keesokkan harinya, Amber meninggal dunia akibat penyakit meningitis, pada usia hanya 2 bulan!

Pasangan suami isteri tersebut mahukan penjelasan dan minta siasatan dijalankan dengan segera.

penyakit meningitis, meningitis pada bayi, tanda meningitis, punca meningitis, bahaya meningitis, meningitis pada anak, rawatan meningitis

Laporan hospital mendapati tenaga medikal telah melakukan pemeriksaan pada Amber di bahagian kecemasan, namun mereka tidak menemui tanda-tanda meningitis pada Amber.

Sebaik sampai di bahagian kecemasan, pihak hospital berjaya menyedarkan Amber dan memberikan si kecil itu sejumlah antibiotik dengan dos tinggi.

Malang sekali, jantung Amber terlalu lemah untuk bertahan hidup walaupun doktor telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkannya.

Perjuangan Amber, Bayi Pramatang Sebelum Terjadinya Meningitis

Amber Rafferty lahir pada 16 Februari ketika berusia 28 minggu, dengan berat tidak lebih dari 1.3kg.

“Dia sangat kecil ketika dilahirkan tetapi dia boleh bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen. Amber adalah anak pertama kami. Sepanjang kehamilan, saya hanya mengalami kencing manis tetapi saya berasa sihat. Cuma semasa kehamilan saya pada 27 minggu, saya mengalami beberapa kontraksi.”

Veronica seterusnya dirawat di hospital untuk dipantau dan 6 hari kemudian, si kecil Amber lahir. Bayi itu dilahirkan sempurna malah berat badannya meningkat dari hari ke hari. Tetapi 9 hari kemudian, Amber sering mengalami sembelit.

Jururawat yang bertanggungjawab menjaga Amber masa itu khuatir dengan degupan jantung Amber yang terlalu cepat. 

penyakit meningitis, meningitis pada bayi, tanda meningitis, punca meningitis, bahaya meningitis, meningitis pada anak, rawatan meningitis

“Saya menjelaskan kepada doktor yang anak tidak sihat dan tidak membuang air besar. Ketika itu, doktor ada nampak satu titik di dada Amber. Bila doktor tanya, saya sendiri tak pernah melihat titik itu.

Kemudian doktor membuat kesimpulan yang anak saya okay. Saya percaya cakap doktor sebab  Amber nampak tenang, dan denyutan jantung yang laju tadi cuma kegelisahan. Saya bukan doktor tetapi kalau mereka beritahu saya lebih awal yang kemungkinan ada jangkitan, saya pasti akan ingin Amber menjalani ujian dan pemeriksaan lanjut. Tetapi semuanya sudah terlambat!”

Faktor Penyebab Jangkitan Meningitis

Penyebab penyakit meningitis boleh dilihat mengikut kumpulan umur. Bayi baru lahir biasanya disebabkan oleh bakteria Streptococcus grup B, Escherichia coli, Listeria monocytogenes.

Manakala bayi dan anak kecil yang lebih tua pula disebabkan oleh Streptococcus pneumoniae, Neisseria meningitidis, Haemophilus Influenza B. Bayi lebih mudah mendapat jangkitan berbanding kanak-kanak usia lain.

Tanda-Tanda Penyakit Meningitis Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Akibat Tanda Penyakit Meningitis Lebih Kurang Sama Dengan Sembelit, Bayi Ini Maut!

  • Demam
  • Sakit kepala, dan leher kaku  
  • Bayi atau kanak-kanak kelihatan lemah
  • Mudah menangis
  • Muntah
  • Tiada nafsu makan.
  • Bayi mempunyai lekuk kepala (soft spot) yang abnormal, atau refleks yang abnormal.

Jika ibu bapa mengenalpasti tanda-tanda meningitis pada anak anda, segera bawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Adisty Titania dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Nutrien Awal Untuk Sistem Penghadaman Anak! Ini Cara Untuk Anak Anda Mendapat Nutrisi Secukupnya
Pentingnya Nutrien Awal Untuk Sistem Penghadaman Anak! Ini Cara Untuk Anak Anda Mendapat Nutrisi Secukupnya
Family Holiday Guide: The Ultimate Travel Itinerary for a Trip to Desaru Coast
Family Holiday Guide: The Ultimate Travel Itinerary for a Trip to Desaru Coast
Do You Really Understand All The Vaccines Listed In Your Child's Health Booklet?
Do You Really Understand All The Vaccines Listed In Your Child's Health Booklet?
Looking for Fun Family Bonding Activities? Why Not Combine the Power of Play and Creative Problem-Solving with LEGO bricks?
Looking for Fun Family Bonding Activities? Why Not Combine the Power of Play and Creative Problem-Solving with LEGO bricks?

Kerana Virus Meningitis, Bayi Ini Kehilangan 4 Anggota Tangan Dan Kakinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Akibat Tanda Penyakit Meningitis Lebih Kurang Sama Dengan Sembelit, Bayi Ini Maut!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham