Lokasi Sambutan Hari Kemerdekaan 2024 Di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah

Lokasi sambutan Hari Kemerdekaan 2024 akan berlangsung di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jemaah Menteri memutuskan lokasi sambutan Hari Kemerdekaan 2024 akan berlangsung di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

Lokasi Sambutan Hari Kemerdekaan 2024

Tahun ini lokasi Sambutan Hari Kemerdekaan 2024 mengambil tempat di Putrajaya manakala Hari Malaysia pula, ia akan disambut di Sabah dengan lokasi khusus akan ditentukan kemudian.

Sambutan Hari Kebangsaan dianjurkan di Putrajaya buat julung kalinya pada 2003, seterusnya pada 2005, 2018, 2019 dan 2023.

Pada 2003, pertama kali perarakan Hari Kebangsaan berlangsung di Putrajaya bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-46 melibatkan kira-kira 23,000 peserta, 63 kontinjen, 22 pancaragam, 18 kereta berhias, 20 pesawat dan 312 kenderaan.

Tiga belas tahun selepas edisi kedua dianjurkan pada 2005, Putrajaya kembali menjadi tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan 2018 bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’ dan ia merupakan sambutan Hari Kebangsaan pertama buat kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH).

Putrajaya sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah bagi Hari Kebangsaan setahun selepas itu iaitu pada 2019 dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ diangkat sebagai aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, cekap dan amanah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana Untuk Ke Putrajaya Menggunakan Pengangkutan Awam?

Mudah saja. Anda boleh ke Putrajaya menggunakan bas, LRT atau MRT. Putrajaya kini mempunyai akses pengangkutan awam yang sangat luas terutama selepas perkhidmatan MRT laluan Putrajaya mula beroperasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya yang beroperasi sepenuhnya pada jam 16 Mac 2023 adalah laluan MRT kedua Lembah Klang. Ia bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral yang memberi manfaat kepada dua juta pengguna di sepanjang laluannya.

Keseluruhan Laluan Putrajaya merangkumi 57.7 km terdiri daripada 36 stesen meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya, dan Putrajaya.

Laluan ini mempunyai 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran 17 stesen akan mempunyai kemudahan letak kereta dengan jumlah 5,870 ruang parkir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bernama

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Aktiviti-aktiviti sempena Hari Merdeka

Baca juga: 12 Aktiviti Menarik Untuk Kanak-Kanak Ketika Hari Merdeka

Baca juga: Cara Mendidik Anak-Anak Tentang Erti Kemerdekaan & Perjuangan Dalam Hidup

Penulis

Lala Annuar