X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Nak Sambut Hari Kemerdekaan? Ini Idea Pakaian Beragam Merdeka Perempuan Dan Lelaki Yang Boleh Dicuba

28 Aug, 2023
Nak Sambut Hari Kemerdekaan? Ini Idea Pakaian Beragam Merdeka Perempuan Dan Lelaki Yang Boleh Dicuba

Pastinya masing-masing kini sedang mencari idea pakaian beragam merdeka perempuan dan lelaki sebagai persiapan menyambut hari kemerdekaan.

Hari Kebangsaan yang ke-66 akan tiba tidak lama lagi, malah kebanyakannya sangat teruja untuk menyambut kemerdekaan pada 31 Ogos ini yang bakal diadakan di Putrajaya dan pastinya masing-masing sedang mencari idea pakaian beragam merdeka perempuan.

Setiap orang mempunyai cara tersendiri yang unik dan kreatif untuk meraikan hari bersejarah ini dan baju merdeka misalnya menjadi aspek yang memberi tarikan tersendiri malah dapat menyuntik perasaan dan semangat patriotik dalam diri sendiri.

Kalau anda mencari contoh rekaan baju merdeka, idea baju merdeka, baju tema merdeka atau baju tradisional merdeka untuk digayakan pada hari kemerdekaan nanti yang paling cantik kami ada jawapannya!

Untuk naikkan semangat kemerdekaan, jom lihat senarai pakaian beragam merdeka perempuan dan lelaki yang sesuai digayakan pada Hari Kebangsaan nanti! 

1. Tudung Merdeka

Nak Sambut Hari Kemerdekaan? Ini Idea Pakaian Beragam Merdeka Perempuan Dan Lelaki Yang Boleh Dicuba

Paling mudah kalau nak bergaya patriotik, beli sahaja tudung dengan corak Merdeka. Banyak jenama tudung yang mengeluarkan rekaan edisi terhad sempena hari kemerdekaan.

Material tudung biasanya sangat lembut, senang dipakai dan paling penting fabrik ini tidak mudah melekat pada badan jadi aurat anda lebih terjaga. 

Selain sesuai digayakan pada Hari Kemerdekaan, anda juga boleh gayakannya pada hari biasa kerana tudung sarung ini sejuk, selesa dan senang digosok.

2. Baju Melayu dan baju kurung Merdeka

Nak Sambut Hari Kemerdekaan? Ini Idea Pakaian Beragam Merdeka Perempuan Dan Lelaki Yang Boleh Dicuba

Antara elemen utama sambutan kemerdekaan pastinya terletak pada semangat patriotisma dan cinta pada warisan masyarakat Malaysia.

Sebab itulah kami mencadangkan baju melayu moden dan baju kurung Saloma bagi anda yang inginkan sesuatu dengan lebih nilai warisan turun-temurun.

Dengan reka bentuknya yang ringkas namun dapat menonjolkan sedikit iras-iras pakaian tradisional, pasti anda kelihatan cantik dan menawan pakai baju ini!

3. Baju jersey Merdeka

Nak Sambut Hari Kemerdekaan? Ini Idea Pakaian Beragam Merdeka Perempuan Dan Lelaki Yang Boleh Dicuba

Cuaca panas di Malaysia membuatkan ramai yang masih terfikir untuk menggayakan baju bertemakan patriotisma di Hari Merdeka.

Tapi, kini anda tidak perlu pening lagi sebab ada pelbagai pillihan pakaian untuk menunjukkan semangat patriotisma anda.

Salah satu cara adalah untuk memakai baju jersey yang bertemakan Hari Kemerdekaan.

Dengan baju yang berlengan pendek dan diperbuat daripada kain jersey ini, anda tidak perlu risau tentang cuaca yang panas lagi. 

Menarik lagi, jersey ini juga ada pilihan lengan panjang untuk muslimah jadi anda boleh sedondon dengan pasangan untuk sambut Hari Kebangsaan nanti.

4. Tanjak dan sampin Merdeka

Nak Sambut Hari Kemerdekaan? Ini Idea Pakaian Beragam Merdeka Perempuan Dan Lelaki Yang Boleh Dicuba

Pada hari bersejarah ini, anda akan melihat ramai kanak-kanak berpakaian tradisional untuk menyambut Hari Merdeka di sekolah mereka.

Jika anda mahu kelihatan sama seperti mereka,anda boleh cari sampin eksklusif dengan corak bendera Malaysia dan anda juga boleh beli set tanjak untuk disesuaikan bersama. 

Stories Rakan Kongsi
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
5 Soalan yang Ibu Bapa Perlu Tahu Sebelum Memilih Bank untuk Membuat Simpanan
Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Laktoferin
Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Laktoferin
4 Things Every Parent Should Know About Their Child's 12-Month Checkup
4 Things Every Parent Should Know About Their Child's 12-Month Checkup
Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja
Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja

5. Baju tradisional pahlawan wanita 

Nak Sambut Hari Kemerdekaan? Ini Idea Pakaian Beragam Merdeka Perempuan Dan Lelaki Yang Boleh Dicuba

Cik Siti Wan Kembang adalah satu sosok yang tidak asing lagi bagi rakyat Kelantan. Beliau adalah wanita pertama Melayu yang ditabalkan sebagai raja memerintah Kelantan.

Pakaian yang biasa dipakai Cik Siti Wan Kembang terdiri daripada 3 helai kain iaitu sehelai songket sarung dan 2 helai songket lepas. Sesetengah pakaian beragam merdeka perempuan ada yang mengguna pakai konsep busana ini dengan mengantikan kain songket lepas kepada Jalur Gemilang. Menarik kan?

Atau anda boleh juga menggayakan busana seakan Tun Teja iaitu puteri tunggal Bendahara Seri Amar Diraja Pahang dikenali dengan rupa paras dan kejelitaan wajahnya. Konsep pakaian Tun Teja sangat berkait rapat dengan busana kurung dan songket Pahang.

Fuh my

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Design Baju Merdeka Untuk Anak Lelaki & Perempuan, Busana Yang Unik Dan Menarik!

Baca juga : 12 Aktiviti Menarik Untuk Kanak-Kanak Ketika Hari Merdeka

Baca juga : Benarkah Didikan Ibu Bapa Punca Anak Tak Patriotik? 3 Tips Ajar Anak Cinta Negara

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Nak Sambut Hari Kemerdekaan? Ini Idea Pakaian Beragam Merdeka Perempuan Dan Lelaki Yang Boleh Dicuba
Kongsikan:
  • Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

    Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Berkelahi Itu Normal. Pujuk Pasangan Dengan 3 Ayat Ini

  • Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

    Amal 7 Doa Zuriat Ini Untuk Pasangan Yang Dah Lama Ikhtiar

  • Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

    Perbezaan Santan Segar, Kotak Dan Serbuk, Ini Tips Dan Cara Penggunaannya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham