TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Benarkah Didikan Ibu Bapa Punca Anak Tak Patriotik? 3 Tips Ajar Anak Cinta Negara

4 min bacaan
Benarkah Didikan Ibu Bapa Punca Anak Tak Patriotik? 3 Tips Ajar Anak Cinta Negara

Hari ini genap 63 tahun negara mencapai kemerdekaan yang mana ia menandakan Hari Merdeka 2020 sudah tiba akhirnya. Tahun yang penuh kejutan pastinya!

Hari ini genap 63 tahun negara mencapai kemerdekaan yang mana ia menandakan Hari Merdeka 2020 sudah tiba akhirnya.

Usia 63 tahun bukan calang-calang ‘pengalaman’ yang dimiliki Malaysia malah sudah pasti banyak teladan dan pengajaran yang ditinggalkan orang terdahulu untuk panduan generasi baharu mengecapi kehidupan pada masa kini. 

Menurut laporan Harian Metro, Tidak dinafikan, perubahan besar dalam kanvas kehidupan masyarakat kini menuntut banyak perhatian dan penelitian. Ada kalanya kemerdekaan mengikut perspektif anak muda buat kita takut, akan terus terlindungkah Malaysia?

Hari Merdeka 2020 tak bermakna jika terus alpa didik anak

hari merdeka 2020

Kredit foto: Shutterstock

Nasihat supaya mencontohi didikan keluarga sekitar 20 atau 30 tahun dulu dianggap semakin kurang relevan malah ada yang tidak mahu mempraktikkannya dan lebih menggemari cara Barat.

Sedangkan, ada kalanya, budaya masyarakat Timur tidak kena dengan cara didikan Barat yang didakwa lebih bagus kerana lebih banyak toleransi dengan anak-anak.

Ramai berpendapat ibu bapa perlu melakukan banyak cuba jaya dalam mendidik anak. Pengaruh teknologi, media sosial, rakan sebaya dan pelbagai anasir luar dilihat menjadi ancaman terbesar buat generasi kini.

Ibu bapa acuan perspektif anak muda mengenai merdeka 

Realiti menjelaskan bukan semua perkara perlu diberi sentuhan baru. Soal adab, akhlak, jati diri, semangat perpaduan, nilai murni dan hormat-menghormati masih perlu dicontohi daripada masyarakat zaman dulu. 

Budaya kita tentunya lain dengan budaya penjajah. Ada yang tidak sesuai dengan kita cara didikan yang mereka praktikkan. 

Ajar anak, tiada merdeka, tiada kegembiraan kini

hari merdeka 2020

Kredit foto: seademon.me

Tidak kira masyarakat, bangsa mahupun agama, semua ibu bapa masih menyimpan hasrat serupa. Mereka mahu setiap anak yang dilahirkan, dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.

Bezanya, mengasuh dan mendidik anak pada zaman ini kian mencabar dari hari ke hari. Setiap pilihan dan keputusan dibuat perlulah sentiasa rasional, berpaksikan kepada rasa tanggungjawab, hormat-menghormati serta mengambil kira kesan perubahan teknologi semasa.

Sedangkan anak muda kini dilihat semakin kurang berkomunikasi secara langsung, tidak pandai mengatur bahasa dengan orang yang lebih berusia, tiada semangat patriotik dan bersikap introvert. Mahu tidak mahu, kita terpaksa mengaku ada kalanya anak muda lebih suka buat hal sendiri.

Malah untuk senyum sesama sendiri pun susah. Malah jika ada yang pernah alaminya, berjumpa di luar negara, senyum tidak malah dijeling lagi. Sedangkan bila jumpa saja rakyat Malaysia di luar negara sepatutnya seronok.

Wajib ajar anak sayang negara

hari merdeka 2020

Kredit foto: kpopmom

Tanpa sedar, keadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan perpaduan, mengurangkan keharmonian, sekali gus menampakkan jurang perbezaan besar dengan zaman lebih 20 tahun dulu.

Inilah anak merdeka yang terkurung dalam dunia tanpa sempadan. Mereka hanyut di alam maya, kian bergantung kepada teknologi dan semakin lupa untuk menghargai nilai kemerdekaan sebenar.

3 tips ajar anak sayang negara

#1. Tunjukkan contoh teladan yang baik

Benda paling senang nak buat, jadi contoh yang baik untuk anak-anak. Jangan buang sampah merata-rata. Kalau nak masuk simpang tu bagi signal. Lepas makan dekat kedai, kemaslah sikit-sikit meja makan tu. Paling penting jagalah kebersihan. Nak sayang negara, kena jadi pembersih dulu. Tak perlu nak buat benda besar-besar nak tunjuk sayang kepada negara.

Bila kita tunjukkan contoh yang baik, anak-anak akan ikut. Anak-anak ini lah yang nak ganti tempat kita nanti.

#2. Ajar mereka untuk bersikap terbuka dan optimistik

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Macam mana? Mula dengan kita la. Janganlah setiap kali kalau cakap pasal politik, habis sumpah seranah keluar. Suka sangat kutuk dan keluarkan kata-kata kesat kalau tak setuju dengan tampuk pemimpinan Malaysia ni. Apalah salahnya cakap hal yang elok-elok. 

Jika tak setuju, suarakan dengan cara elok. Bukan memaki hamun atau gunakan perkataan kasar. 

#3. Hormati orang

Nampak simple kan? Tapi tahukah anda kalau kita sebagai ibubapa asyik nak bergaduh dengan semua orang, anak-anak akan membesar dengan kebencian. Mula lah anak-anak dah tiada rasa hormat pada orang, ingat ya, dalam Malaysia ni ada pelbagai kaum.

Semua kaum ada cara tersendiri. Jangan ajar anak untuk kutuk-kutuk orang lain. Ajar mereka hormati budaya orang lain. 

Ajar dari kecil, mereka boleh faham. Percayalah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Harian Metro, story.motherhood

Baca juga:

https://my.theasianparent.comaktiviti-menarik-merdeka

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Benarkah Didikan Ibu Bapa Punca Anak Tak Patriotik? 3 Tips Ajar Anak Cinta Negara
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham