Nyamuk merupakan salah satu haiwan yang sangat menyakitkan hati, apa lagi bila ia menggigit dan menyebabkan badan kita terasa gatal! Tambahan lagi, nyamuk boleh menyebarkan pelbagai penyakit berbahaya, jadi pastinya kita mahu menggunakan losyen elak gigitan nyamuk.
Losyen elak gigitan nyamuk merupakan ubat anti nyamuk yang mudah diguna, mudah didapati, dan tersedia dalam pelbagai jenis pakej. Penggunaannya tidak terbatas kepada orang dewasa, malah kepada kanak-kanak juga.
Persoalannya sekarang, selamatkah penggunaan losyen anti-nyamuk untuk wanita hamil?
Ya, memang kebanyakkan losyen ini mengandungi bahan kimia N, N-diethyl-m-toluamide yang dikenal sebagai Deet. Namun, ternyata kandungan Deet selamat digunakan oleh wanita hamil sekiranya dipakai dengan waspada.
Losyen Elak Gigitan Nyamuk Selamat Untuk Wanita Hamil
Menurut laman Parenting First Cry, semua jenis losyen elak gigitan nyamuk yang mengandungi “Deet” adalah selamat untuk ibu hamil. Ujian klinikal membuktikan tiada kesan sampingan neurologi, fisiologi dan gastrointestinal berlaku akibat dari penggunaan losyen ini sepanjang kehamilan.
Selain itu, losyen anti nyamuk dengan kandungan Deet juga tidak akan mempengaruhi bayi selepas dilahirkan. Asalkan anda menggunakannya dalam dos dalam yang rendah.
Menurut Dr. Lili Dwiyani melalui laman Alodokter, berdasarkan komposisi bahan aktifnya, losyen anti nyamuk yang mengandung Deet, picaridin, atau IR3535 menawarkan perlindungan yang selamat dan lebih lama.
Malah, losyen yang mengandungi para-menthane-diol juga aman, bezanya ia tidak melindungi dalam jangka masa lama.
Begitu juga dengan produk-produk yang mempunyai kandungan bahan aktif Citronella. Namun, produk dengan kandungan minyak Citronella lebih digalakkan penggunaan untuk ibu hamil berbanding aktif Deet.
Cara Menggunakan Losyen Anti-Nyamuk Dengan Selamat Untuk Ibu Hamil
Sebelum menggunakan losyen anti nyamuk, sebaiknya anda terlebih dahulu membaca label yang ada di pakej barangan ya. Ini untuk memastikan kandungan produk adalah 100% selamat untuk digunakan pada kulit.
Selain itu, terdapat juga beberapa perkara lain yang harus diperhatikan untuk mengelak serangan nyamuk.
- Sapu losyen elak gigitan nyamuk secara tipis pada area kulit yang terbuka atau tidak tertutupi oleh pakaian.
- Elak sapu pada kulit yang luka atau ada keradangan.
- Jangan gunakan di sekitar mata dan mulut.
- Hentikan penggunaan jika kulit bereaksi seperti muncul kemerahan, mengelupas, terasa perih dan panas, serta lainnya.
- Gunakan penghalau nyamuk yang lebih semulajadi dan selamat, dengan menggunakan kelambu.
Semoga bermanfaat.
Bolehkah ibu hamil pakai losyen elak gigitan nyamuk?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: