Anak Tak Henti Menangis, Ibu Ini Hilang Sabar & Mengaku Lekatkan Pita Pada Mulutnya

Luahan perasaan ibu yang tertekan dengan bayi kerap menangis telah menyebabkan dia bertindak luar kawalan. Pada akhirnya diri mula dilanda rasa bersalah!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap wanita yang bergelar isteri dan ibu pastinya akan berdepan pelbagai cabaran kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi dalam proses membesarkan anak-anak. Luahan perasaan ibu ini dalam komuniti theAsianparent telah mendapat perhatian ramai.

Sememangnya melayani karenah bayi masih kecil memerlukan ibu ayah bijak dalam mengendalikan emosi diri dan kekuatan mental. Si manja yang kerap menangis meskipun telah cuba pelbagai cara menenangkannya kadang kala membuatkan anda berasa cukup penat.

Luahan perasaan dan hati seorang ibu

credit to sources

Menurut seorang pengguna dirahsiakan namanya, dia meminta menggunakan platform komuniti theAsianparent bagi berkongsi luahan perasaan yang dialaminya.

”Saya telah menjerit pada bayi yang baru berusia dua bulan. Dia terkejut dan berhenti menangis selama dua saat. Kemudian dia berterusan menangis sehingga saya hilang sabar. Saya ibu yang jahat, meskipun sudah tiba masanya untuk menyusu tidak lama lagi, saya telah meletakkan pita pada mulutnya selama 30 minit dan saya pun turut menangis bersamanya!” luah pengguna berkenaan.

Ternyata perkongsiannya ini mendapat sokongan positif daripada kalangan ibu-ibu yang lain kerana mereka juga pernah melalui tekanan yang sama. Tanpa mengecam, mereka membantu ibu berkenaan untuk mencuba beberapa tips ini:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Jangan fokus pada tekanan

Luangkan sedikit masa untuk berehat dan menenangkan fikiran. Bayi anda masih kecil dan tidak dapat mengawal emosinya, namun anda boleh. Mainkan muzik lembut bagi mengurangkan tekanan dalam rumah.

Sebenarnya terdapat banyak punca bayi menangis iaitu lampin basah, rasa panas, lapar atau perlu ditukarkan pakaiannya. Sekiranya anda telah melakukan semua ini, si manja mungkin hanya inginkan ibu berada dekat dengannya. Justeru, cuba bercakap dengan dia dalam nada yang lembut. 

Ia dapat mengeratkan hubungan antara anda dan bayi. Ramai sebenarnya tidak tahu bahawa aura negatif seorang ibu turut dapat dirasai oleh si manja yang akhirnya kedua-dua boleh menjadi tertekan.

#2. Minta bantuan pasangan atau ahli keluarga

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: khalifah media

Sekiranya gagal mengawal bayi menangis, ini menunjukkan bahawa diri anda sebenarnya masih ada harapan untuk berubah menjadi lebih baik. Saya memahami bahawa bukanlah tugas mudah menjaga bayi yang baru lahir.

Jika rasa tidak mampu menjaganya seorang diri di rumah, ibu boleh meminta pertolongan atau nasihat daripada ahli keluarga. Rasa bersalah yang keterlaluan akan hadir apabila anda tidak melakukan perkara betul dan sering tidak mengetahui punca kesalahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu menjadi tertekan apabila semua urusan menjaga anak-anak berada di atas bahu anda seorang. Jadi usahlah rasa malu untuk membahagikan tugas dengan pasangan. Minta bantuan daripadanya bagi membolehkan anda dapat makan, mandi dan berehat sebentar.

#3. Fahami jenis tangisan bayi

Saya juga pertama kali bergelar ibu dan benar-benar merasakan ‘struggle’. Bayi saya berusia 6 minggu sering menangis setiap malam sejak usianya 3 minggu sehinggalah sekarang. 

Ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana saya jadi tertekan dan kurang tidur. Namun saya menyedari apabila saya marah, bayi akan menangis lebih teruk. Bila saya lebih tenang, dia dengan mudah dapat menghentikan tangisannya.

Justeru, cubalah untuk mengawal emosi anda terlebih dahulu. Bayi kecil menangis adalah cara untuk dia mengatakan apa yang diperlukan.

#4. Sedar bahawa anda adalah ibu yang terbaik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Kebanyakan ibu mengalami masalah kurang tidur dan keletihan, anda mungkin boleh jadi ‘naik angin’ sekiranya terus begini untuk tempoh yang lama!

Bagi mengelakkan hubungan anda dan bayi terjejas, minta orang lain menjaganya sementara waktu. Ibu perlu menarik nafas panjang dan berehat sebentar. Jaga emosi anda agar tidak melampaui batas sehingga boleh mencederakan si manja tanpa sedar.

Anda bukanlah ibu yang teruk, anda hanya manusia yang mempunyai kesabaran terhad. Sentiasa ingat bahawa sebagai ibu, anda juga perlu menjaga diri sebaik mungkin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Belajar melalui online dan sertai kumpulan ibu-ibu

Kesedaran diri menjadikan keadaan yang lebih baik. Saya belajar pelbagai ilmu baharu daripada group ibu-ibu di media sosial Facebook. Dengan kemudahan ini saya memperoleh ramai kawan baharu untuk berbual, melepaskan emosi dan mendapatkan sokongan.

Segalanya menjadi lebih baik apabila kita tidak stres seorang diri. Saya menyedari diri mudah bertenang dalam menguruskan anak-anak seharian.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtitik-refleksologi