Ada lubang kecil di telinga bayi saya, adakah ia perlu dirawat?

Lubang kecil di telinga bayi adalah sejenis kecacatan yang berlaku apabila anak masih di dalam kandungan. Apakah kesannya dan perlukah ibu bapa bimbang?

Jika ibu bapa perasan ada lubang kecil di telinga bayi, keadaan ini dikenali sebagai preauricular sinus.

Lubang kecil di telinga bayi diberi nama sinus preauricular kerana ‘pre’ bermakna sebelum dan ‘auriular’ bermaksud telinga. Sinus preauricular adalah sejenis kecacatan yang berlaku semasa bayi masih di dalam kandungan.

Selain lubang kecil di telinga bayi, ia juga boleh kelihatan seperti bonjolan atau pembentukan cyst di hadapan telinga dan ia boleh dikenalpasti melalui pemeriksaan fizikal. 

Perlukan lubang kecil di telinga bayi diberi rawatan?

Kebanyakan bayi yang dilahirkan dengan sinus preauricular biasanya tidak akan menunjukkan kesan sampingan ataupun masalah. Maka, rawatan tidak diperlukan.

Walaubagaimanapun, sesetengah doktor mungkin akan merujuk bayi kepada doktor pakar telinga untuk memastikan ia bukan tanda sesuatu yang lebih serius.

Tapi jika lubang kecil di telinga bayi meradang atau mengalami jangkitan berulang dan bernanah, doktor akan memulakan rawatan dan dalam kes teruk: mengesyorkan pembedahan.

Keadaan ini boleh berlaku pada kedua-dua belah telinga, walaupun ia lebih kerap di telinga kiri berbanding telinga kanan. Sinus preauricular adalah keadaan yang boleh diwarisi, tetapi kadang-kala ia juga boleh timbul secara spontan.

Kebarangkalian keadaan ini berlaku kepada lelaki dan wanita adalah sama sahaja.

Komplikasi yang berkaitan dengan lubang kecil di telinga bayi

Telinga kita terbentuk dari beberapa bonjolan kecil semasa pembentukan janin. Bonjolan ini akan berlingkar dan membentuk cuping telinga.

Bila wujud satu ruang kosong antara bonjolan ini, satu lubang akan terbentuk di luar dan terdapat saluran kecil yang terbentuk di bawah kulit tersebut. 

Saluran kecil ini penuh dengan sel-sel kulit yang boleh tersekat, terjangkit atau radang pada bila-bila masa. Tanda-tanda lubang kecil di telinga bayi dijangkiti ialah:

  • telinga yang kemerah-merahan,
  • sakit,
  • demam,
  • kawasan yang bengkak, dan / atau lelehan nanah yang tebal.

Rawatan untuk lubang preauricular di telinga bayi

Lubang-lubang preauricular yang dijangkiti perlu dirawat oleh doktor dengan antibiotik. Tetapi jika lubang kecil di telinga bayi sering meradang, doktor mungkin akan mencadangkan pembedahan untuk mengeluarkannya.

Tetapi ibu bapa jangan terlalu bimbang ya! Lubang preauricular biasanya akan dibiarkan begitu sahaja dan tidak perlu dikeluarkan ataupun ditutup. Lubang itu akan sentiasa di sana dan tidak akan hilang sendiri. 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Very Well Health, My Health

Baca juga:

BAHAYA: Berhenti Guna Putik Kapas Untuk Korek Telinga Anak Anda Lagi!

Penulis

Rosanna Chio