Selepas melahirkan bayi dan masih berada dalam tempoh berpantang, ibu biasanya akan berhati-hati menjaga luka bersalin tidak kira sama ada normal atau pembedahan czer. Bahkan anda juga perlu menjaga dan menitik beratkan penjagaan dari segi kesihatan, pemakanan dan kebersihan.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsi pengalamannya di mana luka bersalin pembedahannya bengkak semula dan kemerahan. Atas sebab itu, dia menasihati wanita lain supaya lebih berjaga- jaga dengan luka bersalin terutama mereka yang beranak secara pembedahan.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Luka bersalin bengkak dan berdarah
Selepas itu, saya hanya bersihkan dan sapu krim pada infeksi, kemudian biarkan saja. Padahal sebelum ini, tak pernah lupa lap dan keringkan malah pakai panties dan seluar pun tak ketat. Tapi, ia masih boleh bengkak semula.
Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan anda semua. Benda ini jadi balik semalam apabila luka bersalin saya kembali bengkak dan kemerahan. Tapi jangan salah faham ya, luka ini bukan terbuka semula cuma ada satu lubang kecil di hujung sebelah kanan luka. Malah ia terjadi disebabkan jahitan luka tidak sempurna atau tak cantik. Sebab itu, infeksi mudah melekat dan ia hanya berlaku pada kulit sahaja.
Keluar air bisa dari luka bersalin
Kemudian bangun pagi tiba-tiba panties bahagian bawah getah jadi basah dan keluar warna kekuningan. Ia bukan nanah tapi macam air bisa. Kemudian saya segera bersihkannya. Tengah bersihkan infeksi keluar pula darah yang banyak dan sangat pedih. Bila jadi macam ini, saya perlu segera jumpa doktor untuk ambil antibiotik. Sebab itu, saya rasa perlu kongsi pengalaman ini dengan anda yang lain terutama mereka yang bersalin czer supaya jaga makan dan kebersihan. Sebabnya kita tidak tahu apa yang bakal berlaku dan parut ini juga sebenarnya sudah berusia 2 tahun 8 bulan.
Faktor luka bersalin terbuka semula
- Jangkitan kuman pada luka
- Ibu mengalami pertambahan berat badan
- Anemia akibat kekurangan oksigen
- Semasa berpantang tidak membersihkan kawasan luka hingga tercemar dengan peluh atau daki
- Dehidrasi yang teruk kerana kurang minum air
- Kurang mengamalkan buah dan sayuran
- Mengangkat benda berat dan tidak menahan bantal atas perut semasa batuk atau bersin
- Sapu ubat atau minyak yang boleh menyebabkan pembiakan bakteria
Tanda luka terkena jangkitan
- Sakit pada bahagian czer
- Demam, luka merah dan bernanah
- Cecair bisa
Cara penjagaan luka pembedahan czer
1. Pastikan mencuci luka pembedahan dengan betul ketika mandi
2. Bersihkan luka menggunakan alkohol sebanyak dua ke tiga kali
3. Keringkan ubat dan kawasan luka jika terkena air, peluh dan sebagainya.
4. Menutup kawasan luka dengan balutan yang diberikan pihak hospital
Semoga para ibu semua terhindar dari sebarang infeksi yang boleh memudaratkan kesihatan anda. Semoga bermanfaat.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi
Sumber: The Reporter
Baca juga
Cara Hilangkan Parut Pembedahan Czer, Ini WAJIB Ibu-Ibu Tahu