Benarlah Cinta Sejati Masih Wujud, Suami Tetap Setia Jaga Isteri Koma Hampir 5 Bulan, Lumpuh Lepas Lahirkan Anak

Siapa saja yang boleh menduga nasib dan takdir manusia. Dugaan wanita ini yang lumpuh lepas bersalin diganti dengan suami yang sangat setia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menjadi wanita mengandung besar risikonya. Anda mungkin tak sangka lepas lahirkan anak ada yang boleh jadi lumpuh. Kisah suami isteri ini patut dijadikan contoh buat suami isteri di luar sana.

Ternyata cinta lelaki ini kepada isterinya bukan hanya di bibir. Kesetiannya menjaga wanita itu tiada galang gantinya.

Wanita ini yang sebelum ini koma selama 5 bulan selepas melahirkan anak, kini sudah sedar dan boleh melihat bayinya. Namun dia kini lumpuh dan tidak boleh menguruskan diri sendiri.

Suami setia jaga isteri lumpuh lepas lahirkan anak

Menerusi perkongsian seorang wanita di laman tiktok, beliau amat bersyukur kerana adik iparnya setia menjaga si isteri yang terlantar. Katanya tarikh 18 November adalah tarikh yang tidak dapat dilupakan mereka sekeluarga sejak tiga tahun lalu.

Ia adalah detik di mana bermulanya episod duka selepas melahirkan anak buat wanita itu. Di saat si isteri masih perlu makan melalui tiub dan pakai lampin pakai buang, namun lelaki ini tidak pernah mengeluh dengan ujian yang dihadapinya.

Rata-rata netizen di ruangan komen tersentuh dengan keikhlasan si suami dan tidak kurang juga yang mendoakan semoga pasangan ini terus diberikan kesabaran dan wanita berkenaan dapat sembuh seperti sedia kala. 

Apakah punca yang mungkin menyumbang kepada keadaan lumpuh selepas bersalin?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap yang berlaku pasti ada penyebabnya. Jadi apa yang mungkin menyebabkan boleh berlakunya kelumpuhan kepada ibu lepas bersalin?

#1. Eklampsia

Menurut, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi, Dr. Norintan Zainal Shah eklampsia merupakan serangan sawan akibat tekanan darah tinggi ketika hamil. la amat serius kerana ibu boleh mengalami pelbagai masalah termasuklah kerosakan organ seperti otak, hati dan ginjal.

Eklampsia juga menyebabkan pendarahan, koma, strok dan maut. Anak di dalam kandungan juga boleh mengalami masalah pramatang dan maut. Eklampsia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa dan lokasi.

#2. Tekanan darah tinggi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah eklampsia ini bermula dengan masalah tekanan darah tinggi atau hipertensi ketika hamil. Terdapat tiga kumpulan pesakit darah tinggi ketika mengandung ini iaitu hipertensi yang telah sedia ada sebelum hamil, masalah hipertensi yang bermula setelah hami (selepas kandungan berusia 20 minggu) dan pra-eklampsia.

Penyakit hipertensi dalam ketiga-tiga kumpulan ini perlu dikawal dan diubati kerana jika tidak, eklampsia atau sawan, akan datang mendadak.

Di antara tiga kumpulan hipertensi itu, kumpulan pra-eklampsia adalah yang paling bahaya kerana ia kerap diikut dengan sawan. Pelbagai kajian dijalankan untuk memahami mengapa pra-eklampsia boleh berlaku tetapi para doktor masih belum dapat menemui sebab yang nyata.

Apa yang diketahui setakat ini adalah pra-eklampsia bermula dengan masalah dalam pembentukan dan perkembangan uri dari awal kandungan, diikuti dengan masalah radang dan kerosakan endothelium sepanjang kehamilan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara amnya, masalah pra-eklampsia dikatakan mula berlaku apabila bacaan tekanan darah ibu yang hamil tadi mencecah 140/90mmhg dan kehadiran protein dalam air kencing yang melebihi 0.3gram/24jam.

Namun, bacaan tekanan darah 140/90mmh tidak semestinya tepat untuk semua wanita. Apabila wanita hamil mendapati tekanan darah pada lawatan pertama di klinik antenatal adalah rendah (contohnya 90/60mmhg), mereka boleh juga mendapat masalah pra eklampsia jika bacaan diastolik (60mmhg) meningkat melebihi 15mmhg dan bacaan sistolik (90mmhg) meningkat sebanyak 30mmhg.

Ini bererti, pra-eklampsia boleh berlaku apabila bacaan tekanan darah adalah 120/75mmhg!

#3. Protein dalam air kencing

Bagi kehadiran protein dalam air kencing pula, pemeriksaan air kencing di klinik antenatal selalunya menggunakan dip stick dan keputusannya ditulis sebagai negative trace, 1+, 2+, 3+ dan 4+ atau solid. Jika keputusan dip stick untuk air kencing didapati 2+ atau lebih, pesakit akan dimasukkan ke dalam wad obstetrik untuk rawatan pra-eklampsia.

Jika gagal mengenalpasti wanita-wanita hamil yang mengalami pra-eklampsia, maka wanita tersebut menghadapi risiko yang tinggi untuk mendapat sawan eklampsia dan seterusnya menjurus kepada lumpuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangkamasa pra-eklampsia menjadi eklamspsia adalah amat cepat! Malah, apabila serangan eklampsia berlaku, ianya merupakan satu situasi kecemasan yang amat mencabar dan sukar dirawati.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: Hasirah Nujiey

Baca juga: Tarikh Bersalin Makin Hampir? Ini Tanda-Tanda Bersalin Yang Akan Dialami

Baca juga: 3 Sebab Mengapa Proses Bersalin Boleh Jadi Sehari Suntuk Lamanya

Baca juga: Posisi Bersalin Duduk Ini Memudahkan Proses Bersalin, Malah Mengurangkan Sakit!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar