Ibu ini lumpuh selepas bersalin akibat salah suntikan epidural, bagaimana boleh terjadi?

Wanita yang berhati kuat dan berani saja yang mampu menggalas kesakitan ini. Semoga Grace dan keluarganya sentiasa bahagia dan membesarkan anak mereka dengan curahan kasih sayang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akibat suntikan epidural, seorang ibu bernama Grace Wang terpaksa menerima hakikat dirinya lumpuh selepas bersalin setelah melahirkan seorang bayi lelaki. 

Insiden yang tak sepatutnya berlaku ini terjadi apabila pihak hospital tersalah menyuntik cecair yang sepatutnya ubat tahan sakit epidural kepada suntikan chlorhexidine, iaitu sejenis cecair pembersih kulit. 

Akibat insiden itu, ibu berusia 33 tahun yang kini menetap di Sydney, Australia ini lumpuh selepas bersalin dan mengalami kerosakan saraf!

Bukan hanya lumpuh selepas bersalin, tapi dia juga perlu menjalani dua pembedahan otak dan akhirnya lumpuh dari pinggang hingga ke bawah kaki!

Lumpuh selepas bersalin : Ibu terpaksa menangung sakit sepanjang hayat 

Apabila menjadi ibu bapa baru, pastinya kita teruja nak sambut bayi yang dilahirkan. Namun, bagi Grace dan keluarganya, ia bertukar menjadi derita. Malah, Grace dan Jason tak sangka ini yang terjadi. 

Grace berkata apa yang menyedihkan, dia tak dapat memeluk bayinya selepas bersalin kerana lumpuh selepas bersalin. 

“Bila jururawat pegang Alex, saya rasa sangat sedih kerana tak dapat berbuat demikian kepada anak saya . Ketika itu, bayi saya Alex sangat comel,” katanya. 

Menurut laporan The Sydney Morning Herald, kedua-dua cecair tersebut diletakkan dalam tempat yang berasingan di atas meja steril. Namun, ketika di bilik penghantaran ia tersilap dipasang kerana tidak dilabel. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika ditemu bual oleh Mandarin News secara eksklusif. Grace masih terasa kesan suntikan cecair pencuci itu sehingga ke hari ini walaupun badannya sudah lumpuh selepas bersalin. 

Bayangkan, duduk di atas kerusi roda sekalipun, dia masih rasa sakit dan sengal-sengal di bahagian saraf tubuhnya. 

Walaupun masih teringat kejadian ngeri itu. Namun dia terpaksa menerima hakikat kerana perlu meneruskan hidup demi anak dan suami tercinta. 

Malah suaminya juga menanggung segala-galanya bagi membantu dirinya supaya pulih dari trauma tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apatah lagi, hanya keluarga kecil mereka saja yang ada di Australia tanpa saudara lain yang boleh membantu.

Lihat video temu bual wanita lumpuh selepas bersalin itu 

https://www.youtube.com/watch?v=PUuDglOiLck

Macam-macam boleh berlaku. Sebab itu ibu hamil berhak untuk mengetahui kebaikan dan risiko bagi setiap proses melancarkan kehamilan mahupun proses bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari ini, jom dalami apakah kebaikan dan risiko mengambil suntikan epidural.

Kebaikan suntikan epidural: 

  • Beri kelegaan selepas kelahiran 
  • Ambil masa kira-kira 20 minit untuk dimasukkan dan 20 minit selepas anestetik telah disuntik sebelum ia mula berkesan. 
  • Anda hanya akan dibius separuh badan dan fikiran anda masih jelas. Malah anda masih boleh rasai kontraksi tapi tak rasa sakit. 
  • Jika ada darah tinggi, ia beri kesan sampingan untuk merendahkan tekanan darah. 
  • Jika pembedahan caesarean, anestetik tempatan akan ditambah untuk ubat bius lebih kuat.

Keburukan suntikan epidural: 

Kredit foto: whattoexpect.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Jika anda tidak bebas dari kesakitan beritahu pada pakar bius untuk menambah dos. 
  • Tubuh menggelatar.
  • Mengalami gatal-gatal dan demam 
  • Muntah kuning selepas bersalin atau pembedahan 
  • Pada hari pertama suntikan epidural selepas bersalin, anda tidak dibenarkan bergerak atau berjalan. 
  • Anda akan pening dan kepala berasa pusing selepas bersalin 
  • Memerlukan katerer untuk kosongkan pundi kencing.
  • Denyutan jantung bayi akan secara berterusan dipantau selama 30 minit apabila ia pertama kali diberikan epidural. 
  • Tekanan darah juga akan diambil setiap lima minit apabila epidural bermula selama 30 minit. 
  • Jika jarum epidura menusuk beg cecair yang mengelilingi saraf tunjang, lalu menyebabkan kebocoran cecair. Tapi ia jarang kali berlaku. Anda jangan terlalu risau. 
  • Risiko kecil kerosakan saraf seperti rasa kebas pada kaki atau kaki lemah. Tapi tak usah khuatir ia hanya berlaku satu dalam 1000 untuk kerosakan saraf sementara dan satu dalam 13,000 untuk kerosakan saraf kekal. 

Namun, kami di theAsianparent Malaysia mendoakan kesejahteraan anda dan baby dalam kandungan. Jika ada sebarang soalan boleh ajukan pada kami di ruangan komen bawah. 

Sumber: theAsianparent Singapore , Baby center 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga 

https://my.theasianparent.comubat-penahan-sakit-ketika-bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan