Penjagaan Oral Yang Baik Dapat Mengurangkan Mabuk Hamil, Ini Cara Penjagaan

Mabuk hamil boleh menjadikan hari-hari ibu mengandung lebih sukar, namun dikatakan penjagaan oral yang baik dapat mengurangkan mabuk hamil. Jom cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap wanita hamil mempunyai tahap keterukan mabuk hamil yang berbeza. Untuk pengetahuan semua, mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku.

Biasanya mereka yang mengalami mabuk hamil akan sentiasa berada tidak selesa, mempunyai alahan dan adakalanya mempunyai masalah gigi serta gusi berdarah.

Namun begitu terdapat juga wanita hamil yang tidak mengalami mabuk hamil ketika usia kandungan mereka menjangkau enam atau tujuh minggu. Ini kerana kebiasaannya mabuk hamil jarang berlaku pada peringkat awal. Kebiasaannya mabuk hamil akan bermula dari lapan ke sembilan minggu. Keadaan yang mana mereka akan sentiasa rasa loya, mual, hilang selera makan dan kerap muntah.

Untuk ibu yang mengalami mabuk hamil yang agak teruk, simpton ini dikenali sebagai gravidarum hiperemesis . Di mana ibu akan sentiasa berasa loya dan muntah yang teruk semasa hamil trimester pertama sehingga mengakibatkan asidosis iaitu keadaan asid darah yang kurang daripada pH 7.3, dehidrasi dan menyebabkan penurunan berat badan.

Tinjauan juga mendapati lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala mabuk hamil ini di sekitar 12 minggu kehamilan. Manakala selebihnya akan beransur pulih sekitar pada 16 minggu kehamilan. Namun begitu tidak dinafikan terdapat segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya. Ini memang menyukarkan tetapi jika dilihat pada sudut positif ianya satu pengalaman kehamilan yang pastinya tidak akan dilupakan.

Punca mabuk semasa kehamilan

Sebenarnya sehingga kini masih belum jelas tentang punca sebenar wanita mengalami mabuk hamil. Walaupun begitu, kebanyakan kajian yang dilakukan mengaitkannya dengan sebab perubahan hormon yang berlaku diawal kehamilan. 

Antara menjadi punca mabuk hamil adalah seperti berikut.:-

#1 Didapati wanita yang muntah-muntah pada awal kehamilan mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi.

#2 Wanita yang hamil kembar dua atau tiga biasanya akan mengalami masalah mabuk yang lebih teruk dan lama. Selain itu, wanita yang molar pregnancy (iaitu kehamilan anggur sejenis kehamilan yang tidak normal). 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3 Jangkitan saluran kencing, radang usus dan juga disebabkan oleh keracunan makanan.

#4 Mempunyai sejarah mabuk hamil pada kandungan lalu.

#5 Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami mabuk hamil. Contohnya jika ditanya pada ibu anda, adakah beliau pernah mengalami mabuk hamil sewaktu kehamilan dulu. Jika jawapan YA, anda juga berkemungkinan mengalami nasib yang sama- mabuk hamil.

Untuk mereka yang mengalami mabuk hamil pada awal kehamilan dengan hanya – muntah ringan tidak perlulah terlampau risau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini kerana kebiasaannya tidak ada perkara serius yang akan berlaku membabitkan ibu mahupun bayi didalam kandungan. Walaupun begitu bagi mereka yang kerap mengalami muntah teruk sehingga perut tidak boleh menerima sebarang makanan dan minuman, adalah disarankan untuk segera mendapatkan rawatan di hospital.

Ini memandangkan disebabkan mereka yang menghadapi mabuk hamil yang teruk akan boleh mengalami masalah dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan.

Sekiranya tiada rawatan diberikan ianya boleh mengakibatkan ketosis, keadaan di mana asid di dalam badan bayi menjadi tinggi. Ataupun ‘metabolic acidosis’ yang boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.

Tips untuk elak mabuk hamil berterusan

Antara tips yang boleh diamalkan bagi mengelakkan mabuk hamil berterusan sepanjang kehamilan, antara lain seperti:-

#1 Amalkan pengambilan makanan bernutrisi

Wanita yang hamil memerlukan tenaga dan nutrisi yang mencukupi bukan sahaj untuk dirinya bahkan buat bayi juga. Pengambilan sajian makanan yang lengkap dengan sumber protein, karbohidrat dan mineral sangat penting bagi memastikan pertumbuhan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Melakukan senaman ringkas dan beriadah

Dengan bersenam sebenarnya dapat membantu meningkatkan hormon gembira (serotonin dan dopomina). Ini sekaligus dapat menghindarkan masalah kemurungan dan rasa tertekan ketika tempoh kehamilan. 

Biasanya wanita hamil sangat digalakkan melakukan aktiviti yang perlu berjalan tanpa melibatkan senaman yang berat. Ini hanya bagi memastikan ibu mempunyai stamina yang cukup dan cergas.

#3 Rehat dan tidur mencukupi

Wanita hamil juga digalakkan mendapat tidur yang berkualiti setiap hari. Ini bagi mengelakkan ibu mudah beremosi, minda letih dan tidak bermaya. Tidur berkualiti juga dapat memberi kesan yang baik buat bayi didalam perut.

Apabila wanita hamil memasuki trimester yang ketiga, adakalanya waktu tidurnya akan terganggu dengan keadaan perut yang semakin membesar, pergerakan bayi didalam perut yang semakin kerap dan pelbagai lagi.

#4 Manjakan diri dengan mengamalkan penjagaan kebersihan diri

Ibu hamil juga digalakkan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan segar. Ini bagi membantu meningkatkan mood yang hebat dalam diri. Menjaga kebersihan diri bukan sahaja, perlu mandi setiap hari untuk kekalkan diri dalam keadaan wangi. Bahkan penjagaan oral terutama gigi perlu diambil berat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk pengetahuan semua, sewaktu hamil gusi akan menjadi lebih sensitif apabila diberus. Ini juga mungkin disebabkan oleh masalah gusi yang dikenali sebagai gingivitis. Ia adalah perkara biasa yang berpunca dari hormon kehamilan.

Wanita hamil disyorkan untuk memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Namun jika dapat memberus 3 kali sehari selepas setiap hidangan adalah lebih baik. Penjagaan kebersihan gigi dengan cara yang terbaik adalah kunci kepada gigi yang sihat.

Pastikan juga produk oral yang digunakan adalah benar-benar selamat dan menggunakan bahan semulajadi bagi mengelakkan kesan sampingan yang boleh mendatangkan kemudaratan pada diri.

Produk oral menggunakan bahan semulajadi disyorkan untuk ibu hamil

Kenalkan Mama’s Choice Oral Care Bundle yang terdiri daripada Mama’s Choice Non-Fluoride Toothpaste (100 ml) dan juga Mama’s Choice Natural Mouthwash (100 ml).

Diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi seperti :-

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Allantoin – bersifat anti-radang semulajadi yang mampu melegakan kerengsaan dan membantu melindungi gigi daripada hakisan asid.

Pudina – dengan rasa pudina semulajadi memberikan nafas yang menyegarkan dan bersih sepanjang hari.

Klorofil – bahan ini erkenal dengan sifat penghilang bau, mengurangkan bau mulut dan mencegah pembentukan plak.

Miswak – antibakteria dan dapat menghalang pertumbuhan bakteria mulut yang berbahaya dan menguatkan enamel gigi yang lemah.

Setiap bahan semulajadi yang digunakan didalam ubat gigi dan ubat kumur telah dipilih dengan teliti dalam memastikan gusi serta gigi yang sihat semasa dan selepas kehamilan.

Cara guna:

Gosok gigi dengan menggunakan daripada Mama’s Choice Non-Fluoride Toothpaste pada setiap pagi dan petang atau selepas setiap kali makan. Gunakan berus gigi yang berbulu lembut. Gosok dengan lembut gigi dengan gerakan bulat.

Seterusnya berkumur dengan menggunakan Mama’s Choice Natural Mouthwash. Berkumur boleh samada selepas atau ketika sedang memberus gigi. Pastikan cecair menyentuh semua bahagian mulut tetapi jangan tertelan sama sekali.

Untuk kesan yang optimum, jom gunakan ubat gigi dan ubat kumur Mama’s Choice bermula dari trimester pertama sebagai sebahagian daripada rutin kebersihan mulut harian dan teruskan sehingga sekurang-kurangnya 6 bulan selepas kehamilan.

Oh ya sekarang ada promosi di Shopee! Mama’s Choice Oral Care Bundle ditawarkan pada harga RM27.90 sahaja, daripada harga asal RM33.90 (diskaun sebanyak 18%). Tawaran ini adalah untuk tempoh terhad, jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga yang cukup berbaloi ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Malu Nak Senyum Bila Gigi Kuning! Apakah Penyebab Gigi Kuning Sebenarnya?

Penulis

Contributor