Madu Kelulut: Ketahui Ciri-Ciri, Khasiat dan Cara Pengambilan Yang Betul

Siapa yang tidak tahu tentang madu kelulut. Nyata madu jenis ini banyak khasiatnya untuk kesihatan dalaman tubuh badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berbeza dengan madu biasa, madu kelulut atau stingless bee honey mempunyai khasiat tersendiri dan dihasilkan oleh lebah yang tidak menyengat.

Ciri-Ciri Madu Kelulut dan Perbezaannya Dengan Madu Biasa

Lebah Kelulut

Terdapat lebih kurang 80 spesies lebah madu kelulut di Malaysia namun hanya kurang daripada 10 spesies lebah yang dapat menghasilkan madu kerana yang selebihnya berfungsi sebagai ejen pendebungaan.

Spesies lebah madu ini yang popular terdiri daripada Heterotrigona itama (Itama), Lepidotrigona terminata dan spesies Geniotrigona throacica (Torasika).

Sementara itu, lebah madu ini di Malaysia pula dikenali sebagai Apisspp dan terdiri daripada Lebah Keran (Apis cerana), Lebah Import (Apis mellifera) dan Lebah Hutan/Lebah Tualang (Apis dorsata).

Warna Madu

Madu ini biasanya menghasilkan warna madu yang sedikit gelap atau kehitaman berbanding warna madu biasa yang berwarna kuning keemasan.

Struktur Propolis

Struktur ini hanya boleh didapati dalam madu kelulut. Ia juga merupakan sumber antioksidan yang cukup tinggi bagi madu ini berbanding madu biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sarang Lebah

Biasanya, sarang lebah berbentuk heksagon. Namun, bagi lebah madu ini, sarangnya berbentuk tempayan dan hanya ada satu ruang masuk yang dibuat dariapda propolis.

Khasiat Madu Kelulut

1. Sumber Antioksida Yang Sangat Baik

Madu kelulut mempunyai antioksida yang sangat tinggi iaitu 10 kali ganda daripada madu biasa. Antara kompenan antioksida yang ditemui ialah kompoun fenolik seperti flavonoid dan asid polifonik.

Oleh kerana itu, ia merupakan makanan yang popular untuk mencegah keradangan yang melemahkan sistem daya tahan tubuh.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Baik Untuk Menyembuhkan Luka

Madu kelulut juga bertindah sebagai penyembuh semulajadi yang baik disebabkan manfaat daripada antioksidanya yang luar biasa.

Dalam pada itu, antiradang dan antimikrob yang terkandung dalam madu ini juga mampu mencegah jangkitan pada kawasan luka dan membantu luka untuk sembuh dengan lebih cepat.

3. Pengganti Gula Yang Bagus

Menerusi satu kajian daripada University Of Queensland, madu kelulut yang dihasilkan di Malaysia mempunyai jumlah glisemik yang rendah.

Oleh kerana itu, madu ini yang juga dikategorikan sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk menggantikan gula dalam hidangan atau minuman terutama bagi pesakit diabetes. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Mencegah Pengumpulan Lemak Dalam Badan

Dalam satu kajian yang dijalankan di atas seekor tikus makmal, mereka mendapati madu kelulut mampu mencegah pengumpulan lemak berlebihan dalam badan.

Selain itu, dalam kajian yang sama ia turut mempunyai sifat anti-obesiti dan berpotensi untuk menurunkan peratusan lemak dalam badan.

5. Untuk Menyihatkan Kulit

Madu yang mempunyai kandungan antioksida sering menjadi pilihan sebagai komponen utama dalam banyak produk kecantikan.

Dalam satu kajian, madu kelulut dari Malaysia memiliki sifat antipenuaan yang baik disamping merangsang penghasilan kolagen bagi mengekalkan keremajaan kulit.

Ia juga dikatakan dapat mengurangkan kemerahan jerawat serta mengelakkan pertumbuhannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Berpotensi Untuk Mencegah Katarak

Dalam satu kajian lain, mereka mendapati madu ini dapat memperlahankan pembentukan selaput pada kanta mata yang menyebabkan katarak.

Katarak berlaku akibat kekaburan penglihatan atau pembentukan selaput mata akibat faktor usia. Namun begitu, kajian mendalam masih diperlukan bagi membuktikan keberkesannya pada manusia.

7. Berpotensi Untuk Tingkatkan Kesihatan Minda

Sebuah kajian lain turut mendapati madu kelulut mempunyai potensi yang tinggi bagi meningkatkan kesihatan minda seseorang kerana ia mengandungi phenylalanine.

Phenylalanine dapat merangsang perkembangan fungsi sinaptik dalam otak yang berperanan dalam menguatkan daya ingatan seseorang.

8. Membantu Tidur Lebih Lena

Dalam pada itu, madu kelulut juga menggalakkan pembebasan melatonin dalam otak disamping meningkatkan imuniti badan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, madu kelulut juga membantu membina semula tisu semasa badan sedang berada dalam keadaan rehat.

9. Mempunyai Sifat Antikanser

Sifat antioksidan yang didapati dalam madu ini juga berupaya bertindak sebagai antikanser dengan membantu menghalang pertumbuhan awal sel kanser.

10. Mencegah Pembiakan Bakteria

Madu kelulut mempunyai sifat yang istimewa iaitu antimikrob yang mana ia turut menjadi tumpuan ramai pengkaji.

Menurut kajian, madu kelulut dapat melawan pembiakan bakteria serta kulat seperti E.coli yang mengakibatkan cirit-birit dan jangkitan saluran kencing.

Selain itu, ia turut mencegah pembiakan S.auresu dan Candida albicans yang menjadi punca kepada penyakit kulit.

11. Merangsang Kesuburan

Madu kelulut dikatakan dapat memberikan kesan positif kepada kesuburan lelaki dan wanita, namun perlu diingatkan ini bukanlah kaedah utama bagi mereka yang sedang berikhtiar mendapatkan zuriat.

Petua dan Cara Kegunaan Madu Kelulut

Berikut adalah cara minum madu kelulut yang boleh anda amalkan dalam pengambilan makanan harian.

  • Titiskan madu dalam minuman sebagai pengganti gula.
  • Terus minum madu tanpa air untuk merawat masalah migrain atau pening kepala. 
  • Minum madu sebelum makan dan sebelum tidur.
  • Jika sakit tekak, anda boleh campurkan madu dengan lemon atau teh.

Selain diminum, madu juga boleh dijadikan sebagai bahan penyedap dalam masakan.

  • Gunakan madu sebagai bahan perapan makanan seperti hidangan ayam bakar.
  • Sapukan madu pada roti bakar sebagai pengganti gula atau jem
  • Campurkan madu dengan yogurt dan makan bersama dengan bijirin atau buah-buahan.
  • Tuang pada pankek untuk memberikan rasa lazat dan sihat berbanding krim buatan. 

Semoga artikel ini bermanfaat buat anda di luar sana.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lempeng Lembut & Gebu Sampai Esok, Wanita Ini Kongsi Rahsianya

Baca juga: 30 Resepi Dessert Paling Viral Masa Kini (Mudah dan Sedap)

Baca juga: Resepi Crab Rangoon Viral Yang ‘Teramat Sedap’ & Confirm Menjadi!

Penulis

Anis